Sustainable Campus Office-SCO

Directions Website

Sustainable Campus Office-SCO The motto of SCO is 'Reengineering Sustainability'

Sustainable Campus Office (SCO),UTHM is an office responsible for planning, developing and implementing innovative sustainable solutions in the pursuit of an environmentally sustainable campus.

UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026.TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA UTHM!Setinggi-tinggi tahniah dan pengha...
12/10/2026

UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026.

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA UTHM!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pejabat Kampus Lestari, seluruh Ahli Jawatankuasa Kelestarian UTHM, para pemberi data serta seluruh warga UTHM yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penarafan UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026.

Ini adalah hasil usaha bersama, komitmen berterusan dan budaya kelestarian yang kita bina sebagai satu komuniti.

Terima kasih atas sumbangan anda.

I UI GreenMetric 2026: Melonjak ke Kelompok Top 7.59% Dunia, UTHM Kukuhkan Agenda Kelestarian

BATU PAHAT, 12 Okt 2026 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus membuktikan komitmen jitunya terhadap kelestarian dan pembangunan mampan apabila jumlah markah kumulatifnya dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings meningkat kepada 8,462.51 pada tahun 2026, berbanding 8,375 pada tahun sebelumnya.

Peningkatan markah holistik ini membuktikan daya saing UTHM di peringkat global semakin utuh, dengan universiti berjaya memperbaiki kedudukan kualitinya dan menempatkan diri dalam kelompok Top 7.59% dunia pada tahun ini, satu kemajuan yang signifikan berbanding Top 8.65% pada tahun 2025.

Lonjakan peratusan kualiti ini didorong oleh prestasi cemerlang dalam beberapa elemen, terutamanya elemen Pendidikan dan Penyelidikan (ED) yang mencapai skor penuh 100%. Peningkatan turut direkodkan dalam elemen Pengangkutan (90.44%), Pengurusan Sisa (86.76%), dan Penetapan & Infrastruktur (86.36%), manakala elemen baharu iaitu Tadbir Urus & Pendigitalan (GD) menyumbang markah yang kukuh pada tahun pertama pelaksanaannya. Meskipun terdapat sedikit anjakan kedudukan global ke tangga ke-153 berikutan penyusutan marginal dalam elemen Tenaga dan Air, peningkatan markah keseluruhan jelas mencerminkan kualiti inisiatif kampus hijau UTHM yang semakin efisien.

Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali berkata kejayaan menempatkan diri di kelompok peratusan terbaik dunia ini merupakan manifestasi nyata komitmen seluruh warga universiti.

“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa agenda kelestarian UTHM berada di landasan yang tepat dan selari dengan hala tuju Global Technopreneur University 2030 (GTU 2030).

“Daripada tiga mantera GTU 2030, Dekarbonisasi akan menjadi antara fokus utama universiti pada masa hadapan, sejajar dengan hasrat menjadikan UTHM kampus hijau yang menjana tenaga sendiri.

“Pihak universiti bukan sahaja komited melahirkan teknokrat yang mahir dalam teknologi, malah memastikan mereka mempunyai kesedaran tinggi memelihara alam sekitar hasil daripada sinergi warga kampus membudayakan amalan hijau,” katanya.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti) UTHM, Profesor Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor menekankan bahawa peningkatan ini mencerminkan keberkesanan pemantauan kualiti berterusan di setiap peringkat.

“Skor penuh dalam elemen Pendidikan dan Penyelidikan menjadi bukti kurikulum kita sangat responsif terhadap kelestarian global.

“Bagi elemen yang mencatatkan penurunan, khususnya Tenaga dan Air, pihak universiti akan memperkasakan lagi strategi intervensi menerusi Pelan Tindakan Dekarbonisasi UTHM yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2030,” katanya.

Melangkah ke hadapan, UTHM bertekad untuk terus memperkasa inisiatif teknologi hijau, pengurusan sumber yang cekap, serta jaringan kolaborasi pintar ke arah mencapai status Kampus Rendah Karbon menjelang 2030.



05/10/2026
01/10/2026
01/10/2026

Oleh Suriayati Baharom BATU PAHAT, 30 Sept 2026 – Festival Edutourism UTHM 2026 yang berlangsung sempena Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia 2026 peringkat Universiti Tun Hu

*TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA UTHM!*Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pejabat Kampus Lestari, seluruh Ahli ...
29/09/2026

*TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA UTHM!*

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pejabat Kampus Lestari, seluruh Ahli Jawatankuasa Kelestarian UTHM, para pemberi data serta seluruh warga UTHM yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penarafan UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026.

Ini adalah hasil usaha bersama, komitmen berterusan dan budaya kelestarian yang kita bina sebagai satu komuniti.

Terima kasih atas sumbangan anda.

28/09/2026

AL-FATIHAH

Negara kehilangan seorang insan yang cukup disegani. Seorang wanita yang lembut pekertinya, tenang peribadinya, dan besar jasanya kepada masyarakat serta negara. Pemergian seorang tokoh yang pastinya meninggalkan rasa kehilangan besar di hati seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga UTHM.

Semoga roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

26/09/2026

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan FESTIVAL EDUTOURISM @ UTHM 2026! 🎓✨

Jom bersama-sama "Discover • Learn • Experience" dan Terokai Pengalaman Mengembara Ke 5 Zon Menarik yang pastinya menyeronokkan dan padat dengan ilmu! 🗺️🤖

Catat butiran program ini:
📅 Tarikh: 30 September 2026
⏰ Masa: 8:00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Sultan Ibrahim, UTHM

Apakah 5 zon yang bakal anda terokai? 🔍

Johor Railtech Innovation & Experience Gallery 🚄

UNESCO & Sustainability 🌍

Malaysia & Johor Heritage 🏛️

Innovation & Creativity Showcase 💡

Nature & Living Laboratory 🌿

Bukan itu sahaja, sertai pelbagai Aktiviti menarik yang disediakan:

UTHM Edutourism Passport Challenge 🛂

Makerspace Game Challenge 🎮

Citra Rasa Malaysia & Language and Culture Engagement Space 🗣️🍲

Lapar selepas penat berjalan? Jangan risau, Jualan Food Truck Edutourism sedia menanti anda dengan pelbagai hidangan yang lazat! 🚐🍔

Jom ajak keluarga, rakan-rakan, dan warga kampus untuk hadir ke festival yang hebat ini!

24/09/2026

New TNB Electricity Tariff 2025: Updated Rates, Charges & Cost Management

Are you prepared for the latest changes to Malaysia’s TNB electricity tariff?

Join our webinar to understand the updated tariff rates, revised charges and practical cost-management strategies that can help your organisation better manage electricity expenses.

🗓Date: 24th September 2026 (Thursday)
⏰Time: 11.00 am
🔗Join us here: Link: https://bit.ly/3Vl2tKG

Don’t miss this opportunity to stay informed and make better decisions about your electricity costs.

Address

Parit Raja
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sustainable Campus Office-SCO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share