SMK SERI ALAM 2

Call Directions Contact the school

SMK SERI ALAM 2 Page ini adalah rasmi dan hanya untuk kegunaan rasmi sahaja seperti pengumuman dan sebagainya.

19/09/2026
πŸ“’ PERINGATAN KESIHATAN SEMASA JEREBUWarga SMK Seri Alam 2 diingatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan me...
19/09/2026

πŸ“’ PERINGATAN KESIHATAN SEMASA JEREBU

Warga SMK Seri Alam 2 diingatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kesihatan diri sepanjang keadaan berjerebu.

Jerebu bukan sahaja boleh menjejaskan sistem pernafasan, malah boleh menyebabkan mata pedih, sakit kepala, hidung berair, tekak kering, batuk, sesak nafas, kulit gatal dan rasa loya.

Sehubungan itu, semua warga sekolah disarankan untuk memakai pelitup muka apabila perlu, mengurangkan aktiviti di luar, minum air secukupnya serta mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala yang berterusan.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Sayangi diri, utamakan kesihatan.


πŸŒŸπŸ„PROGRAM JELAJAH ASPIRASI GEMILANG KE KOLEJ MATRIKULASI JOHOR & MELAKAπŸ„πŸŒŸAlhamdulillah, Program Jelajah Aspirasi Gemilan...
18/09/2026

πŸŒŸπŸ„PROGRAM JELAJAH ASPIRASI GEMILANG KE KOLEJ MATRIKULASI JOHOR & MELAKAπŸ„πŸŒŸ

Alhamdulillah, Program Jelajah Aspirasi Gemilang SMK Seri Alam 2 merupakan program bersama unit kaunseling dan unit kurikulum yang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Program ini menjadi salah satu usaha sekolah dalam memberi suntikan motivasi, membina keyakinan diri serta menyemarakkan semangat murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan inspirasi yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya serta menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Terus melangkah, terus berusaha dan terus mencipta kejayaan.




15/09/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SMK Seri Alam 2 atas pencapaian cemerlang dalam Perkhemahan Eksplorasi I...
13/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SMK Seri Alam 2 atas pencapaian cemerlang dalam Perkhemahan Eksplorasi Ilmu Peringkat Negeri Johor.

Alhamdulillah, pasukan sekolah telah berjaya memperoleh kejayaan berikut:
πŸ† Johan – Ikhtiar Hidup (Masakan)
πŸ₯ˆ Naib Johan – Pengucapan Awam
🌟 Kumpulan Terbaik Keseluruhan

Pencapaian ini merupakan hasil usaha, komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan murid serta bimbingan berterusan daripada guru pengiring.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Tahniah kepada semua yang terlibat dan teruskan mengharumkan nama SMK Seri Alam 2.


πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggakan murid-murid kita dalam Perkh...
12/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggakan murid-murid kita dalam Perkhemahan Eksplorasi Ilmu Peringkat Negeri Johor pada hari ini, apabila pasukan sekolah berjaya meraih

Johan Pertandingan Ikhtiar Hidup yang diwakili oleh:
1.Puteri Nur Qaseh binti Rosli (3RK1)
2. Putri Amni Arissa binti Mohd Amrinazmi (3RK1)
3. Nur Aliah Insyirah binti Mohd Nasir (3RK2)
4. Muhammad Arif Rayyan bin Mohd Aidhil (3RK2),

serta Naib Johan Pertandingan Pengucapan Awam yang diwakili oleh:

1. Emir Danish bin Muhammad Zainol Abdin 3RK1
2.Muhammad Farhan bin Mohd Tajul Fikri (3RK1),
3. Muhammad Zaquan Danish bin Abdullah (3RK2),
4. Awangku Hadi Syafiq bin Awangku Asrul (3RK2)
5. Nurul Izzah binti Abdul Halim (3RK1). 🌟πŸ₯‡πŸ₯ˆ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PK Kokurikulum, En. Hazli bin Harun, atas sokongan, kata-kata semangat, nasihat serta doa yang dititipkan kepada murid-murid sebelum mereka berangkat, yang pastinya menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan sepanjang menyertai perkhemahan dan pertandingan.
🀲✨

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dua orang Cikgu Kadet Bomba, Cikgu Syahirah dan Cikgu Hidayat, selaku guru pengiring, atas komitmen, pengorbanan masa dan tenaga dalam menguruskan, membimbing, memantau serta menjaga kebajikan murid sepanjang perkhemahan, termasuk bermalam bersama murid bagi memastikan keselamatan dan keperluan mereka sentiasa terjaga. β€οΈπŸ‘

Tahniah dan syabas kepada semua murid atas usaha, keberanian, semangat juang dan kerjasama yang luar biasasehingga berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri Johor. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil doa, sokongan, bimbingan dan kerjasama semua pihak. 🌷

