Our Kids Childcare & Kindergarten

Our Kids Childcare & Kindergarten Playschool - Daycare - Nursery - Playgroup
Music Class - Taekwondo Class

Setelah berhujan panas turun naik bangunan JKM Johor Bahru . Akhirnya , Our Kids dapat juga pendaftaran. Setelah ribut t...
30/07/2024

Setelah berhujan panas turun naik bangunan JKM Johor Bahru . Akhirnya , Our Kids dapat juga pendaftaran.

Setelah ribut taufan jatuh terduduk, kini tiba masanya kita bangkit semula .

Dengan izin Allah , in sya Allah Our Kids akan bangkit semula ….

Mama Papa , Ticer Mama is back ♥️


24/07/2024

Pondering on our children's development.

Dari sehari ke sehari, referral untuk Occupational Therapist dan Speech Therapist semakin meningkat. Dan referral datang bukan hanya untuk kanak-kanak berkeperluan khas tetapi juga untuk kanak-kanak tipikal dari sekolah harian biasa.

Top academic student tapi s**a menjerit apabila bercakap, menolak kawan2 semasa bermain, tak pandai butang baju dan pelbagai lagi issue yang sering diabaikan hanya kerana anak dah 'excel' dalam akademik. Ketahuilah yang perkembangan anak bukan hanya setakat boleh berjalan, bercakap, membaca dan menulis. It is more than that.

1. Perkembangan refleks
2. Perkembangan sensory
3. Perkembangan motor (motor kasar, motor halus, sensory motor)
4. Perkembangan kognitif
5. Perkembangan komunikasi
6. Perkembangan social
7. Perkembangan tingkah laku
8. Perkembangan emosi
9. Perkembangan dalam pengurusan diri

Dan yang terakhir barulah perkembangan akademik.

Kita hanya lihat dan fokus kepada beberapa jenis kemahiran/perkembangan sahaja tanpa melihat secara keseluruhan. Penting juga untuk parents tackle perkembangan anak mengikut tahap tanpa melangkaui tahap2 tersebut.

Pastikan anak 'excel' dalam kemahiran/perkembangan di tingkat bawah terlebih dahulu dan kemahiran akademik akan datang dengan sendiri kemudiannya.

01/06/2024

What do you think about these activity ideas? More resources below ⬇️⬇️⬇️

21/05/2024

Ha! Sounds accurate? 😂

Source Twitter

17/05/2024

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi:

1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet.

2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour.

3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn.

4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah.

5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah.

6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap.

7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri.

8. 5 tahun masih berpampers.

9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.

10. Tak kenal bahaya.

11 Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan “abang/ kakak/ adik” atau nama pendek yang mak selalu panggil kat rumah.

12. Tak ada awareness tentang sekeliling, kalau nak berjalan, rasa nak langgar orang, langgar je.

13. Tak aware tentang perasaan orang lain, lack of emphaty. Kalau terlanggar orang, so? Tak tahu nak buat apa.

14. Fine motor skills sangat lemah, jari jemari jadi keras, mungkin effect dr gadget yg lama.

15. Tak hormat orang yg lebih dewasa, kalau rasa nak pukul cikgu, pukul je. Tak ada rasa takut atau tahu itu perbuatan salah.

16. Terkejut kami minggu pertama sekolah, datang sekolah dengan “hoi!”. Semua cikgu di “hoi” kan dia.

17. Cara bermain yang membuli, pijak orang, sepak orang, lempang orang, macam adegan dalam youtube.

18. Banyak buat aksi stunt, panjat almari terjun, panjat meja terjun, panjat slide terjun ke bawah. Waaaa tak de rasa takut, cikgu yang takut awak terseliuh kaki.

19. Perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh budak tadika mcm “bab*”, dan carutan2 yang lain.

20. Paling terkesan “nanti dah besar sy nak hisap v**e mcm ayah”.

Yang lebih merisaukan tentang perkara ini ialah kesemua anak-anak ini adalah anak-anak normal, bukan autistik atau ada masalah pembelajaran lain.

Teringat baru-baru ni borak dengan rakan pasal geran Social Entrepreneur. Antara yang "seksi" pada mata pemberi geran katanya adalah perusahaan berkaitan pembelajaran. Nak mengatasi masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) di kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat-sangat rendah.

Kalau tak silap sayalah, kalau tak silap petik eh, 43% pelajar sekolah rendah hari ini berada di bawah par dalam penguasaan 3M.

Yang di sekolah rendah dengar begini.
Yang di tadika dengar benda begitu p**a.

Risau betul untuk generasi akan datang ni.

Dalam kita tengah berfikir dan berkira macam mana nak tarik lebih ramai ke arah STEM, menarik lebih ramai kepada jurusan profesional, rupanya masalah yang lebih asas sedang berlaku pada generasi anak-anak.

Kredit : Mohamad Jamalee

Gambar sekadar hiasan

Masih tercari-cari untuk childcare dan playschool anak anda ?Haaa marilah mendaftar dengan Our Kids.Kami buka setiap har...
23/04/2024

Masih tercari-cari untuk childcare dan playschool anak anda ?
Haaa marilah mendaftar dengan Our Kids.
Kami buka setiap hari , 6.30 pagi hingga 7malam .
Bukan itu sahaja , MamaPapa akan dapat access cctv dan apps
jadi dengan mudahnya MamaPapa monitor rutin harian anak-anak .
Nak cari Transit pun anak-anak sekolah rendah pun boleh ....

Daftar sekarang kerana limited slot yaaaaa..

KENAPA OUR KIDS ? SEBAB APA ?
Kerana di Our Kids,
Ibubapa akan dapat access cctv pada bila-bila masa dan boleh monitor progres harian thru apps sahaja !!
Dan PPEC buka setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 7 malam.
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Jom Daftar kerana slot adalah terhad !

www.wasap.my/60182443637/ourkids_info

Daycare - Playschool - Transit - Playgroup
Music Class - Taekwondo Class

Address

NO 41A Jalan JAMBU 5 ECO VANTAGE
Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 07:00 - 00:00
Tuesday 07:00 - 00:00
Wednesday 07:00 - 00:00
Thursday 07:00 - 00:00
Friday 07:00 - 00:00
Saturday 07:00 - 00:00
Sunday 07:00 - 00:00

Telephone

+60182443637

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Our Kids Childcare & Kindergarten posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Our Kids Childcare & Kindergarten:

Shortcuts

Share