TASTI Al-Irfan Tebrau

TASTI Al-Irfan Tebrau Taska Tunas Insan (TASTI) Al-Irfan Tebrau di Taman Kota Masai, Pasir Gudang Johor. Pusat khidmat asuhan bayi dan kanak-kanak bermula 2 bulan hingga 4 tahun.

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU.

Terima kasih buat semua guru yang mendidik dengan ilmu, membimbing dengan hikmah dan menyentuh hati dengan kasih sayang.

Seorang guru bukan hanya mengajar membaca dan mengira, tetapi membina akhlak, membentuk jiwa dan melahirkan generasi yang membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan asbab lahirnya Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik yang mendidik sepenuh hati.

“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”




01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua insan yang mencari rezeki dengan amanah dan ikhlas.

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.”

Istimewa buat guru TASTI seluruh Malaysia, kalian bukan sekadar bekerja, tetapi mendidik, membimbing dan menyayangi anak-anak kecil dengan penuh sabar setiap hari. Tangan kalian membina asas akhlak, emosi dan ilmu sejak usia awal.

Setiap senyuman yang diberi, setiap air mata yang dipujuk dan setiap ilmu yang diajar, semuanya bernilai besar di sisi Allah.

Semoga segala penat lelah dibalas dengan pahala berpanjangan, rezeki yang berkat dan hati yang sentiasa kuat.

Selamat Hari Pekerja buat semua warga TASTI dan seluruh pendidik awal kanak-kanak.

29/04/2026
Terima kasih atas penghargaan yang diberikan. S
21/04/2026

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan. S

20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H

Di kesempatan yang mulia ini, TASTI Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan buat kita semua.

Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan (hari puasa) dan hendaklah kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, perbanyakkan takbir, dan eratkan silaturrahim bersama insan tersayang.

Tulus ikhlas dari
TASTI MALAYSIA


08/03/2026

💫 Salam Nuzul Quran 🩷🤍🩵

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ 💖
وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً
اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا
وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا
وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ

💚 "Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al Quran. Jadikan ia imam, cahaya, petunjuk, dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami tentang apa yang kami lupa dan ajarkan kepada kami apa yang kami jahil.
Kurniakan kami untuk dapat membacanya sepanjang malam dan sepanjang siang. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam."

Aamiin ya Robbal'alamiin

16/02/2026

📢 Kursus Asuhan Permata & Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) Siri #1– 2026 (Selangor)

📅 Tarikh : 4 April – 28 Jun 2026 (Setiap Sabtu & Ahad)
🗓️ Praktikum : 22 – 26 Jun 2026 (5 hari bekerja)
🏛️ Tempat : TASTI Tunas Insan Alif Ba Ta, 12-1, Jln Puteri 2A/8, Bandar Puteri Bangi, Kajang Selangor
👩‍🏫 Kaedah : Kelas bersemuka
⏰ Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
💳 Yuran Penyertaan : RM900

🎯 Sasaran Peserta:
• Pengusaha / Pengurus / Penyelia / Pendidik TASTI & TASKA
• Guru
• Ibu bapa yang berminat dalam pendidikan awal kanak-kanak

🖊️ Pendaftaran Dalam Talian:

🔗 Klik di sini untuk daftar : imbad kod di poster

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
• Puan Aedah - www.wasap.my/60134311640
• Puan Izzati – www.wasap.my/60134311640
• ⁠Puan Basma – www.wasap.my/60133387731

🌷 Penganjur : Pertubuhan Permuafakatan Taman Asuhan Tunas Insan Malaysia (TASTIM)
🌷 Dengan Kerjasama : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)

✅ Sertai kursus ini bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak secara profesional.

13/02/2026

7 hari menuju Ramadan 1447H

Moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan yang penuh keberkatan.

‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

🤲🏻

Salam Nisfu Syaaban
02/02/2026

Salam Nisfu Syaaban

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)

Manfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

Address

Jalan Rambai 12 Taman Kota Masai
Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

+601115140942

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TASTI Al-Irfan Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to TASTI Al-Irfan Tebrau:

Shortcuts

Share