Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah

Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah

Share

Dibuka pada tahun 2006 dan merupakan cawangan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraaat Pulai Chondo

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah ( MTAQA ), Banggol Chicha, Pasir Mas, telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Tuan Guru Datoโ€™ Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19 Disember 2005. Ianya merupakan sebuah Sekolah Menengah Ugama yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran dan Qiraat, Pengajian Islam/Bahasa Arab dan Akademik.

28/04/2026

[ KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK ]

Alhamdulillah, *MUHAMMAD THAQIF BIN TAJUDDIN* Tingkatan 4 Hisyam telah berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran 30 Juzuk.

Tarikh : 14.04.2026 bersamaan 26 Syawal 1447H
Masa : 8.00 - 8.20 malam

Guru-guru Halaqah Al-Quran Thaqif :

Tingkatan 1 - *UST. ISMAIL HAKIM BIN IBRAHIM*
Tingkatan 2 - *UST. MOHAMED AMIN AS SYAFIE BIN AWANG*
Tingkatan 3 - *UST. NUR FATHAHILAH ITHAR BIN MUHAMMAD*
Tingkatan 4 - *UST. TUAN MOHAMAD ZULHAMIZAN BIN TUAN MAT*

Semoga Al-Quran yang dihafaz menjadi syafaat di akhirat kelak. Amin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุฑูŽุจููŠุนูŽ ู‚ูู„ููˆู’ุจูู†ุงูŽุŒ ูˆูŽู†ููˆู’ุฑูŽ ุตูุฏููˆู’ุฑูู†ุงูŽุŒ ูˆูŽุฌู„ุงูŽุกูŽ ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงู†ูู†ุงูŽุŒ ูˆูŽุฐู‡ูŽุงุจูŽ ู‡ูู…ููˆู’ู…ูู†ุงูŽ
_Ya Allah! Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami._

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 01/04/2026

12 Syawal 1447 | 01.04.26
Tuan rumah pertandingan hafazan al-Quran Zon 4 Pasir Mas, Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Keputusan Hafazan Zon 4 Pasir Mas

Kategori A
1. MTAQA
2. โ MMPM
3. โ SMUA ISMAILIAH BINJAI MANIS

Kategori B
1. MTAQA
2. โ MMPM
3. โ SMUA MERANTI

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 31/03/2026

30.03.2026 | 10 Syawal 1447
Sekitar Sambutan Aidilfitri MTAQA 2026
Bahagian II

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 31/03/2026

30.03.2026 | 10 Syawal 1447
Sambutan Aidilfitri MTAQA 2026

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 31/03/2026

[ SOLAT SUNAT ISTISQA' ]

Alhamdulillah, pada pagi ini telah berlangsung Solat Sunat Istisqa yang disertai oleh para pelajar dan guru-guru sebagai usaha memohon rahmat hujan daripada Allah SWT.

Solat ini dilaksanakan dengan penuh khusyuk, diiringi dengan doa, istighfar dan pengharapan agar Allah menurunkan hujan yang membawa keberkatan serta kesejahteraan kepada semua.

Sesungguhnya, Solat Sunat Istisqa mengajar kita untuk sentiasa bergantung harap kepada Allah, serta menyedari bahawa setiap nikmat termasuk hujan adalah kurniaan-Nya.

20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™
Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali kami. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan keampunan buat kita semua.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, kami ingin mengajak tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha pembangunan wakaf pembinaan kantin Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah. Sumbangan anda, walau sekecil mana, amat besar maknanya buat keselesaan para pelajar.

๐Ÿ’› Jadikan Syawal ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki.
๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui QR atau akaun yang tertera.

BANK ISLAM

03027010069571
DWPK MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Semoga setiap sumbangan diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. ๐Ÿคฒ

17/03/2026

HEBAHAN SERUAN INFAQ RAMADAN

โ€œCarilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir daripada bulan Ramadan.โ€
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dengan penuh rasa rendah diri, pihak kami memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menjayakan:

Dana Wakaf Pembangunan Kantin
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

Sumbangan ini bertujuan menyediakan kemudahan kantin yang lebih selesa dan teratur demi kebajikan serta keselesaan para pelajar tahfiz dalam menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran.

