Pejabat TNCAA UTHM

Call Directions Website Contact the school

Pejabat TNCAA UTHM Saluran rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Komited dalam memperkasa kecemerlangan akademik dan pengantarabangsaan di UTHM selaras dengan GTU 2030 & RPTM2026-2035

20/07/2026

17/07/2026
πŸ“ Sesi Perbincangan Pusat Pengajian Bahasa CLS Bersama YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)πŸ—“οΈ 16 Julai 2026...
17/07/2026

πŸ“ Sesi Perbincangan Pusat Pengajian Bahasa CLS Bersama YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
πŸ—“οΈ 16 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ Pejabat Pengerusi LPU

Satu sesi perbincangan yang memfokuskan kepada usaha penambahbaikan kualiti berterusan bagi Pusat Pengajian Bahasa (CLS) telah diadakan bersama YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM.

Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Afandi bin Ahmad dan YBrs. Menjalankan Tugas Dekan, Dr. Rosmahalil Azrol bin Abdullah, berserta wakil pengurusan utama CLS.

Semoga percambahan idea dan perbincangan dua hala ini akan terus memacu kecemerlangan dan kualiti akademik, khususnya dalam pemerkasaan program dan inisiatif bahasa di UTHM.

16/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor di atas pelantikan beliau sebagai Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi (COO) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pelantikan ini berkuat kuasa dari 15 Julai 2026 hingga 14 Julai 2029.

Seluruh warga UTHM mendoakan semoga YBrs. Puan Shereen dikurniakan kekuatan dan taufik untuk menerajui jawatan ini dengan cemerlang, selaras dengan prinsip Amanah, Profesional, dan Inovatif.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam menggalas tanggungjawab yang baharu ini.

πŸ“ PRA BENGKEL PENGESAHAN PELAN INDUK RASIONALISASI UTHM πŸ—“οΈ 15 Julai 2026 (Rabu)πŸ“ Bilik Kolaboratif, Blok G1, CVLAlhamdul...
16/07/2026

πŸ“ PRA BENGKEL PENGESAHAN PELAN INDUK RASIONALISASI UTHM
πŸ—“οΈ 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Bilik Kolaboratif, Blok G1, CVL

Alhamdulillah, program Pra Bengkel Pengesahan Pelan Induk Rasionalisasi UTHM anjuran Pejabat Perancangan Strategik Dan Pengurusan Risiko UTHM telah pun selesai dilangsungkan dengan jayanya.

Dalam sesi tersebut, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UTHM, YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad telah memberikan taklimat khusus mengenai hala tuju pra bengkel bagi menyelaraskan perancangan strategik universiti.

Taklimat beliau turut memberikan fokus kepada tiga komponen teras utama iaitu penyediaan kertas kerja untuk kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), perincian mengenai Pelan Induk Rasionalisasi UTHM, serta penelitian terhadap supplementary notes.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir atas komitmen yang diberikan sepanjang perbincangan. Semoga perancangan rasionalisasi ini berjalan lancar demi memacu kecemerlangan UTHM pada masa hadapan.

🌐 MEMACU MASA DEPAN: PERANAN STI DALAM PEMBANGUNAN SERANTAU DI SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA 2026, JAKARTAβ€‹πŸ—“οΈ 13 Ju...
14/07/2026

🌐 MEMACU MASA DEPAN: PERANAN STI DALAM PEMBANGUNAN SERANTAU DI SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA 2026, JAKARTA
β€‹πŸ—“οΈ 13 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Java Ballroom, Hotel Mercure Jakarta Gatot Subroto, Indonesia

​Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited melebarkan sayap di persada antarabangsa dengan penglibatan aktif dalam Seminar Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya.

​Dalam seminar yang menghimpunkan tokoh-tokoh penting pendidikan tinggi ini, YBhg. Prof. Dr. Afandi Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM telah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian kepakaran (Sesi 4) yang bertajuk "Driving the Future: Peranan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) dalam Pembangunan Serantau".

​Menerusi pembentangan tersebut, YBhg. Prof. TNCAA telah mengupas dengan mendalam tentang bagaimana institusi pendidikan tinggi, khususnya UTHM, memainkan peranan strategik sebagai pemangkin kemajuan serantau. Penekanan diberikan kepada pengukuhan kerjasama merentas sempadan berteraskan penyelidikan, teknologi, dan inovasi bagi mendepani cabaran masa hadapan serta memenuhi aspirasi pembangunan mampan di rantau ini.

