Zawiyah Ahadan

Zawiyah Ahadan صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Ya Allah limpahkan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad

SOLAT , IBADAH DAN SYARIAT adalah terjemahan kepada seorang yg telah miliki ALLAH pd jiwanya.Namun ternyata ramai yang t...
16/04/2023

SOLAT , IBADAH DAN SYARIAT adalah terjemahan kepada seorang yg telah miliki ALLAH pd jiwanya.

Namun ternyata ramai yang tak milikinya kerana dalam jiwanya bersarang ammarah yang tak mungkin ALLAH bertahta dalam jiwanya. Yang ada hanyalah Ketuhanan diri dan Nafsu

Jika agama dimulai dengan Syariat, ia menjadi sukar kerana tiada mengenal ALLAH sejati ,maka tiada muncul CINTA HAKIKI, segala ibadah dan hukum menjadi bebanan bukannya kenikmatan.

Jika Agama dimulai dgn MAKRIFATULLAH, maka dengan sendiri hakikat dan tareqah akn mudah dikuasai, Syariat menjadi kemuncak pengabdian CINTA

🌹WIAM

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Ya Allah limpahkan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad..🤍🌹
10/12/2022

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Ya Allah limpahkan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad..🤍🌹

Memetik TasbihJari jemari memetik tasbihMenyatu hati dan akalMenyaksikan Jalal dan JamalYang ditajalikan pada hati yang ...
14/11/2022

Memetik Tasbih

Jari jemari memetik tasbih
Menyatu hati dan akal
Menyaksikan Jalal dan Jamal
Yang ditajalikan pada hati yang merindui...

Asyik oh begitu asyik
Cahaya Jamal menarik melihatNya
Telah kembali diri ini
Ke pangkuan syurga merindu Rohani...

Terus ku petik tasbih ini
Agar Ruh terus berterbangun
Membelah langit yang menghijab
Menembusi Nur yang menyilau...

Tiada merasai lagi tubuh kasarku
Mata tertutup buta, telinga sunyi dari bunyian
Lidah menongkat ke langit
Ruh terpaku dalam bermuwajahah...

Asyik oh begitu asyik
Indah oh begitu indah
Merdu oh begitu merdu
Tasbih dan Tahmid berbunyi tanpa huruf dan suara...

Memandang dan terus memandang
Sehingga hilang yang memandang
Maka kebingungan dalam pembukaan
Yang memandang itulah yang dipandang
Yang dipandang itulah yang memandang..

* Hanya Zauqi ( perasaan) para sufi yg tenggelam dlm wilayah Ahadiah, bukannya Iktiqqadi

🌹🤍WIAM

28/09/2022

Duhai Rabiul Awwal,
Ku tunggu gerimis cahaya pertamamu
menerpaku 💖

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

21/09/2022

Reminder..

18/09/2022

Berkata Sang Arif Billah ;

Makrifat itu adalah NUR yang ALLAH ﷻ menetapkannya pada Hati mereka yang DIA Kasihi dikalangan Hamba-Nya , tidak ada sesuatu yang lebih besar dan Agung melebihi dari NUR itu.

Hakikat Makrifat adalah Hidupnya hati seseorang dengan Tuhannya Yang Maha Menghidupkan ( المحيي )

Barangsiapa yang Mati Nafsunya Jauh ia dari Dunianya.

Barangsiapa yang Mati Hatinya Jauh ia dari Tuhannya.

Ditanyakan Ibnu Sammak رحمه الله تعالى :

Bilakah seseorang itu mengetahui bahawa dia berada pada Hakikat Makrifat ?

Kata beliau : Apabila dia dapat menyaksikan Tuhannya dengan Pandangan Batinnya dan lebur pandangannya pada selain-Nya.

BabalongIdris

بسم الله الرحمن الرحيم 🌹Berkata Sang Arif Billah Makrifat itu adalah NUR yang ALLAH ﷻ  menetapkannya pada Hati mereka ya...
14/09/2022

بسم الله الرحمن الرحيم 🌹

Berkata Sang Arif Billah

Makrifat itu adalah NUR yang ALLAH ﷻ menetapkannya pada Hati mereka yang DIA Kasihi dikalangan Hamba-Nya , tidak ada sesuatu yang lebih besar dan Agung melebihi dari NUR itu.

Hakikat Makrifat adalah Hidupnya hati seseorang dengan Tuhannya Yang Maha Menghidupkan ( المحيي )

Barangsiapa yang Mati Nafsunya Jauh ia dari Dunianya.

