09/06/2026
Pondok Ihya Al-ulum
Pondok ihya al-ulum diasaskan oleh almarhum tuan guru mohammad subki bertujuan melahirkan alim ulama.
09/06/2026
06/06/2026
๐ฒ๐ผ๐น๐บ๐ผ๐บ ๐ป๐ฝ๐ฌ๐ป ๐ท๐ฌ๐ด๐ฉ๐ผ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ฌ ๐ฒ๐ผ๐ต๐ฐ๐ต๐ฎ
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Pondok Ihya Al-ulum telah berjaya menamatkan Kursus Pembuatan Mee Kuning yang dianjurkan dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Pasir Mas .
Program ini memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada para pelajar dalam bidang pemprosesan makanan, khususnya teknik pembuatan mee kuning yang betul dan berkualiti. Semoga ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai bekalan kemahiran hidup dan membuka peluang keusahawanan pada masa hadapan.
Pihak Pondok merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Pasir Mas atas perkongsian ilmu, bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.
"Melahirkan huffaz yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing."
04/06/2026
๐ธ Jumaat penuh barakahโฆ
Gunakan hari ini untuk memperbaiki hati, membersihkan dosa dan memperbanyakkan doa.
Jangan lupa โ senyum, sedekah dan salawat hari ini lebih indah dari semalam.
๐ Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โSebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat.โ
(Riwayat Muslim)
๐ซ Ya Allah, berkati hari kami ini, lapangkan hati kami, dan jadikan kami insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu.
Ampunkan dosa kami, ibu bapa kami, serta seluruh umat Islam. ๐ค Aamin.
04/06/2026
04/06/2026
๐ฟ ๐๐๐๐ผ๐ ๐
๐๐๐ผ๐ผ๐ ๐๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐๐๐ผ ๐ผ๐-๐๐๐๐๐ฟ
โ๐๐ฆ๐ณ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฎ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ง๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ข๐ณ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ช ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ช๐ซ๐ช ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฉ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ต๐ถ๐ซ๐ถ๐ฉ ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ช,
๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ด๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ช ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ถ๐ด ๐ฃ๐ช๐ซ๐ช.
๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฑ๐ข๐ต๐จ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ฉ๐ข๐ญ๐ข ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ด๐ฆ๐ด๐ช๐ข๐ฑ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ช๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ช.โ (๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฉ ๐๐ญ-๐๐ข๐ฒ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ: 261)
Sempena penghulu segala hari, marilah kita bersama-sama merebut peluang bersedekah dan berinfaq bagi membantu kelangsungan pendidikan Islam di Pondok Ihya Al-Ulum.
โจ Sumbangan anda akan digunakan untuk: โ
Membantu pembiayaan pengajian para pelajar pondok
โ
Menampung kos pengurusan dan maslahah pondok
โ
Meningkatkan prasarana serta kemudahan pembelajaran
โ
Menyokong pembangunan generasi pewaris agama
Setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berterusan dan memberi manfaat kepada para pelajar yang menuntut ilmu agama.
๐คฒ Jom rebut keberkatan Hari Jumaat dengan berinfaq walaupun sedikit.
๐ฒ Sumbangan boleh disalurkan melalui QR yang disediakan pada poster.
"Ayo bantu adik-adik pelajar pondok kita. Jom kita lakukan bersama."
02/06/2026
๐ฟ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฟ
Assalamualaikum Wwbt.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang beramal jariah dengan menyumbang kepada ๐ ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐ต๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ผ๐ป๐ฑ๐ผ๐ธ ๐๐ต๐๐ฎ ๐๐น-๐จ๐น๐๐บ, ๐๐ด ๐ฅ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ธ, ๐ฃ๐ฎ๐๐ถ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐, ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ป.
Sumbangan yang diberikan akan digunakan bagi:
โ
Pembinaan dan penyelenggaraan pondok serta fasiliti
โ
Pengurusan maslahah pondok
โ
Kebajikan para pelajar dan kakitangan pondok
Rasulullah SAW bersabda:
"๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐, ๐ก๐๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐โ, ๐๐๐๐ข ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก, ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐โ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐."
(HR Muslim)
Setiap ringgit yang disumbangkan insya-Allah menjadi saham akhirat yang berterusan pahalanya selagi dimanfaatkan untuk menuntut dan menyebarkan ilmu agama.
๐คฒ Ayuh berinfaq walaupun sedikit. Mudah-mudahan Allah SWT melipatgandakan rezeki, mengampunkan dosa dan menjadikan sumbangan kita sebagai bekalan menuju akhirat.
๐ Pondok Ihya Al-Ulum Kg Repek, Pasir Mas, Kelantan
๐ Pertanyaan: 013-9245997
"Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah."
(HR Muslim)
Semoga Allah menerima amal kebajikan kita semua. Aamiin. ๐คฒโจ
31/05/2026
Alhamdulillah Syukur, dapat menyempurnakan ibadah korban untuk semua peserta.
4 ekor lembu dan 6 ekor kambing dapat di korbankan pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada semua peserta yang sudi bersama-sama pihak Pondok Ihya Al-ulum untuk menunaikan ibadah korban.
Semoga bertemu lagi pada masa yang akan datang.
Terima kasih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Sek Keb Sri Kiambang, Kampung Repek
Pasir Mas