SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang

SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang Halaman ini dibangunkan untuk menyalurkan maklumat kepada warga dan komuniti SKTPR

*Makluman Mesra kepada Ibu Bapa/Penjaga*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sehubungan dengan keadaan persekitaran semas...
14/06/2026

*Makluman Mesra kepada Ibu Bapa/Penjaga*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sehubungan dengan keadaan persekitaran semasa, ibu bapa/penjaga dimohon untuk terus memantau tahap kesihatan anak-anak serta memastikan mereka berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke sekolah.

Sekiranya anak kurang sihat atau mengalami ketidakselesaan kesihatan, ibu bapa/penjaga disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa/penjaga digalakkan membekalkan pelitup muka dan air minuman yang mencukupi kepada anak-anak untuk kegunaan sepanjang sesi persekolahan.

Murid yang mengalami gejala seperti batuk dan selesema juga digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah menjaga kesihatan diri dan warga sekolah yang lain.

Pihak sekolah sentiasa memantau keadaan semasa dan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.

Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa/penjaga amat dihargai.

Terima kasih.

Pesanan khidmat:
Unit Hal Ehwal Murid SKTPR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH โœจ๐Ÿ”– Mari melangkah dengan yakin untuk mencapai kecemerlangan bersama.๐Ÿ“š Mulakan langkah dengan ...
06/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH โœจ

๐Ÿ”– Mari melangkah dengan yakin untuk mencapai kecemerlangan bersama.

๐Ÿ“š Mulakan langkah dengan semangat baharu, cipta kenangan indah dan capai kejayaan yang gemilang.

๐Ÿ“’Jangan takut untuk mencuba, jangan malu untuk bertanya, dan jangan pernah berhenti berusaha. Kejayaan bermula di sini!

insan cemerlang dunia dan akhirat

Pergi ke masjid di pagi raya,Berbaju indah penuh seri;Selamat Hari Raya Haji semua,Moga hidup diberkati Ilahi.Lembu diko...
26/05/2026

Pergi ke masjid di pagi raya,
Berbaju indah penuh seri;
Selamat Hari Raya Haji semua,
Moga hidup diberkati Ilahi.

Lembu dikorban tanda taqwa,
Ikhlas hati kerana Tuhan;
Aidiladha membawa makna,
Pengorbanan jadi pedoman.

Daging korban dibahagi rata,
Tanda kasih sesama insan;
Aidiladha mengajar kita,
Erti ikhlas dan pengorbanan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA โœจ๐Ÿ•‹

Selamat bercuti kepada semua murid, guru dan ibu bapa/penjaga SK Tanjung Puteri Resort.Semoga cuti ini dimanfaatkan deng...
22/05/2026

Selamat bercuti kepada semua murid, guru dan ibu bapa/penjaga SK Tanjung Puteri Resort.

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan rehat yang berkualiti, aktiviti berfaedah serta masa bersama keluarga. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan gunakan gajet secara berhemah.

Selamat bercuti, semoga cuti ini membawa ketenangan, manfaat dan tenaga baharu yang lebih positif.

๐ŸŒฟ **PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI STaPuRe 2026** ๐ŸŒฟPada 21 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Gotong-Royon...
22/05/2026

๐ŸŒฟ **PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI STaPuRe 2026** ๐ŸŒฟ

Pada 21 Mei 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Gotong-Royong Cegah Denggi STaPuRe 2026 melibatkan warga SK Tanjung Puteri Resort. Program yang dijalankan bermula jam 7.15 pagi hingga 8.15 pagi ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sekolah serta mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid bersama guru telah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah, longkang, tandas serta menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes. Program berjalan dengan lancar dalam suasana ceria, selamat dan penuh semangat kerjasama.

โœจ **Ucapan terima kasih** diucapkan kepada semua guru, murid, pekerja pembersihan serta warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program ini berlangsung.

โ€œPersekitaran Bersih, Aedes Tiada, Warga Sekolah Sihatโ€ ๐ŸฆŸ๐Ÿšซ

(Pendidikan Pencegahan Denggi)
HEM STaPuRe

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN & CUTI HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2026 ๐Ÿ•‹โœจ๐Ÿ“†TARIKH CUTI : 23 MEI 2026 (SABTU) - 7 JUN 2026 ...
22/05/2026

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN & CUTI HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2026 ๐Ÿ•‹โœจ

๐Ÿ“†TARIKH CUTI : 23 MEI 2026 (SABTU) - 7 JUN 2026 (AHAD)

๐Ÿ“… TARIKH SEKOLAH : 8 JUN 2026 (ISNIN)

STaPuRe mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga sekolah. Jaga diri dan keselamatan masing-masing semasa bercuti.

SELAMAT BERCUTI ! โœจ

20/05/2026

๐Ÿ“น RED CARPET SAMBUTAN HARI GURU 2026 ๐Ÿ“ธ

13/05/2026

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

๐Ÿ•‹ PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK PERINGKAT SEKOLAH 2026 ๐Ÿ•‹

โœจ JUMAAT 15 MEI 2026
โœจ 7.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
โœจ SK TG PUTERI RESORT

โœจ PAKAIAN MURID :
๐Ÿ‘• Murid lelaki - Pakaian ihram
๐Ÿ‘š Murid perempuan - Telekung solat

Address

Jalan Lampam
Pasir Gudang
81700

Telephone

+6072513378

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share