​Majlis yang cukup bermakna ini turut diserikan dengan Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia, serta Ucapan Aluan oleh YBrs. Tuan Farzamie Sarkawi, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

​Pertemuan strategik ini turut menyaksikan jalinan rangkaian kerjasama (Sesi B2B) yang positif bersama pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan Indonesia, merangkumi wakil EMGS, Education Malaysia Indonesia dan FORKAPPSI.

​Semoga inisiatif dan perkongsian berimpak ini dapat terus memperkukuh sinergi pendidikan tinggi antara Malaysia dan Indonesia, serta meletakkan UTHM di landasan yang tepat ke arah GTU2030.
​
​

πŸ“Œ Bengkel Pengesahan Daftar Program Akademik Rasionalisasi Fakulti – Fasa 2  πŸ“ Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)...
08/07/2026

πŸ“Œ Bengkel Pengesahan Daftar Program Akademik Rasionalisasi Fakulti – Fasa 2
πŸ“ Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
πŸ—“οΈ 8 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•‘ 2.00 – 5.00 petang
__
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNCAA), telah menghadiri Bengkel Pengesahan Daftar Program Akademik Rasionalisasi Fakulti – Fasa 2 dan menyampaikan ucapan aluan sebelum sesi perbincangan dimulakan. Bengkel yang diatur oleh Pejabat Perancangan Strategik & Pengurusan Risiko (PSPR) ini turut melibatkan warga akademik daripada pelbagai PTj seperti CAD, TDAA, KJ, KP serta pensyarah muda dari seluruh fakulti.

Sepanjang bengkel, para peserta telah membantu menghasilkan fail induk daftar program akademik serta matriks pemetaan program mengikut fakulti sebagai keberhasilan utama.

Penghargaan kepada semua pihak atas kehadiran dan komitmen yang memberangsangkan. Semoga hasil bengkel ini menjadi langkah awal dalam memperkukuh pelaksanaan Pelan Rasionalisasi UTHM Fasa 2.

🍌🍫 MBWA-TNCAA@Exam: Projek Pisang & Coklat – UTHM Kampus Cawangan Pagoh (KCP)  πŸ“ Shared Facility KPT – MPH, HPTP Pagoh  ...
07/07/2026

🍌🍫 MBWA-TNCAA@Exam: Projek Pisang & Coklat – UTHM Kampus Cawangan Pagoh (KCP)
πŸ“ Shared Facility KPT – MPH, HPTP Pagoh
πŸ•— 8.15 pagi – 9.15 pagi
__
YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UTHM, telah melaksanakan sesi Management by Walking Around (MBWA) sempena peperiksaan akhir semester di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Program MBWA-TNCAA@Exam kali ini turut disertai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azura binti Awang, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST); YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi bin Abdul Sukor, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK); YBrs. Dr. Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan Pusat Pengajian Diploma (PPD); YBrs. En. Mohd Faisalluddin bin Abdul Aziz, Pengarah Pejabat Pentadbiran UTHM KCP; serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Inisiatif Projek Pisang & Coklat diadakan sebagai simbol sokongan moral kepada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Pisang dipilih kerana kaya dengan potassium dan vitamin B yang membantu menstabilkan tenaga serta mengurangkan rasa gementar, manakala dark chocolate 70% bertindak sebagai pemangkin minda dengan kandungan flavonoid dan antioksidan yang membantu meningkatkan fokus serta daya ingatan.

Pusat Wakaf Endowmen UTHM turut menyumbang roti dan air kotak bagi melengkapkan agihan kepada pelajar, sebagai tanda kebersamaan dan semangat komuniti universiti.

✨ Terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada PTJ-PTJ terlibat, alumni, rakan-rakan staf serta pihak luar yang turut menjayakan program ini.

|| Majlis Penyerahan Watikah / Surat Penyambungan Jawatan : Kluster Akademik & Antarabangsa  πŸ“ Dewan Jamuan Eksekutif, A...
03/07/2026

|| Majlis Penyerahan Watikah / Surat Penyambungan Jawatan : Kluster Akademik & Antarabangsa
πŸ“ Dewan Jamuan Eksekutif, Aras 5, Bangunan PTTA
πŸ•š 3 Julai 2026 (Jumaat); 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
__
Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah / Surat Penyambungan Jawatan Giliran di bawah Kluster Akademik & Antarabangsa.

YBhg. Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UTHM, telah menyampaikan ucapan aluan serta menyempurnakan penyerahan watikah kepada penyandang jawatan.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Prof. TNCAA menekankan bahawa setiap amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berpasukan. Penyandang jawatan diharap dapat terus berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan antarabangsa universiti.

Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, sebelum hadirin dijemput menikmati jamuan ringan dan sesi bergambar bersama.

03/07/2026

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat TNCAA UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat TNCAA UTHM:

Shortcuts

Share