26/08/2021
Assalamualaikum & Slm Pg jumaat😊
Allah swt menyebut beberapa kali di dalam al-Quran bahawa pahala, ganjaran dan balasan akhirat itu lebih bernilai, lebih baik, lebih besar berbanding amal yang kita lakukan.
Antara ayatnya ialah:
1. "Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
[Surah al- Nahl: 97]
2. "Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
[Surah al- Nahl: 97]
3. "Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui.”
[Surah al-Nahl: 41]
Begitu juga pada ayat-ayat lain yang mafhumnya membawa kepada nilai pahala bagi amal soleh kita ini lebih besar, melebih kadar kudrat yang kita lakukan untuk beramal.
Begitu juga gambaran yang sangat jelas tentang hal ini, pada sabdaan Nabi saw berkaitan nilai pahala bagi satu amal soleh kita, digandakan menjadi 10 pahala, bagi pahala sedeqah p**a sehingga 700x ganda dari apa yang kita sedeqahkan.
Ini semua sebagai dorongan untuk kita berusaha menjadikan setiap kegiatan harian kita membuahkan 'amal soleh' di sisi Allah swt.
Kesemuanya kita mampu kecapi dengan NIAT yang jitu lagi teguh kerana Allah swt.
Setiap perkara yang kita akan dapat, bergantung pada kekuatan niat kita. Pastikan makan, minum, masuk tandas, pergi kerja, melayan keluarga, memandu kenderaan dll, semuanya ada nilai pahala yang dimasukkan ke dalam buku catatan amal kita.
Mulakan dengan bismillah, diiringi niat kerana Allah, in shaa Allah telah tetaplah pahala buat kita nanti.
/27ogos2021