SABK Al-Falah Siram

SABK Al-Falah Siram

Share

AL-FALAH: USAHA, MAJU & BERKAT Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah, Kampung Siram, Pasir Mas, Kelantan

Minggu Disiiplin 2019 21/07/2019

14 hingga 18 julai

Photos 09/01/2017

Makluman.

10 Januari 2017 — Selasa

Hari persekolahan disambung kembali seperti biasa.

Jom ke sekolah!

SEBARKAN KEPADA SEMUA WARGA AL-FALAH

Photos 22/08/2016

Jom kita pakat menderma utk saham AKHIRAT...

KEM SPM 2016 15/08/2016

Berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2016 bertempat di SABK AL-Falah Siram Pasir Mas.

Kem ini disertai 4 buah sekolah iaitu SMU (A) Banggol Setol, SMU (A) Binjai Manis, SMU (A) To' Uban dan SMU (A) Al-Falah.

28/07/2016

*RAHSIA AL-FATIHAH*

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain p**a pendekatan mereka.

Saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat p**a pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali p**a kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah *hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak² permata hati kita.*
_*Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.*_
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.

.
.

Photos from SABK Al-Falah Siram's post 29/06/2016

MAJLIS IFTAR JAMIE, TAHLIL & KHATAM AL-QURAN
Peringkat Sekolah SMU(A) AL-FALAH Tahun 2016.

Tarikh: 28 Jun 2016 bersamaan 23 Ramadhan 1437 H

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Terbuka & Surau Sekolah SMU(A) AL-FALAH.

Masa : 5.00 ptg - 10.30 mlm.

Anjuran Badan Dakwah SMU(A) AL-FALAH

Photos from SABK Al-Falah Siram's post 28/06/2016

Wajah baru sekolah SMU(A) alfalah siram Tahun 2016

- surau baru yg selesa
- tempat ambil wudu' air sembahyang lelaki dan perempuan
- dataran perhimpunan tuan guru sulaiman
- pondok rehat depan asrama
- kelas2 sekolah rendah yg lengkap cantik

PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN UNIT-UNIT HEM SEKOLAH TAHUN 2016. 08/02/2016

PENGAWAS, KETUA TINGKATAN & PENOLONG TINGKATAN, BADAN DAKWAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Photos from SABK Al-Falah Siram's post 01/02/2016

Menerima lawatan daripada En. Ahmad Sabirin bin Abdul Ghani
Pegawai Khas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

pada 31.1.2016
jam 11 pagi

Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Mas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kampung Siram
Pasir Mas