Sehubungan itu, tuan/puan dipelawa untuk menyumbang melalui:

Bank Islam
No. Akaun: 03027010069571
(DWPK Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah)

Atau boleh mengimbas kod QR yang disediakan.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan serta diberi ganjaran berlipat kali ganda, khususnya dalam merebut keberkatan malam Lailatul Qadar.

Segala jasa baik dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

17/03/2026

Amanat Tuan Guru Ust. Hj. Shaharudin Yaacob (Pen. Kanan Pentadbiran) kepada anak-anak MTAQA sebelum pulang bercuti menyambut Aidilfitri pada pagi ini.

"Hari ini kamu pulang ke rumah. Namun kepulanganmu bukan seperti orang lain. Kamu pulang dengan sesuatu yang jauh lebih bernilai, iaitu Al-Quran di dada.

Di mana pun kita berada, baik di sekolah, di rumah atau di mana sahaja jangan pernah biarkan hari kita kosong daripada ุงู„ูˆุฑุฏ ุงู„ูŠูˆู…ูŠ (Wirid Harian Al-Quran). Jadikan sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari sebagai teman setia. Jika masa mengizinkan dan kesibukan berkurang, tingkatkanlah kepada 5 juzuk sehari.

Hafazlah Al-Quran bukan sekadar untuk bergelar hafiz, tetapi agar Kalam Allah itu sentiasa hidup dalam ingatan dan jiwa kita.

Apabila kamu pulang bercuti, pulanglah sebagai penjaga Al-Quran. Pulanglah sebagai duta MTAQA yang membawa cahaya wahyu ke tengah masyarakat.

Biarlah kehadiranmu di masjid dan surau terasa berbeza, bukan hadir dengan pakaian biasa, tetapi hadir lah dengan pakaian seorang hafiz Al-Quran, dengan akhlak, adab, dan cahaya Al-Quran yang terpancar dari dirimu."

"Jangan sampai kepulangan kamu ke rumah menjadi beban di hati ibu bapa.
Jangan sampai mereka resah melihat kamu terlalu leka dengan telefon, atau kecewa melihat kamu tenggelam dalam kemalasan.

Apatah lagi jika Al-Quran terbiar sepi, sedangkan berkali-kali mereka mengingatkan kamu untuk membacanya.

Biarlah kepulangan kamu membawa ketenangan, bukan keserabutan. Biarlah ibu bapa memandang kamu dengan rasa syukur, bukan rasa kecewa.

Pulanglah dengan akhlak yang indah, pulanglah dengan Al-Quran di tangan, dan pulanglah dengan niat yang tulus,
agar kepulangan kita menjadi sebab turunnya reda Allah, dan sebab bertambahnya bahagia di hati ibu dan ayah.

Kerana kamu bukan sekadar pelajar biasa, kamu adalah pembawa Kalam Allah yang mulia."

13/03/2026

[ UCAPAN TAHNIAH ]

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil MTAQA dalam Pertandingan Hafazan Sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026. Pertandingan berlangsung pada 12 Mac 2026 bertempat di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang.

Kategori 1 - 3 Juzuk

JOHAN : MOHAMAD HAZIQ BIN MOHAMAD HILMI (Tingkatan 2)
NAIB JOHAN : MUHAMMAD FARIS WAJDI BIN MOHD FIRDAUS (Tingkatan 2)

Kategori 1 - 5 Juzuk

NAIB JOHAN : MUHAMMAD ADAM BIN HUZARIMI (Tingkatan 4)
TEMPAT KE-3 : MUHAMMAD WAFI BIN MOHD ZULAINI (Tingkatan 5)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga MTAQA untuk terus mencintai, menghafaz dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta guru pembimbing atas usaha dan komitmen yang telah diberikan. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 12/02/2026

PESKO MTAQA 2026. 11.02.2026
Penyampaian Hadiah

Photos from Maahad Tahfiz al-Quran al-Asriah's post 12/02/2026

PESKO MTAQA 11.02.2025
๐ŸชขTarik Tali dan sekitar sebelum penyampaian hadiah

Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Mas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:30
Tuesday 07:30 - 15:30
Wednesday 07:30 - 15:30
Thursday 07:30 - 14:00
Sunday 07:30 - 15:30