07/06/2026
Senarai peserta PPD Pasir Mas yang mewakili Kelantan ke Anugerah NILAM Pendidikan Khas Kebangsaan 2026
Nur Arianna Humaira Binti Mohd Zahari
(SMK Sultan Ibrahim 2)
Muhammad Nazarudin Ilham Bin Mohamad Fadhil (SMK Tok Uban)
Norarini Arisa Binti Hasbullah (SKPK Kelantan)
Che Muhammad Rizqi Rayyan Bin Che Muhammad Rasul Razeman (SKPK Kelantan)
Muhammad Azim Hafiz Bin Zawawi (SKPK Kelantan)
Nur Hajar Humaira Bt Mohd Tarmizi (SKPK Kelantan)
Tahniah dan syabas atas kejayaan terpilih sebagai sebahagian daripada Kontinjen Kelantan ke Anugerah NILAM Pendidikan Khas Kebangsaan 2026.
Semoga semua peserta kontinjen Kelantan terus bersemangat, mempamerkan potensi terbaik serta mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.
Bersama melangkah sebagai satu pasukan demi Kelantan.
+veRoadtoPodium
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447 hijri
Semoga setiap pengorbanan kita menjadi pemberat timbangan kebaikan.
Ikhlas dari
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas.
+ve
23/05/2026
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mat Ahli Sufi bin Awang Mat, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2026, jam 10.30 pagi, di Hospital Lati.
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah.
21/05/2026
TAHNIAH KONTINJEN KELANTAN!
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pengetua, guru besar, barisan pentadbir sekolah, jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen, pengorbanan dan sokongan padu dalam menjayakan penyertaan Kontinjen Kelantan di Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM Kali Ke-5 Tahun 2026 yang berlangsung pada 18-21 Mei 2026 di Tanjung Puteri Golf Resort.
PENCAPAIAN ATLET PPD PASIR MAS
🏅 Mohamad Aiman Hakim Bin Mohd Kamarul Hisyman – SK Sultan Ibrahim (2)
Tempat Ke-12 Kategori L12
🏅 Nur Ainul Ramadhiah Binti Muhamad Azuma Safari
SK Pendidikan Khas Kelantan
Tempat Ke-11 Kategori P12
🏅 Nur Ain Batrisya Binti Abdul Quddus
SK Pendidikan Khas Kelantan
Tempat Ke-12 Kategori P12
🏅 Nur Alis Alisa Binti Zamri
SMK Tok Uban
Tempat Ke-5 Kategori P19
Kejayaan gemilang ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin tinggi serta kesungguhan seluruh kontinjen telah membolehkan Kelantan sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN MSSM PENDIDIKAN KHAS 2026.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di garisan penamat, tetapi lambang kekuatan usaha, ketabahan dan kebersamaan seluruh warga Pendidikan Khas negeri Kelantan.
*IMPACT+ve ROAD TO PODIUM*
21/05/2026
Penyampaian Surat Arahan Penempatan
Telah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan.
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.
+ve
20/05/2026
Penyampaian Surat Arahan Penempatan
Telah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan untuk Pengetua
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.
+ve
17/05/2026
🚀 iPRISMA26 Kembali Lagi!
Pameran Inovasi, STEM dan Robot Battle kini kembali dengan pengisian yang lebih menarik.
Semua warga pendidikan, guru, murid, ibu bapa dan komuniti setempat dijemput hadir serta menyertai iPRISMA26 Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di:
📍 Kolej Vokasional Pasir Mas
Program ini turut menyokong penglibatan murid dalam PAJSK serta memperkukuh Kemenjadian Murid
Jom hadir, sertai dan meriahkan iPRISMA26! 🌟
15/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
GURU BITARA, NADI NEGARA
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Tahun Ini, Tahun Kita
Terima kasih, cikgu.
Ikhlas daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas
dan Warga Pendidikan Daerah Pasir Mas
+ve
12/05/2026
Ilmu yang disemai oleh guru bukan sekadar membentuk kecemerlangan akademik, tetapi dapat membina nilai dan sahsiah dalam kalangan generasi muda.
Mereka adalah suri teladan dan pembentuk jiwa, yang menyemai nilai serta membentuk adab demi melahirkan insan berakhlak untuk masa depan negara.
Segala kejayaan yang dicapai hari ini bermula daripada didikan seorang guru yang tidak pernah jemu menabur bakti dalam mendidik anak bangsa.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"