SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS

Directions

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS Semangat yang tinggi hasil daripada kesabaran yang tinggi Kampung Lengkuas dibuka pada tahun 1909 oleh komuniti Kerinci. Nama asal kampung ini ialah Paya Luas.

Manakala Sekolah Kebangsaan Lengkuas ditubuhkan pada 1 Julai 1950.Sehingga kini, sekolah ini telah berumur 62 tahun. Sekolah ini terletak di dalam Kampung Lengkuas. Semua murid sekolah ini terdiri daripada penduduk Kampung Lengkuas. Guru Besar pertama ialah En. Tajudin yang berasal dari Layang Kanan. Menurut penduduk pada waktu itu bilangan murid di sekolah ini ialah antara 30 hingga 40 orang.

🌿 MAJLIS PELANCARAN MAKMAL AKTIF LESTARI 🌱 23 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Makmal Ak...
23/09/2026

🌿 MAJLIS PELANCARAN MAKMAL AKTIF LESTARI 🌱 23 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Makmal Aktif Lestari. Semoga inisiatif ini memberikan manfaat dan keceriaan kepada seluruh warga sekolah serta menyemarakkan semangat kelestarian. 💚


🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 🇲🇾 15 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, selesai sudah Majl...
15/09/2026

🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 🇲🇾 15 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Lengkuas.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan sajak, nyanyian patriotik serta penyampaian hadiah pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan.

Tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru atas kerjasama serta semangat patriotik yang ditunjukkan! 🇲🇾



🌙✨ SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW & AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SK LENGKUAS 🇲🇾✨ 28 OGOS 2026Alhamdulillah, telah berlangsun...
28/08/2026

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW & AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SK LENGKUAS 🇲🇾✨ 28 OGOS 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Ambang Kemerdekaan peringkat SK Lengkuas dalam suasana penuh penghayatan, kecintaan dan semangat patriotisme.

Program dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul, diikuti bacaan Yasin, tazkirah dan kuiz bagi menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ❤️

Seterusnya, kemeriahan diteruskan dengan Sambutan Ambang Kemerdekaan yang diserikan dengan kuiz kemerdekaan serta laungan keramat “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” 🇲🇾

Semoga program ini dapat menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengukuhkan nilai murni dalam diri murid serta menyuburkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

“Meneladani Rasulullah, Menyemarakkan Semangat Merdeka.” 🇲🇾❤️

Terima kasih kepada semua warga SK Lengkuas yang telah bersama-sama menjayakan program ini.








📍 18 Ogos 2026 📍🚒🔥 PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN KALI KE-2 & KESELAMATAN KEBAKARAN SK LENGKUAS 🔥🚒Alhamdulillah, telah berlan...
18/08/2026

📍 18 Ogos 2026 📍

🚒🔥 PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN KALI KE-2 & KESELAMATAN KEBAKARAN SK LENGKUAS 🔥🚒

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan lancar Program Latihan Kebakaran Kali Ke-2 dan Keselamatan Kebakaran dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Perak Tengah, Perak.

Program ini melibatkan Pegawai Bomba Kanan 1, Tuan Mohamad Tarmizi, bersama dua orang anggota bomba yang turut sama menjayakan program pada kali ini.

Antara pengisian utama program ialah ceramah keselamatan kebakaran, penerangan berkaitan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan serta pelaksanaan latihan pengungsian bangunan (fire drill), pengenalan cara memadam api menggunakan teknik PASS ( Pull, Aim, Squeeze, Sweep). Aktiviti ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid serta warga sekolah tentang kepentingan bertindak dengan pantas, tenang dan mengikut prosedur keselamatan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

Program turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada PIBG serta warga SK Lengkuas, yang bersama-sama memastikan latihan berjalan dengan teratur dan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Perak Tengah, Perak. khususnya Tuan Mohamad Tarmizi serta dua orang anggota bomba atas kesudian hadir, berkongsi ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepada warga sekolah.

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, khususnya berkaitan keselamatan kebakaran. 🚒🧯

“Cegah Kebakaran, Selamatkan Nyawa!”










🚒🔥

📍18 Ogos 2026📍🇲🇾 PELUNCURAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-69 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS🇲🇾Alhamdulillah, te...
18/08/2026

📍18 Ogos 2026📍

🇲🇾 PELUNCURAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-69 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Sekolah Kebangsaan Lengkuas.

Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Idris bin Sulaiman, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selaku Rakan Muafakat Sekolah (RMS)

Turut hadir menyerikan majlis ialah YDP PIBG SK Lengkuas, Encik Zulhusaini Nikman bin Idris, NYDP PIBG, Puan Zahurin binti Badarudin, serta wakil ibu bapa dan ahli PIBG sekolah.

Pelancaran ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, cinta akan negara dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan semangat Malaysia MADANI, bersatu hati dan teguh bersama terus subur dalam jiwa setiap murid dan warga SK Lengkuas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini. 🇲🇾❤️

Tema hari kebangsaan: Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati

“Malaysia Tanah Airku, Teguh Bersama!








🇲🇾

📖 QURAN HOUR | BACAAN AL-QURAN | 1 RABIULAWAL 1448H | 14 OGOS 2026Semoga amalan membaca al-Quran terus menjadi budaya da...
14/08/2026

📖 QURAN HOUR | BACAAN AL-QURAN | 1 RABIULAWAL 1448H | 14 OGOS 2026

Semoga amalan membaca al-Quran terus menjadi budaya dalam kehidupan warga sekolah serta membentuk murid yang berilmu, berakhlak dan mencintai al-Quran. 🤲🏻✨

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”

🚀 PERTANDINGAN WATER ROCKET CHALLENGE🚀 8 OGOS 2026Tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang telah menyertai Pertand...
10/08/2026

🚀 PERTANDINGAN WATER ROCKET CHALLENGE🚀 8 OGOS 2026

Tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang telah menyertai Pertandingan Water Rocket Challenge bertempat di SK Iskandar Perdana

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna dan membina semangat untuk terus mencuba dan berjaya!


PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK l  JALINAN DAN JARINGAN BERSAMA SK CHANGKAT BANJARTARIKH : 7-9 OGOS 2026TEMPAT : KEM KO...
10/08/2026

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK l JALINAN DAN JARINGAN BERSAMA SK CHANGKAT BANJAR

TARIKH : 7-9 OGOS 2026
TEMPAT : KEM KOTA

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas penglibatan dalam Perkhemahan Pengakap Keris Perak bersama SK Changkat Banjar. Semoga perkhemahan ini menjadi pengalaman bermakna dalam membina sahsiah, disiplin, semangat kerjasama serta mengeratkan jalinan persahabatan antara kedua-dua sekolah. 🤝⛺



✨ PENYERAHAN SIJIL & PENGHARGAAN ✨Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menyertai Pertandingan Storytelling, ...
27/07/2026

✨ PENYERAHAN SIJIL & PENGHARGAAN ✨

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menyertai Pertandingan Storytelling, Pertandingan Pemerkasaan Bacaan Murid serta Kejohanan Pingpong MSSD Daerah Perak Tengah.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, mengembangkan bakat dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

🤝 HARI BERTEMU WARIS | 17 JULAI 2026Hari Bertemu Waris  telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibu b...
18/07/2026

🤝 HARI BERTEMU WARIS | 17 JULAI 2026

Hari Bertemu Waris telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir. Semoga kerjasama erat antara sekolah dan waris terus diperkukuhkan demi kecemerlangan serta kebajikan murid.


Address

Parit

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share