Barangsiapa yang Mati Hatinya Jauh ia dari Tuhannya.

Ditanyakan Ibnu Sammak رحمه الله تعالى :

Bilakah seseorang itu mengetahui bahawa dia berada pada Hakikat Makrifat ?

Kata beliau : Apabila dia dapat menyaksikan Tuhannya dengan Pandangan Batinnya dan lebur pandangannya pada selain-Nya.

Suatu Hari Nabi Daud عليه السلام mendapat wahyu dari Allah ﷻ ;

ALlah ﷻ berfirman ; Wahai Daud !! Kenalilah Daku dan Kenalilah Diri Engkau !.

Nabi Daud عليه السلام berfikir lalu mengatakan ; Tuhanku ! Daku mengenal Diri-MU Dengan KEESAAN , KEKUASAAN , KEKAL , dan Daku mengenali diriku dengan ; lemah dan akan binasa,

Lalu Allah ﷻ berfirman ; Sekarang Engkau Telah Mengenali AKU.

15/08/2022

بسم الله الرحمن الرحيم 🌹

KETAUHIDAN NABI IBRAHIM AS 🍂

13 tahun Baginda ﷺ di Mekah
Menyeru kepada keyauhidan dan berbuat baik sesama insan
meneruskan ajaran Moyangnya Nabi Ibrahim a.s.
yang telah diseleweng oleh bangsa manusia

Nabi Ibrahim Khalilullah
Nama yang disebut dalam Selawat Ibrahimiah
Yang dibaca tiap kali di dalam solat
kerana Allah mahu memberi petunjuk
Bahawa tiada berpisah Ibrahim a.s. dan Muhammad ﷺ
dalam nafas setiap insan.

Perjalanan Nabi Ibrahim a.s.
Suci dalam keTauhidan, tabah dan bijaksana, namun juga jiwa yang penuh pemberontakan demi kebenaran.
Baginda hidup sentiasa berfikir dengan penuh kritis mengkaji setiap gerak alam untuk menjawab persoalan jiwa.
Menentang dan memecahkan segala berhala, memohon Allah petunjuk kepadanya bagaimana jasad-jasad yang hancur dapat disatukan.

Baginda meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir yang kontang, menyembelih anaknya tika diperintah bagaikan mati perasaan
Hidupnya sentiasa dalam pengembaraan dipelusuk mentari berbayang
Menyinari jiwa dengan keTauhidan Nafi dan Isbat

Tika hampir dibakar dalam lautan api yang menggila
Datang Jibril padanya bertanya, "Duhai Ibrahim, apakah hajat mu pada ku?"
Maka Baginda menjawab, "Pada mu aku tidak berhajat, tapi pada Allah aku berhajat."
Lalu Jibril bertanya, "Apakah hajat mu pada Allah?"
Maka berkata Baginda a.s. bersabda, "Allah sudah mengetahui apakah hajat ku.."

Lantaran teguhnya Tauhid yang hanya mengesakan Allah dalam kekuasaanNya
Maka api dalam hukum manusia membakar menjadi lemah berdepan dengannya..

Hancurkan segala berhala luaran dan dalaman
Baik dalam pengabdian dan kecintaan
Itulah ajaran Tauhid kekasih Allah Nabi Ibrahim a.s.
Agar dirimu benar mencapai maqam kehambaan
Yang tiada dalam dirimu hanya Dia semata-mata..

—Walid Ibrahim Al Malik

Antara pesanan Habib Kadzim bin Jaafar As-Saqqaf حفظه الله;1-Jika di dalam hati kita ada takzim kepada syariat dan cinta...
08/06/2022

Antara pesanan Habib Kadzim bin Jaafar As-Saqqaf حفظه الله;

1-Jika di dalam hati kita ada takzim kepada syariat dan cinta orang soleh, itu mudah-mudahan tanda ruhnya hidup

2-Jika benci cerita orang soleh, itu khuatir tanda dirinya jauh dengan dengan Allah

3- Betapa banyak ruh yang terisi apabila dibacakan karangan Sang Imam, termasuk juga karangan qasidah beliau. Apakah rahsianya walaupun beliau sudah lama wafat, namun membacanya kitab dan qasidah beliau, kita tidak terasa bosan?

