Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam Lil Bannat

Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam Lil Bannat Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam lil Bannat merupakan Sekolah Tahfiz AlQuran berdaftar dgn Majlis

Baitul Quran Siti Maryam (BQSM) merupakan Sekolah Tahfiz AlQuran utk Perempuan terletak bersebelahan Masjid At-Taqwa Kg Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Bermula operasi sejak 2016 dan kini berdaftar sepenuhnya dengan MAIK-Majlis Agama Islam Kelantan (No.Daftar: 2020/019) dan dinamakan dengan nama baharu Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam lil Bannat

Buat masa ini seramai lebih kurang 60 orang pelajar tahfiz perempuan belajar sepenuh masa dan menginap di asrama dan juga ada yang berulang alik dari rumah masing-masing.

Suasana dan gelagat pelajar MTASM ketika main game jambatan ping pong 😆Jangan lupa follow acc tiktok kami juga ya.
10/08/2026

Suasana dan gelagat pelajar MTASM ketika main game jambatan ping pong 😆

Jangan lupa follow acc tiktok kami juga ya.

Watch, follow, and discover more trending content.

Hasil air tangan setiap kumpulan! 🍳✨Sebanyak 5 kumpulan telah bertanding dalam pertandingan memasak, masing-masing menam...
10/08/2026

Hasil air tangan setiap kumpulan! 🍳✨

Sebanyak 5 kumpulan telah bertanding dalam pertandingan memasak, masing-masing menampilkan kreativiti, kerjasama dan kesungguhan dalam menghasilkan hidangan untuk dinikmati bersama.

Daripada merancang menu, membahagikan tugas, hinggalah ke hasil akhir di atas meja — semuanya menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan penuh gelagat. 😆

Bukan sekadar tentang siapa yang menang, tetapi tentang belajar bekerjasama, mencuba sesuatu yang baharu dan menghasilkan sesuatu bersama-sama. 🤍

Tahniah kepada semua kumpulan! 👏🏻
Yang penting, semua kenyang… pasal sedap tu kita serahkan kepada juri. 😂🍽️

Alhamdulillah, hari ini MTASM berkesempatan menjemput Al-Fadhil Ustaz Marzuki bagi menyampaikan Daurah Fiqh Haid kepada ...
27/07/2026

Alhamdulillah, hari ini MTASM berkesempatan menjemput Al-Fadhil Ustaz Marzuki bagi menyampaikan Daurah Fiqh Haid kepada para pelajar.
Program ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang hukum-hakam haid agar para pelajar memahami setiap perbahasan berdasarkan ilmu yang sahih serta mampu mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat, diamalkan dengan sebaiknya, dan diberkati Allah SWT. 🤲

اللهم فقّهنا في الدين وعلّمنا ما ينفعنا وانفعنا بما علّمتنا. آمين. 🤍

21/07/2026

Ustaz Hisyam cuba tebuk pelajar yang telah jalani ujian syahadah selepas selesai majkis khatam Perdana.

🌸 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. 🌸Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran S...
19/07/2026

🌸 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. 🌸

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam Lil Banat yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Perkongsian kali ini menghimpunkan beberapa orang pelajar yang telah khatam hafazan dan belum sempat dikongsikan sebelum ini. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat sahabat-sahabat yang lain untuk terus istiqamah dalam memelihara kalam Allah.

Terima kasih kepada para ibu bapa atas doa, sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan kepada semua guru, musyrifah dan seluruh warga MTASM yang bersama-sama mendidik para huffaz.

🤲 Semoga Allah menetapkan hafazan mereka, mengurniakan kefahaman terhadap Al-Quran serta menjadikan mereka dalam kalangan ahli Al-Quran yang mendapat kemuliaan di sisi-Nya.

Tahniah buat semua anak-anak solehah MTASM! 💚📖

20/03/2026

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

‏Firman Allah SWT:

“قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ۝ وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ”
(Surah al-A‘la: 14-15)

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh keinsafan dan kesyukuran.

Saya dengan penuh rasa syukur dan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Kepada anak-anak Kelantan di perantauan, kepulangan kalian ke pangkuan keluarga tercinta pada hari yang mulia ini amat bermakna. Inilah saat terbaik untuk menyemai kembali kasih sayang, mengeratkan silaturrahim bersama keluarga serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Sesungguhnya Ramadan yang telah kita lalui merupakan sebuah madrasah tarbiah yang mendidik jiwa, memperkukuhkan iman serta membentuk akhlak yang lebih mulia dalam diri setiap daripada kita.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A‘la menegaskan bahawa berjayalah mereka yang menyucikan jiwa, mengingati Allah serta mendirikan solat. Inilah hakikat kejayaan sebenar seorang mukmin bukan sekadar pencapaian duniawi, tetapi kejayaan dalam membina hubungan yang kukuh dengan Allah SWT hasil daripada ibadah dan pengorbanan sepanjang Ramadan.

Dalam mendepani pelbagai cabaran semasa, marilah kita terus memperkukuhkan keimanan, meningkatkan amal kebajikan serta istiqamah dalam menghayati Islam sebagai cara hidup yang syumul.

Aidilfitri adalah medan untuk memperkukuhkan ukhuwah dan memelihara perpaduan ummah. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai persaudaraan Islam, saling bermaafan serta mempererat hubungan sesama kita.

Marilah kita mensyukuri nikmat Aidilfitri ini dengan memperbanyakkan zikir, doa serta amal kebajikan, dan terus berusaha menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Saya dan saff kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada seluruh muslimin dan muslimat.

‎من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير

Maaf zahir dan batin.

Tulus Ikhlas;

Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
Pesuruhjaya PAS Kelantan

20/03/2026

𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

𝐋𝐚𝐟𝐚𝐳 𝗡𝐢𝐚𝐭

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا /مَأْمُومًا)
لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Ta’ala.

𝐋𝐚𝐟𝐚𝐳 𝐓𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ العَلِيِّ الْعَظِيمِ

Ertinya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar

Dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

𝐑𝐚𝐤𝐚𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚

1. Di mulai dengan takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat.

2. Membaca doa iftitah

3. Bertakbir sebanyak tujuh kali diselang selikan dengan lafaz tasbih sebanyak enam kali

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah dari al-Quran (disunatkan membaca surah al-A'laa)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

𝐑𝐚𝐤𝐚𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚

1. Dimulai dengan lafaz takbir (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Mengangkat takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih sebanyak empat kali

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

---------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins
---------------------



20/03/2026
Allah Akbar Allah AkbarSalam Eid Mubarak
20/03/2026

Allah Akbar Allah Akbar
Salam Eid Mubarak

16/03/2026

Alhamdulillah esok bermulanya cuti sempena Aidilfitri untuk anak-anak MTASM, iftar terakhir ni bawa mereka makan di kedai tomyam, dekat saja boleh jalan kaki. Jazakumullahu khairan kathira kepada mereka yang telah memberi infaq, hanya Allah saja yang mampu memberi balasan...

Address

LOT 1682, KG PADANG EMBUN, TENDONG
Pasir Mas
17030

Opening Hours

Monday 07:00 - 20:00
Tuesday 07:00 - 20:00
Wednesday 07:00 - 20:00
Thursday 07:00 - 20:00
Saturday 07:00 - 20:00
Sunday 07:00 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam Lil Bannat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Siti Maryam Lil Bannat:

Shortcuts

Share