15/10/2024
Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.
Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya,
Jika nabi tidak diikut.
Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang,
Sehingga musuh sangat hormati.
الحمد لله، على كل حال.. جزاكم الله خير الجزاء kepada semua pihak masjid dan surau kerana sudi menjemput kami untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis maulidur rasul di tempat tuan² dan puan².
Main bola atas padang,
Sambil main makan celagi,
Kalau ada umur panjang,
Kita akan berjumpa lagi.