Ini kerana sirnya adalah sang imam mendekatkan diri dengan Allah dan ini (sirndan keberkatan itu) masih berterusan sehingga sekarang melalui sifat Allah, Al-Baqi (Yang Maha Kekal)

4- Jika ditanya kepada beliau apakah sebab beliau diberikan kedudukan demikian, nescaya beliau akan menjawab:

"Aku tiada apa melainkan kerana inkisar (tunduk, hancur) hati, pengakuan sebagai hamba yang berdosa, hati yang sentiasa inginkan rahmatNya."

Inilah penyebab datang bantuan Allah seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Qudsi:

أنا عند منكسرة قلوبهم
((Aku - Allah- bersama mereka yang pecah hati mereka))

5-Kita semua sangat افتقار berharap kepada Allah untuk kita sentiasa diberi nikmat, dan rahmat Allah. Rasakan bahawa kita benar-benar lemah terhadap Allah.

Perkara ini adalah ubat jiwa bagaimana Sang Imam ungkapkan dalam qasidah قد كفاني, dengan adanya perasaan di atas, sang imam panjatkan doanya kepada Allah. Lihat bagaimana Sang Imam ungkapkan setelah merasai iftiqar, dan lemah jiwanya:

فلهذا السر أدعو في يساري وعساري

"Kerana rahsia inilah, aku berdoa kepada Allah ketika senang dan susahku"

Bukan hanya ada perasaan ini bila waktu sudah sahaja, tetapi waktu senang pun tetap ada perasaan ini.

6-Siapa yang dalam keadaan sedih atau kemurungan, maka bacalah qasidah قد كفاني ini dengan hati yang jujur kepada Allah (disamping memahami maknanya), nescaya akan dihilangkan Allah kesedihan itu dengan izin Allah.

7-Jangan murung dengan kehidupan, kerana semuanya telah ditentukan Allah, kuatkan ikatan kamu dengan Allah dengan membaca:

{ وَأُفَوِّضُ أَمۡرِیۤ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِیرُۢ بِٱلۡعِبَادِ }
[Surah Ghâfir: 44]

Bacalah sehari 100x

8-Mengingat hari kelahiran, hari kewafatan orang soleh ini sebenarnya mengingatkan firman Allah tentang ucapan salam (penghormatan kepada Nabi Isa عليه السلام

{ وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَیَّ یَوۡمَ وُلِدتُّ وَیَوۡمَ أَمُوتُ وَیَوۡمَ أُبۡعَثُ حَیࣰّا }
[Surah Maryam: 33]

Maka, tidak salah kita mengingati hari kelahiran atau kewafatan orang soleh.

Mudah-mudahan kisah orang soleh lebih khusus sang Imam memberi motivasi untuk terus kita menambahkan ketaatan kepada Allah.

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Masjid Negeri Shah Alam
Majlis Haul Imam Al-Haddad
4 Jun 2022

ALLAH TIDAK MENINGGALKAN MUDuhai anakku tercinta,Hidup ini adalah untuk mujahadah nafsu bukannya hidup untuk mengikut ha...
08/05/2022

ALLAH TIDAK MENINGGALKAN MU

Duhai anakku tercinta,

Hidup ini adalah untuk mujahadah nafsu bukannya hidup untuk mengikut hawa nafsu. Justeru itu dalam hidup mu tiada akan berlaku semua keinginan mu tercapai, malah berlaku sebaliknya yang menyakiti nafsu mu.

Barat memberi makna kebebasan sebagai melakukan apa sahaja keinginan nafsu sedangkan makna kebebasan dalam Islam ialah membebaskan diri kemahuan nafsu dan Redha dengan Kemahuan الله.

Duhai anakku,

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mu. DIA menyayangi mu jauh berganda dari sesiapa jua yang menyayangi mu. Justeru itu DiA memerintah agar engkau Redha dan Sabar dengan apa yang berlaku pada mu, tenang dalam pelukan CintaNya.

Tahan kepedihan dan telan kepahitan, lihat disebaliknya الله yang mengerakkan untuk ia berlaku walaupun engkau berusaha dan berdoa agar tidak berlaku. Yang pasti Allah tidak sekali-kali membenci dan meninggalkan mu, DIA sentiasa bersama mu dalam setiap nafas mu dengan penuh Ar Rahman.

"Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah gelap gulita, Rabbmu tidak akan pernah meninggalkanmu dan tidak p**a membencimu...” (Adh Dhuha : 1-3).

