17/08/2026
π§ͺ SEMINAR ChemAce CHEMISTRY FORM 3 2026
β¨ Towards A* IGCSE
Alhamdulillah, Seminar ChemAce Chemistry Form 3 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 15 Ogos 2026, bertempat di ISRC, MRSM Parit.
Program anjuran Unit Kimia MRSM Parit ini dilaksanakan melalui kolaborasi akademik antara MRSM Parit dengan tenaga pengajar Kimia dari MRSM Tun Abdul Razak (MRSM TAR). Kolaborasi ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman serta teknik menjawab soalan IGCSE Chemistry yang berkesan bersama para pelajar.
Program ini bertujuan memperkukuh penguasaan konsep serta meningkatkan kemahiran menjawab soalan IGCSE bagi topik-topik utama Kimia Tingkatan 3. Para pelajar telah dibimbing mengikut tahap penguasaan masing-masing agar proses pembelajaran menjadi lebih berfokus dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan tenaga pengajar:
πΉ Cikgu Wan Nur Farahin binti Wan Sahimi (MRSM TAR)
πΉ Cikgu Muhammad Nasri bin Muhammad Rosdi (MRSM TAR)
πΉ Cikgu Marwan bin Yaacob @ Salleh (MRSM Parit)
πΉ Cikgu Nur Hazwani binti Mohamad Azman (MRSM Parit)
Terima kasih kepada pihak pengurusan maktab, para guru, ibu bapa dan penjaga atas segala sokongan yang diberikan. Tahniah juga kepada semua pelajar Tingkatan 3 atas komitmen, disiplin dan penyertaan aktif sepanjang seminar berlangsung.
Semoga segala ilmu, teknik dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang dalam IGCSE Chemistry.
A β’ C β’ E
ASPIRE β’ COLLABORATE β’ EXCEL
Empowering Chemistry Excellence through Academic Collaboration.