πŸ’ TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT! πŸ’
SMK SERI ALAM 2 BOLEH! πŸ’ͺπŸ†πŸ”₯

πŸš’πŸ”₯ Kadet Bomba dan Penyelamat SEAL2. Mengorak Langkah ke Peringkat Negeri! πŸ”₯πŸš’Alhamdulillah, seramai 9 orang murid mewaki...
12/09/2026

πŸš’πŸ”₯ Kadet Bomba dan Penyelamat SEAL2. Mengorak Langkah ke Peringkat Negeri! πŸ”₯πŸš’

Alhamdulillah, seramai 9 orang murid mewakili Unit Beruniform Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diberi peluang mewakili sekolah dalam Sekolah Jemputan Perkhemahan Eksplorasi Ilmu Peringkat Negeri Johor.

Lebih membanggakan, 3 orang guru Kadet Bomba turut diberi kepercayaan untuk terlibat sebagai Hakim Jemputan dan Guru Pengiring:
πŸ… Pn. Noor Aisah Omar – Hakim Jemputan
πŸ… Pn. Norhidayat binti Jamaludin – Hakim Jemputan
πŸ… Cik Nur Syahirah binti Rozali – Hakim Jemputan & Guru Pengiring

Satu pencapaian dan pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak Kadet Bomba serta guru-guru yang terlibat. πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga peluang ini menjadi suntikan semangat untuk mereka terus berani mencuba, yakin melangkah dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah buat semua! πŸ‘πŸ‘
Kadet Bomba dan Penyelamat β€” Berani, Cekal, Berdisiplin! πŸš’πŸ”₯

πŸ“Œ PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA MURID PERMATA SPM 2026πŸŒŸπŸ’Pada 11 September 2026 (Jumaat), telah berlangsung Perjumpaan Ibu ...
11/09/2026

πŸ“Œ PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA MURID PERMATA SPM 2026πŸŒŸπŸ’

Pada 11 September 2026 (Jumaat), telah berlangsung Perjumpaan Ibu Bapa Bersama 30 orang murid Permata SPM 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Seri Alam 2.

Program ini diadakan sebagai satu platform untuk pihak sekolah, ibu bapa/penjaga dan murid berbincang serta berkongsi pandangan berkaitan perkembangan akademik, potensi dan persediaan murid dalam menghadapi SPM 2026.

Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting dalam memastikan setiap murid terus diberi sokongan, bimbingan serta motivasi untuk mencapai kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa hadir serta memberikan komitmen terhadap perkembangan pendidikan anak-anak Permata SPM.

Semoga segala usaha, perancangan dan kerjasama yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak SEAL 2 dalam SPM 2026.

β€œAnak Anda, Amanah Kami”
Melangkah Bersama, Menuju Kecemerlangan.





πŸŒŸπŸ„PROGRAM HARI JALINAN MESRA TINGKATAN 5 TAHUN 2026πŸ„πŸŒŸPada 11 September 2026 (Jumaat), SMK Seri Alam 2 telah melaksanakan...
11/09/2026

πŸŒŸπŸ„PROGRAM HARI JALINAN MESRA TINGKATAN 5 TAHUN 2026πŸ„πŸŒŸ

Pada 11 September 2026 (Jumaat), SMK Seri Alam 2 telah melaksanakan Hari Jalinan Mesra Tingkatan 5 Tahun 2026 yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bilik darjah masing-masing.

Program ini menjadi medium pertemuan antara guru, ibu bapa/penjaga dan murid Tingkatan 5 bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta persediaan murid dalam menghadapi SPM 2026.

Kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak amat penting dalam membantu murid mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga, guru serta murid atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Bersama Temu β€’ Bersama Bincang β€’ Demi Masa Depan

Guru, Murid dan Ibu Bapa Sehaluan Mencapai Impian.


πŸ“’ HEBAHAN KESIHATAN: DEMAM DENGGI – FAHAMI & CEGAHWarga SMK Seri Alam 2 diingatkan agar sentiasa peka terhadap risiko de...
10/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN KESIHATAN: DEMAM DENGGI – FAHAMI & CEGAH

Warga SMK Seri Alam 2 diingatkan agar sentiasa peka terhadap risiko demam denggi yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan keluarga.

Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan ialah memastikan kawasan rumah dan persekitaran sekolah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes, menggunakan bahan penghalau nyamuk serta menjaga kebersihan persekitaran.

Sekiranya mengalami gejala seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit kepala, sakit sendi dan otot, ruam, loya atau muntah, dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera. Jangan abaikan tanda-tanda amaran yang boleh membahayakan kesihatan.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras denggi. Cegah sebelum terkena, lindungi diri dan keluarga. Bebas nyamuk, bebas denggi!





Address

BANDAR SERI ALAM
Pasir Gudang
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073864107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SERI ALAM 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK SERI ALAM 2:

Share

Category