Tahfiz Bersepadu Al-majami
Untuk menyemai ilmu Al-Quran dan Fardu Ain dalam diri anak-anak asnaf.
Memaafkan bukan sekadar menyebut “saya maafkan”.
Ia tentang melepaskan rasa yang tersimpan lama di dalam hati.
Bukan mudah untuk melupakan luka bukan senang untuk menerima kembali tanpa rasa apa-apa.
Namun di situlah letaknya kekuatan sebenar sebuah kemaafan.
Kemaafan bukan tanda kita lemah tetapi bukti hati kita memilih untuk tenang daripada terus terluka.
Kadang-kadang, kita terlalu menunggu orang lain memohon maaf sedangkan kita sendiri mampu untuk memulakan terlebih dahulu.
Kerana hakikatnya memaafkan bukan hanya membebaskan orang lain tetapi membebaskan diri kita sendiri.
Maaf itu indah, bila ia datang dari hati yang ikhlas.
"Setiap hari adalah hari baru untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jadilah pribadi yang lebih baik dari hari ke hari."
25/03/2026
Puasa enam hari di bulan Syawal menawarkan ganjaran pahala yang besar, iaitu bersamaan dengan puasa sepanjang tahun jika dilakukan selepas puasa Ramadan. Ianya menyempurnakan kekurangan ibadah bulan Ramadan, melatih diri untuk istiqamah, serta menjadi tanda syukur dan ikhlas kepada Allah SWT.
Jom Puasa Enam.
21/03/2026
Selamat Hari raya Aidilfitri
Semoga Allah menerima segala amal kita
RAMADAN BULAN KEAMPUNAN
Ramadan hadir sebagai bulan rahmat dan pengampunan.
Bulan di mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya untuk setiap hamba yang ingin kembali kepada Allah.
Kini kita berada di penghujung Ramadan,
10 malam terakhir yang penuh keberkatan dan keistimewaan.
Pada malam-malam inilah kita dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah, doa dan juga sedekah.
Malam yang mungkin bertepatan dengan Lailatulqadar,
malam yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.
Inilah peluang untuk kita menambah amal dan meninggalkan kebaikan sebelum Ramadan pergi.
Melalui infak yang disalurkan, kita bukan sahaja berkongsi rezeki,
malah membantu keperluan para pelajar tahfiz yang setiap hari menghafal kalam Allah.
Mudah-mudahan setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan membawa kita kepada keampunan Allah.
Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita meninggalkan kebaikan.
10/03/2026
Rebut pahala berganda-ganda pada 10 malam terakhir ini
Jangan lepaskan peluang lagi,mungkinkah ini ramadan terakhir kita.
JUADAH BERBUKA, JANGAN SAMPAI MEMBAZIR
Setiap petang Ramadan, bazar dipenuhi dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Aneka lauk, kuih dan minuman membuatkan kita rasa ingin membeli semuanya.
Namun kadang-kadang, selepas berbuka…
ada makanan yang tidak habis dimakan.
Ada yang akhirnya dibuang begitu sahaja.
Sedangkan di luar sana, masih ada insan yang berbuka dengan hidangan yang sangat sederhana.
Ramadan mengajar kita tentang kesederhanaan dan kesyukuran.
Belilah sekadar yang perlu, bukan sekadar yang kita mahu.
Biar juadah berbuka membawa keberkatan dan bukan pembaziran.
Berpada-padalah ketika membeli, supaya nikmat Ramadan lebih terasa.
07/03/2026
Salam Nuzul Al Quran
Al Quran dibaca hayati maknanya,
Al Quran pedomen hidup cahaya kehidupan.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
04/03/2026
1 hari Ramadan 1 sedekah bersama Maahad Tahfiz Bersepadu Al Majami.
Kejar keberkatan ramadan ini dengan bersedekah.
Tiada satu pun amalan pada bulan yang meletihkan, Allah akan hitung satu persatu.
Jom perbanyakkan amal.
Semoga diluaskan lagi rezeki tuan puan yang s**a bersedekah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
PT 5005, 5006, Taman Sri Mas, Lubok Jong
Pasir Mas
17000