Duhai anakku,

Jika engkau mahu kebahagiaan dunia yang sedetik ini, maka hiduplah dengan keinginan nafsu dan engkau menentang serta merungut dengan takdir yang berlaku. Apa yang Allah takdirkan adalah untuk memberi kedudukan maqam disisiNya dan kenikmatan di Syurga nanti jika engkau Redha dan Sabar.

Namun jika engkau memilih untuk tidak rRedha dan mengikuti nafsu, kamu akan perolehi apa yang engkau mahu di dunia, tetapi engkau kehilangan maqam dan kurniaan yang disediakan Allah pada mu.

Dunia adalah tempat kesakitan sama ada pada fizikal, mental, emosi dan Ruh. Perjalanan CINTA adalah mengintai CINTA disebalik kepedihan nafsu. Jika engkau dicintai الله، pasti engkau akan disakiti dan diremuk jiwa dengan takdirNya hingga tiada lagi dihati mu selain dariNya, hanya DIA yang boleh menenangkan diri mu.

Duhai anakku,

Beruntung diri mu disebalik kehilangan apa yang engkau cintai dan mahukan. Engkau perolehi الله dalam jiwa mu lantaran engkau Redha dan Sabar. Rugi diri mu dengan ujian kesakitan nafsu mu yang ditakdirkan jika engkau tidak redha dan sabar, engkau menderita dalam kehidupan dunia dan kehilangan الله pada jiwa mu, malah akan menderita di akhirat nanti jika engkau tidak segera berlari pada Allah.

Jadikan Al Quran, Solat, Zikir dan Selawat serta berteman sahabat yang soleh sebagai penawar pada hati mu, agar tenteram nafsu mu dalam hadapi samudera kehidupan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Wallahualam.

Walid Ibrahim al Malik

08/05/2022

Hikmah Ar Rumi

كل نفس ذائقة الموت وليست كل نفس تذوق الحياة

Setiap jiwa akan merasakan kematian, tetapi tidak semua jiwa merasakan kehidupan.

– Jalaluddin Rumi –

🌹❤️

AHMAD dan MUHAMMADALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:فَاِ ذَا سَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَ...
15/01/2022

AHMAD dan MUHAMMAD

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَاِ ذَا سَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَهٗ سٰجِدِيْنَ
fa izaa sawwaituhuu wa nafakhtu fiihi mir ruuhii faqo'uu lahuu saajidiin

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya."
(QS. Sad 38: Ayat 72)

ALLAH mengenggam Nur JamalNya (KeindahanNya) dan meniupnya menjadi Ruh RASULULLAH ﷺ yang bernama AHMAD, ia adalah ciptaan yang awal daripada Nur ALLAH.

("Nur", "Mengenggam" dan "Meniup" hanya pada bahasa, tiada sama sekali boleh diserupakan dengan apa jua keadaan makhluk yang bersifat baharu)

AHMAD adalah nama kekasihNya yang awal, nama RASULULLAH ﷺ di langit, martabatnya adalah khususiah yang ALLAH jua Maha Mengetahui, menghimpun Qadim dan Baharu, tiada siapa boleh mencapai akan hakikat Ruh RASULULLAH ﷺ yang terpuji, apalagi mahu mencapai hakikat ALLAH yang Maha Agung..

RAHSIA AHAD ditajallikan dalam kandungan "MIM" maka menjadi "AHMAD", pada "MIM" terkandung Rahsia Tajalli Sifat dan Asma iaitu Wahdah dan Wahidiah.

AHMAD adalah nama Rohani NABI di langit.
MUHAMMAD adalah nama Tubuh NABI di bumi.

AHMAD cermin rahsia KETUHANAN,
MUHAMMAD cermin wajah KEHAMBAAN.

RASULULLAH adalah Hakikat INSAN KAMIL yang sempurna zahir dan batinnya.

Menyatulah AHMAD dan MUHAMMAD dalam diri mu, maka sempurnalah perjalanan insan di alam ini..

Sesungguhnya Selawat adalah pintu pada RASULULLAH dan RASULULLAH adalah pintu pada ALLAH. Selawat adalah jalan yang pantas membawa insan kepada Makrifatullah.

صَلَّى اللهُ رَبُّنَا عَلى نُوْرِ الْمُبِيْن

أَحْمَدَ الْمُصْطَفَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْن

Walid Ibrahim Al Malik
15 jan 2022

Address

Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zawiyah Ahadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Zawiyah Ahadan:

Shortcuts

Share

Category