02/05/2026
๐ Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada pelajar SMU(A) Al-Ulum, Qurratu Aini binti Azmi atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Kategori B (MASSAK) Peringkat Negeri Kelantan.
๐ Qurratu Aini binti Azmi telah berjaya merangkul Johan dalam pertandingan tersebut yang telah berlangsung di Maahad Al-Sobirin, Ayer Lanas, Jeli pada 29 April 2026.
๐ Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan sehingga mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.
Sekalung penghargaan juga kepada para guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang persediaan pertandingan ini.
02/05/2026
๐ซ MAHRAJAN ADAB DAN NILAI (ADNI) MQNKSS PERINGKAT PPD PASIR MAS 2026
SMU(Arab) Al-Ulum telah menyertai Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) MQNKSS Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas yang telah diadakan pada 26 April 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru.
Seramai 8 orang peserta daripada SMU(A) Al-Ulum telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Tahfiz 1โ30 juzuk, Khat dan Mimbar Daie.
๐ Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Tilawah Al-Quran (Lelaki)
AHMAD NAQIB BIN AHMAD FAHAMI โ Tempat ke-4
Tilawah Al-Quran (Perempuan)
NUR AMNI FARIHAH BINTI AHMAD RIZAL โ Naib Johan ๐ฅ
Hafazan (Perempuan)
AISYAH UMAIRAH BINTI BAHARENG โ Tempat ke-4
Tahfiz (Lelaki)
DARWISH AZIM RAYQAL BIN MUHAMMAD SOFI โ Tempat ke-3 ๐ฅ
Mimbar Daie (Lelaki)
WAN FAKHRUL ADAM BIN MOHD ZULFAKHRI โ Tempat ke-4
Khat (Lelaki)
ALIFF NAUFAL BIN MOHD FAIZUL โ Naib Johan ๐ฅ
Secara keseluruhannya, penyertaan SMU(A) Al-Ulum dalam Mahrajan ini telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan para peserta dalam memartabatkan bidang Al-Quran dan kemahiran berkaitan.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir, jurulatih, guru-guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan ini.
01/04/2026
31 Mac 2026 | Selasa
Dewan Mahabbah, SMU(A) Al-Ulum
MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025
Alhamdulillah, SMU(A) Al-Ulum terus melakar kejayaan cemerlang dengan pencapaian 100% lulus dalam peperiksaan SPM 2025.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM atas usaha, ketekunan, dan kejayaan yang membanggakan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada barisan pentadbir, guru-guru kanan, kaunselor serta guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh.
29/03/2026
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADAN
Tarikh : 17 Mac 2026
Hari: Selasa
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Mahabbah
Perasmian Penutup: En Nik Nadzim bin Nik Ahmad ( PK Pentadbiran)
29/03/2026
17/3/2026 | Dewan Mahabbah SMU(A) AL-ULUM
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) TAHUN 2025
Alhamdulillah, SMU(A) AL-ULUM mencatat kejayaan cemerlang dengan mencapai 100% lulus dalam peperiksaan SMU 2025.
Seramai 4 orang calon SMU 2025 telah memperoleh MUMTAZ dan 8 daripada 36 orang calon telah mendapat pangkat JAYYID JIDDAN.
Tahniah dan syabas buat semua calon SMU 2025.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pentadbir dan para murabbi.
19/03/2026
MAJLIS IFTAR JAMAIE PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 16 Mac 2026 | Isnin
Masa : 6.00 petang
Tempat : Dewan Mahabbah & Dewan Tingkatan 4
Turut dihadiri oleh
๐YB Datoโ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat ( Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi)
๐Yabrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu. Bakar, Pengarah YIK, Pegawai YIK
Aturcara :
6.00 ptg
- Ketibaan guru & murid
6.15 ptg
- Ucapan Pengerusi Majlis
- โ Tahlil
6.45 ptg
- Kehadiran tetamu jemputan
7.00 mlm
- Persediaan Juadah Iftar
7.24 mlm
- Iftar tamar & air
- โ Solat Maghrib di Dewan Mahabbah
7.50 Malam
- Persegaran - Tetamu Jemputan & Semua Guru (Dewan ting 4)
- Semua murid (Dewan Mahabbah)
8.29 malam
- Solat Isyak & solat Sunat Tarawih di Dewan Mahabbah
9.30 malam
- Bersurai
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Jamaie SMU(A) Al-Ulum yang penuh keberkatan.
Semoga program ini menjadi medan mengeratkan ukhuwah antara warga sekolah serta menyemai nilai kebersamaan dalam bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Semoga segala usaha kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT ๐
16/03/2026
Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee dan Penyerahan Fail Mentor Mentee Pelajar SMU dan SPM
Tarikh : 15 Mac 2026
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Program ini menjadi satu usaha murni dalam membina hubungan yang lebih rapat antara guru dan pelajar serta membantu membentuk sahsiah dan kecemerlangan mereka.
Semoga setiap bimbingan yang diberikan menjadi asbab kejayaan anak-anak pelajar pada masa hadapan.
28/02/2026
PROGRAM PELUNCURAN IHYA' RAMADAN, PINTAR & USRAH
Tarikh: 24 Feb 2026
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pg-10.00 pg
Tempat: Dewan Mahabbah
Dirasmikan oleh: Pn Sakinah bt Mohd Amin ( Pegawai Dakwah & Sahsiah YIK)
09/02/2026
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR
Tarikh: 8 Februari 2026
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pg-11.00 pg
Tempat: Dewan Mahabbah
Dirasmikan oleh: Ustaz Shamsuri bin Dollah ( Penolong Pengarah HEM, YIK)
Turut meraikan: Sarjan Norisah bt Jaya ( Pengawai Perhubungan Sekolah)
Tahniah diucapkan kepada barisan pemimpin pelajar yang telah menerima watikah pelantikan. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan kepimpinan yang cemerlang.
โจ Melahirkan pemimpin berwibawa, membina masa depan gemilang โจ
22/01/2026
Majlis Perpisahan Pn Farishah
Tarikh : 22.1.2026
Tempat : Dewan Mahabbah
Masa : 11.00 - 1.00 tengah hari
Telah berlangsung Majlis Perpisahan Pn. Farishah sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di SMU(A) Al-Ulum.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Pn. Farishah yang meneruskan perkhidmatan beliau di Maahad Muhammadi Perempuan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta dikurniakan kejayaan dan kesejahteraan dalam fasa kehidupan yang seterusnya.
22/01/2026
ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMU(A) AL-ULUM
Tarikh : 22.1.2026
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Telah berlangsung dengan jayanya Acara Merentas Desa SMUA Al-Ulum pada 22 Januari 2026. Program ini bertujuan melahirkan murid yang sihat, cergas serta berdisiplin di samping memupuk semangat kesukanan dan daya tahan fizikal.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan serta semua murid yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
โMelahirkan murid yang sihat, cergas dan berdaya tahan".