SpeEd Skomas Peneraju Gemilang

SpeEd Skomas Peneraju Gemilang Perkongsian Informasi Tentang Berita dan Aktiviti PPKI SKOMAS

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽ“โœจProgram Pendidikan Khas Integrasi SMK Kota Masai ingin mengucapkan Selamat Hari...
16/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽ“โœจ

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kota Masai ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh sahabat warga pendidik di SMK Kota Masai serta di seluruh negara.

Tema sambutan tahun ini menterjemahkan keunggulan komitmen dan integriti para pendidik sebagai penggerak utama nadi yang mencorakkan masa depan generasi muda dan memacu kemajuan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan ilmu, kegigihan, serta dedikasi tanpa jemu dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, kompeten, dan berakhlak mulia.

โ€œ๐™‚๐™ช๐™ง๐™ช ๐˜ฝ๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™‰๐™–๐™™๐™ž ๐™‰๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–โ€







MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN PENUH PENDIDIKAN KHAS JANUARI HINGGA MAC  2026Sekalung tahniah diucapkan kepada semua...
28/04/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN PENUH PENDIDIKAN KHAS JANUARI HINGGA MAC 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat sijil kehadiran penuh sepanjang bulan januari hingga mac 2026.
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

27/04/2026

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Hadif Mirza atas pencapaian cemerlang dengan mendapat TOP 5 PENARI LELAKI TERBAIK!

๐ŸŒŸ Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Hadif Mirza, murid PPKI SMK Kota Masai atas kejayaan meraih kedudukan Top 5 Pen...
27/04/2026

๐ŸŒŸ Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Hadif Mirza, murid PPKI SMK Kota Masai atas kejayaan meraih kedudukan Top 5 Penari Lelaki Terbaik dalam Bengkel Meh La Zapin di B5 Johor Street Market.

Kejayaan ini membuktikan bakat, usaha dan semangat luar biasa yang dimiliki. Anda bukan sahaja mengharumkan nama PPKI SMK Kota Masai, malah menjadi inspirasi buat rakan-rakan lain untuk berani menyerlahkan potensi diri.

Terus melangkah penuh yakin, menari penuh jiwa, dan terus bersinar dengan bakat istimewa! ๐Ÿ’ซ๐Ÿ‘
PPKI berbangga dengan anda, Hadif Mirza!

2 orang murid PPKI Smk Kota Masai , Nurul Syuhada binti Jamperidin dan Muhammad Hadif Mirza bin Mohd Norsaid mewakili ahli kelab kebudayaan seni warisan menyertai bengkel ini diiringi oleh Cikgu Nik Nurzayumie.

โœจ MAJLIS TEMU MURNI PENDIDIKAN KHAS 2026 โœจJalinan kasih, eratkan silaturahim ๐ŸคAyuh ibu bapa dan guru bersama-sama membin...
24/04/2026

โœจ MAJLIS TEMU MURNI PENDIDIKAN KHAS 2026 โœจ

Jalinan kasih, eratkan silaturahim ๐Ÿค
Ayuh ibu bapa dan guru bersama-sama membina masa depan anak-anak istimewa dengan penuh keprihatinan dan kasih sayang.

๐Ÿ“… Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Aula Sari, SKOMAS

Terima kasih ibu bapa yang sudi meluangkan masa.Kehadiran anda amat bermakna dalam memperkukuh kerjasama demi perkembangan terbaik murid pendidikan khas.

๐Ÿ’™ Bersama kita mencipta perubahan, menyentuh hati, dan membina harapan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa Muhammad Haikal bin Mohd Khir telah berjaya meraih pingat emas da...
23/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Muhammad Haikal bin Mohd Khir telah berjaya meraih pingat emas dalam Kategori T20 di Kejohanan Sirkit Para Olahraga Kebangsaan 2026.

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa akan datang serta mengharumkan nama negara.

Sekian, terima kasih.

20/04/2026

Persembahan Tarian Pembukaan bertemakan Hari Raya..

Memenuhi jemputan daripada pihak MBPG yang menganjurkan Program Inspirasi OKU..-persembahan tarian pembukaan-reruai dan ...
20/04/2026

Memenuhi jemputan daripada pihak MBPG yang menganjurkan Program Inspirasi OKU..

-persembahan tarian pembukaan
-reruai dan jualan produk PPKI

JEMPUTAN KE PROGRAM INSPIRASI OKU 2026 KOMUNITI PASIR GUDANG

Majlis Perasmian Program Inspirasi OKU 2026 Komuniti Pasir Gudang yang dianjurkan sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keunikan dan potensi golongan OKU serta memperkukuh semangat inklusiviti dalam komuniti.

๐Ÿ“… Tarikh: 20 April 2026 (Isnin)
๐Ÿ•ฃ Masa: 11.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Serbaguna, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang
Tema : Biru

Bersama-sama kita menyokong, memahami dan menghargai keistimewaan setiap individu ๐Ÿ’™









16 APRIL 2026 - PENGAUDITAN PENGURUSAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN  PENDIDIKAN KHAS BAGI MENCAPAI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN...
18/04/2026

16 APRIL 2026 - PENGAUDITAN PENGURUSAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MENCAPAI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

SMK Kota Masai telah menerima kunjungan barisan Juruaudit dari Jabatan Audit Negara dalam rangka audit bagi pengurusan kemudahan perkhidmatan pendidikan khas.

Kunjungan ini membuka ruang untuk memperhalusi pengurusan kemudahan perkhidmatan pendidikan khas bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG).

Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pn Anis Isnaizah Md Hariri, Penolong Pegawai PPD Pasir Gudang (Unit Pendidikan Khas), Dr Asnorhisham Adam dan En Mohd Haniff Hamid berserta pegawai PPD.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Sektor Pendidikan khas dan SMK Kota Masai secara khususnya dalam memperkasa kecemerlangan tidak hanya secara akademik, kokorikulum malahan juga peningkatan infrastruktur untuk menyediakan ruang terbaik kepada murid bekeperluan pendidikan khas dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka.






02/11/2025

Address

Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SpeEd Skomas Peneraju Gemilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category