11/04/2021
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته وسلام على من اتبع الهدى
Ingatan mesra muhasabah bersama💚💚💚💚
Persediaan Menjelang Ramadhan 13 April yang dinanti.....
Anak-anak pelajar yang dikasihi...😍
🌹Ramadhan menggamit hati yang merindukan suasana pesta ibadah. Ramadhan adalah anugerah istimewa yang hanya diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW. Bulan digandakan ganjaran amal kepada mereka yang beramal sehingga melebihi 1000 bulan. Bulan penuh rahmat dan keampunan.
Anak-anak pelajar yang soleh dan solehah...
🌹Orang yang melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna akan diberi keistimewaan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan. Hadis Nabi SAW:
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يالهدى
الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ" متفقٌ عليه.
Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat. Tidak akan masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru oleh penjaganya: ”Dimanakah orang yang berpuasa? Maka mereka yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak ada yang akan memasukinya melaikan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya, pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat memasukinya. (HR Bukhari, no. 1896).
Anak-anak pelajar yang baik,😍
🌹Menjadi tanggungjawab untuk setiap Muslim mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini.
Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah:
🌺 Mengikhlaskan niat
🌺 Mengulangkaji Fiqh Ibadah Puasa
🌺Qadha puasa jika ada yang masih tertinggal
🌺Bertaubat daripada dosa yang lalu.
🌺Tingkatkan bacaan al-Quran
🌺Biasakan bersedekah
disamping menyediakan simpanan untuk infaq di bulan Ramadhan
🌺 Perbanyakkan zikir harian
🌺Perbanyakkan doa agar dapat bertemu dengan Ramadan
🌺Membiasakan diri untuk bangun malam melaksanakan ibadat Qiamullail
🌺Membiasakan diri dengan solat berjamaah di masjid khususnya bagi lelaki
🌺Latih sifat sabar
🌺Bagi yang berpenyakit, sila dapatkan nasihat doktor serta ubat yang perlu diambil untuk membolehkannya berpuasa.
Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian.
💚💚💚JK BudayaQuran/MAKDIS SMKPG3💚💚💚