Pusat Jagaan Kanak-Kanak Khalifah Kecil

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Khalifah Kecil kami menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak bermula dari usia 3 bulan dan sistem transit untuk kanak2 yang bersekolah

kerohaniankongsikan,.semoga bermanfaat
17/04/2016

kerohanian

kongsikan,.semoga bermanfaat

Transportation crafts for children*sama2 kita kongsikan semoga sama2 mendapat manfaat..
21/03/2016

Transportation crafts for children

*sama2 kita kongsikan semoga sama2 mendapat manfaat..

18/03/2016

Assalamualaikum..

Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita s**a, mahupun tidak s**a.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Terima Kasih

Siapa ada anak yang susah nak makan ubat??Nie haaaa..kami ada tips..share2 lah..semoga bermanfaat..Anak sihat,ibu ayah s...
16/03/2016

Siapa ada anak yang susah nak makan ubat??

Nie haaaa..kami ada tips..share2 lah..semoga bermanfaat..

Anak sihat,ibu ayah senang..

15/03/2016
Cuti sekolah telah bermula..di sini saya kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh ibu bapa bagi mengisi waktu lapang an...
15/03/2016

Cuti sekolah telah bermula..di sini saya kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh ibu bapa bagi mengisi waktu lapang anak2..
InsyaAllah bermanfaat dan dapat meleka kan mereka dari aktiviti2 yang tidak berfaedah..

Anak2 jagaan kami akan menjalankan aktiviti ini pada waktu petang..hasil yang telah siap kami tampalkan pada walkway..bagai berjalan di geleri seni gitu...

Jangan lupa bekalkan anak2 anda dengan air masak..Kalau dah habis,jangan risau..kami tolong penuhkan botolnya nanti..
13/03/2016

Jangan lupa bekalkan anak2 anda dengan air masak..
Kalau dah habis,jangan risau..kami tolong penuhkan botolnya nanti..

Tips eratkan hubungan antara ayah dan anak..   Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti y...
13/03/2016

Tips eratkan hubungan antara ayah dan anak..



Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan ayah dengan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila.

MazeBermain maze nampak seperti membuang masa. TIDAK!! Walaupun hanya beberapa minit sehari, aktiviti yang menyeronokkan...
13/02/2016

Maze
Bermain maze nampak seperti membuang masa. TIDAK!! Walaupun hanya beberapa minit sehari, aktiviti yang menyeronokkan begini adalah cara yang baik untuk membina musle kecil di tangan dan jari anak jagaan kami. Bila muscle ni terbina baik, insya Allah anak akan dapat menulis dengan baik.

Antara kelebihan maze adalah :
1.membantu anak membina daya penyelesaian masalah.
2.mengajar anak erti sabar.
3.membina pemikiran logik anak.
4.dan apabila anak fokus melakukan sesuatu, ia akan membina ingatan mereka.

Nota adab (pendidikan islam )Kami juga menerapkan nilai2 murni,akhlak serta adab yang baik untuk anak2 jagaan kami..Post...
13/02/2016

Nota adab (pendidikan islam )

Kami juga menerapkan nilai2 murni,akhlak serta adab yang baik untuk anak2 jagaan kami..

Poster2 ini kami tampal di surau sebagai bahan bacaan yang bermanfaat sementara memunggu masa untuk solat..

Cara2 mencegah virus zika.
09/02/2016

Cara2 mencegah virus zika.

CARA MENGESAN TELEFON YANG HILANGSekiranya anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejakinya kembali tanpa membuat...
16/12/2015

CARA MENGESAN TELEFON YANG HILANG

Sekiranya anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejakinya kembali tanpa membuat laporan polis.

Ini kerana, setiap telefon bimbit dibekalkan dengan nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity) yang unik untuk mengesan lokasinya.

Berikut ialah langkah-langkah yang disarankan:

1. Dail * #06 # pada telefon bimbit.

2. Telefon bimbit akan menunjukkan 15 digit nombor IMEI/ MEID.

3. Catit atau 'screenshot' nombor tersebut dan hantar butiran di bawah kepada alamat e-mel anda sendiri bagi memudahkan pencarian jika berlaku sesuatu nanti:

Nama:
Alamat:
Model telefon:
Buatan:
Nombor terakhir yang digunakan:
E-mel untuk dihubungi:
Tarikh hilang:
Nombor IMEI/ MEID:

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu e-mel butiran di atas kepada [email protected].

5. Lokasi telefon mudah alih anda yang sedang beroperasi akan dikesan dalam tempoh 24 jam melalui internet dan sistem GPRS yang kompleks walaupun kad SIM telah ditukar.

Sebarkan mesej ini agar dapat membantu lebih ramai orang.

Address

Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Kanak-Kanak Khalifah Kecil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share