Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya

Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya telah ditubuhkan pada tahun 1995.

Ia kemudian didaftarkan sebagai satu institusi prasekolah islamik yang berdaftar 1 Disember 1997, di bawah naungan Jabatan Agama Islam Perak.

HARI ANUGERAH CEMERLANG TIP NAHDATUL ISLAHIAH SESI 2024/2025°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°Assalamualaik...
17/12/2024

HARI ANUGERAH CEMERLANG TIP NAHDATUL ISLAHIAH SESI 2024/2025
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Assalamualaikum wbt.

Pada 15/12/2024 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya bertempat di Dewan Serbaguna JKP Taman Parit Jaya.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh Tn Haji Nordi. bin Haji Musa, Pengerusi JPKK Kg. Belanja Kanan, Parit Perak.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk menghargai dan meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan Tadika dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan Tadika Islam Perak adalah satu institusi pendidikan yang berwibawa.

Tahniah buat semua murid. Semoga terus berusaha lebih gigih demi menggapai kejayaan pada masa hadapan. InshaAllah ✨




20/11/2024

Demonstrasi BERHENTI, REBAH & GULING (Stop, Drop and Roll) sewaktu menghadapi kebakaran 🚒

Lawatan Pegawai Bomba & Penyelamat Parit °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°Assalamualaikum wbtHari ...
20/11/2024

Lawatan Pegawai Bomba & Penyelamat Parit
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Assalamualaikum wbt

Hari ini 20 Nov 2024 Tadika telah dikunjungi oleh pihak Bomba dan Penyelamat Parit. Ia merupakan aktiviti tahunan Tadika yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru-guru dan murid akan cara-cara menghadapi kebakaran atau kecemasan.

Lawatan ini dimulakan dengan sedikit taklimat oleh En. Jumaidi, pegawai Bomba Parit. Kemudian murid dipertontonkan dengan klip video Upin & Ipin yang bertajuk Sedia Menyelamat. Selesai taklimat, murid melakukan demonstrasi rebah & guling di bawah bimbingan pegawai yang bertugas.

Usai aktiviti, murid-murid kemudian dibawa menaiki jentera bomba, disusuli p**a dengan acara mandi beramai-ramai. Seronok sungguh mereka. Kebetulan hari ini merupakan Hari Kanak- Kanak Sedunia, kita raikan mereka dengan cara yang sederhana. Bergembira bersama-sama rakan di Tadika. Alhamdulillah 🤲🥰

InshaAllah program ini akan diteruskan lagi pada tahun² akan datang agar kesedaran tentang keselamatan dan kebakaran dipertingkatkan dari masa ke masa.






17/11/2024

Simpan kenangan 2024/2025 🥰

MAJLIS APRESIASI TADIKA ISLAM PERAK DAERAH SERI ISKANDAR 2024/2025 🎓================================Syukur alhamdulillah...
17/11/2024

MAJLIS APRESIASI TADIKA ISLAM PERAK DAERAH SERI ISKANDAR 2024/2025 🎓
================================

Syukur alhamdulillah, selesai sudah Majlis Apresiasi Murid TIP Daerah Seri Iskandar yang telah berlangsung pada 17 November 2024/ 15 Jamadil Awal 1446H.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Daerah Seri Iskandar iaitu Ustaz Mohamad Azmeer Bin Mohd Fouzi Joseph. Antara objektif pelaksanaan majlis apresiasi ialah untuk memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak yang menamatkan pengajian di TIP. Selain itu, ia boleh menyuntik semangat murid untuk lebih berjaya dalam pelajaran pada masa akan datang.

Terdapat juga persembahan murid sewaktu majlis berlangsung. Tahniah semua kerana berani mencuba. Cikgu & ibu ayah bangga dengan kalian. Selain itu, Anugerah Setia turut diperkenalkan untuk menghargai murid yang setia bersama TIP bermula dari 4 - 6 tahun. Terima kasih kerana menjadikan TIP sebagai institusi pendidikan awal anak-anak kalian. Jazakallah khairan kathira 🥰

Hingga bertemu lagi di program² yang bakal dilaksanakan kelak. InshaAllah 🤲





  Gotong royong keceriaan Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya sempena bulan kemerdekaan dan Hari Mal...
22/09/2024



Gotong royong keceriaan Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2024.

Terima kasih ibu-ibu dan barisan AJK TIPNI yang sudi meluangkan masa. Simpan kenangan di sini 🥰




SAMBUTAN HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA PERINGKAT TADIKA 2024 🇲🇾====================================Alhamdulillah, syukur ...
14/09/2024

SAMBUTAN HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA PERINGKAT TADIKA 2024 🇲🇾
====================================

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya program Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 67 telah berlangsung pada 12 Sept 2024 dalam suasana yang cukup meriah walaupun disambut secara sederhana.

Majlis dimulakan dengan perarakan kemerdekaan di Taman Parit Jaya, kemudian disusuli p**a dengan bacaan doa dan tahlil ringkas. Tak lupa persembahan patriotik oleh murid-murid TIP Nahdhatul Islahiah yang penuh semangat.

Antara pertandingan yang diadakan adalah peraduan mewarna Jiwa Merdeka, Tiru Gaya Tokoh Pejuang dan Payung Berhias Merdeka. MashaAllah, kreatif dan sungguh berseni hasilnya. Pasti takkan terealisasi tanpa komitmen dan pengorbanan ibu bapa yang tak jemu jemu menyokong TIPNI dari dulu hingga kini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Ustaz Muhammad Ismi bin Mat Taib kerana sudi hadir merasmikan majlis. Tak lupa buat puan Penyelia, Pn. Nurfarahin Halim yang turun padang memeriahkan program yang dirancang. Kepada barisan AJK tadika, Ibu bapa kami ingin menzahirkan penghargaan yang tak terhingga kerana membantu persiapan program. Tanpa kalian pasti apa yang dirancang tak menjadi kenyataan.

Buat anak-anak cikgu, you are truly awesome. Syabas semua, semoga kalian seronok hari ni. Bertemu lagi di lain program, di lain aktiviti. InshaAllah 🥰❤️




Assalamualaikum wbt.📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣Pendaftaran sesi 2025 kini dibuka kepada kanak-kanak 4-6 tahun.Tuan puan boleh hubungi Cik...
03/09/2024

Assalamualaikum wbt.

📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣

Pendaftaran sesi 2025 kini dibuka kepada kanak-kanak 4-6 tahun.

Tuan puan boleh hubungi Cikgu Ina (019-9138783) atau Cikgu Fini (019-5121085) jika ingin dapatkan borang / urusan temujanji dengan pihak Tadika.

Terima kasih 🥰

"TEMPAT ADALAH TERHAD" 😃😃



Address

Taman Parit Jaya Tengah
Parit
32800

Opening Hours

Monday 07:40 - 12:00
Tuesday 07:40 - 12:00
Wednesday 07:40 - 12:00
Thursday 07:40 - 12:00
Friday 07:40 - 12:00

Telephone

+60199138783

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Islam Perak Nahdhatul Islahiah, Taman Parit Jaya:

Shortcuts

Share

Category