13/05/2026
𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗚𝗥𝗘𝗘 & 𝗣𝗛𝗗
Di sebuah kampung kecil, tinggal seorang budak bernama Hakim.
Masa sekolah dulu, dia bukan pelajar “straight A”. Matematik cukup-cukup makan, Bahasa Inggeris pun sederhana. Bila keputusan SPM keluar, ramai mula bercakap:
“𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙞 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧, 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣"
“𝙈𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙣𝙞 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖 𝙗𝙚𝙣𝙜𝙠𝙚𝙡 𝙟𝙚...
"𝘽𝙪𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙟𝙚 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙜𝙧𝙚𝙚. "
Hakim diam saja.
Tapi dalam diam, dia s**a baiki motor ayahnya. Wayar rosak, enjin semput, mesin rumput tak hidup — semua dia cuba buka dan belajar sendiri.
Satu hari, cikgunya cadangkan dia masuk bidang TVET. Mula-mula dia malu.
Kawan-kawan lain sibuk cerita pasal universiti terkenal. Dia p**a daftar kursus teknologi automotif.
Namun hidup Hakim mula berubah.
Di TVET, dia bukan sekadar belajar teori.
Dia pegang sendiri alat, belajar guna mesin moden, masuk industri, jumpa mentor sebenar. Dari situ dia sedar:
“𝙍𝙪𝙥𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣. "
Selepas tamat sijil, dia sambung diploma. Lepas diploma, dia sambung degree dalam bidang kejuruteraan teknologi. Masa itu, orang kampung mula terkejut.
“𝙀𝙝...𝙗𝙪𝙙𝙖𝙠 𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙜𝙧𝙚𝙚 𝙠𝙚?"Hakim cuma senyum.
Dia teruskan lagi.
Masuk universiti sebagai pensyarah pelatih, buat kajian tentang teknologi automasi industri, kemudian sambung sarjana.
Beberapa tahun kemudian…
Budak yang dulu dipandang rendah sebab masuk TVET, berdiri di pentas memakai jubah konvokesyen PhD.
Ayahnya menangis.
Ibunya pegang gambar lama Hakim waktu membaiki motor buruk di rumah dulu.
Hakim berkata perlahan:
“𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣𝙜"
"𝙏𝙑𝙀𝙏 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖."
Dan jalan ini juga boleh bawa seseorang sampai ke degree… malah PhD.”
Hari ini, Hakim bukan sekadar berjaya untuk dirinya sendiri. Da bantu ramai anak muda yang pernah rasa mereka “tak cukup pandai”.
Kerana hakikat sebenar yang ramai tak tahu ialah:
✅ TVET bukan untuk pelajar gagal.
✅ TVET ialah laluan kemahiran masa depan.
✅ Dan dari sijil… seseorang masih boleh naik hingga ke tahap tertinggi pendidikan.
Kadang-kadang, kejayaan bukan bermula dengan siapa paling pandai. Tetapi siapa yang sanggup belajar, berusaha, dan terus melangkah walaupun dipandang rendah.