SK Belanja RASMI

Call Directions

SK Belanja RASMI Sekolah Kebangsaan Belanja mula didirikan pada tahun 1892. Ia merupakan sekolah yang tertua di Daerah Perak Tengah.

Assalamualaikum,*PENGUMUMAN PENTING*Adalah dimaklumkan Temasya Sukan Tahunan kita terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan...
17/09/2026

Assalamualaikum,
*PENGUMUMAN PENTING*
Adalah dimaklumkan Temasya Sukan Tahunan kita terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan jerebu yg semakin teruk kembali pulih seperti biasa. Arahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa semua aktiviti luar bilik darjah *TIDAK BOLEH* dijalankan apabila indeks pencemaran udara melebihi bacaan 100 dipatuhi. Sekian untuk makluman semua.

Program Utama Sepanjang Bulan Kemerdekaan 202617 Ogos - Pelancaran Bulan Kemerdekaan28 Ogos -Sambutan Ambang Merdeka14 S...
15/09/2026

Program Utama Sepanjang Bulan Kemerdekaan 2026

17 Ogos - Pelancaran Bulan Kemerdekaan
28 Ogos -Sambutan Ambang Merdeka
14 September - Majlis Penutup

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan melibatkan seluruh warga SK Belanja dan komuniti setempat.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan dalam menjayakannya.Syabas!!!




🌿 JOM BERWAKAF – PROJEK WAKAF GAZEBO SK BELANJA 🌿“Satu Wakaf, Seribu Manfaat”Assalamualaikum w.b.t. 🌸Persatuan Ibu Bapa ...
14/09/2026

🌿 JOM BERWAKAF – PROJEK WAKAF GAZEBO SK BELANJA 🌿

“Satu Wakaf, Seribu Manfaat”

Assalamualaikum w.b.t. 🌸
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Belanja sedang melaksanakan Projek Wakaf Gazebo SK Belanja bagi menyediakan sebuah ruang yang selesa dan bermanfaat untuk murid & warga sekolah.

🎯 Sasaran kos projek: RM5,000
Walaupun kecil nilainya, wakaf yang kita hulurkan mampu memberi manfaat berpanjangan kepada anak-anak SK Belanja.

🤲 Semoga setiap ringgit yang diwakafkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
Jazakumullahu khairan kathira. 🌿

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK 2026Perkhemahan berlangsung selama 3 hari dari 7-9 Ogos 2026.SK Belanja menyertai perkh...
07/08/2026

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK 2026
Perkhemahan berlangsung selama 3 hari dari 7-9 Ogos 2026.
SK Belanja menyertai perkhemahan dengan kekuatan 15 orang murid.
Semoga murid-murid dapat menjalani perkhemahan dengan jayanya.





23/07/2026

⚽ SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPK 2026

Ayuh warga Perak Tengah, sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan MSSD Perak Tengah yang akan beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK) 2026.

📅 Jumaat | 24 Julai 2026

Jadual Perlawanan:
⚽ B15
🆚 Muallim
🕞 3.30 Petang
📍 Padang UiTM A

⚽ B18
🆚 Batang Padang
🕔 5.15 Petang
📍 Padang UiTM B

⚽ B12
🆚 Hulu Perak
🕠 5.30 Petang
📍 Padang UTP C

📲 Ikuti siaran langsung menerusi akaun TikTok rasmi yang tertera pada poster.

Selamat berjuang buat semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan MSSD Perak Tengah. Bermainlah dengan semangat kesukanan, disiplin serta iltizam yang tinggi demi mengharumkan nama daerah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan.


30/06/2026

PERAK TENGAH BERDUKA.

Dengan penuh rasa dukacita, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Zahari bin Omar, Penolong PPD (Menengah & Tingkatan Enam), yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu jam 5.55 pagi 1 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi, amanah dan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan di Daerah Perak Tengah. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga pendidikan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh Warga Pendidikan Daerah Perak Tengah

* info berkaitan akan dikemaskini dari masa ke masa

Tahniah Ikram Rizky
28/06/2026

Tahniah Ikram Rizky

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat adik Muhammad Ikram Rizky bin Ikram, murid Sekolah Kebangsaan Belanja kerana dipilih sebagai Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris dalam "Parliamentary Debate Competition" Peringkat JPN Perak 2026. Syabas diucapkan kepada guru pembimbing serta warga Sekolah Kebangsaan Belanja.


22/06/2026

Sarang & Sayang, satu peluang membawa seribu pengalaman.Ikuti perk...

Alhamdulillah, Sambutan Maal Hijrah Peringkat SK Belanja. Menghayati perjuangan & pengorbanan Baginda Nabi Muhammad SAW ...
19/06/2026

Alhamdulillah, Sambutan Maal Hijrah Peringkat SK Belanja. Menghayati perjuangan & pengorbanan Baginda Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya RA. Semoga menambahkan penghayatan & kecintaan kepada agama.
Perarakan & Ceramah Maal Hijrah oleh AF Ustaz Amar Arif.



Address

Parit
32800

Telephone

+6053775188

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Belanja RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share