05/09/2026
πππͺππ§ππ‘ π£ππ‘π¬ππππππ‘ πππ§ππππ‘ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π πππ π£: π£ππ₯ππ¨ππ¨π πππ₯ππ‘πππ‘ πππ π¨ πππ‘ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π πππ π πππππ ππ¨π₯π¨π§ππ₯π π‘ππππ₯π
4 September 2026 | ULU TIRAM, MASAI DAN PENGERANG
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah berjaya melaksanakan Lawatan Penyeliaan Latihan Industri bagi 21 orang pelajar yang sedang menjalani latihan di lapangan pada 27 hingga 28 Ogos serta 3 hingga 4 September 2026. Sesi pemantauan ini telah diselia oleh Ts. Dr. Aslinda binti Saleh dan melibatkan kunjungan ke beberapa buah syarikat industri sekitar Ulu Tiram, Masai, dan Pengerang.
Sesi penyeliaan ini bukan sekadar bertujuan memantau prestasi dan perkembangan kemahiran praktikal para pelajar, malah ia menjadi medan strategik bagi bertukar ilmu dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak industri. Siri perbincangan berimpak tinggi bersama syarikat-syarikat daripada pelbagai sektor termasuk pembuatan, automasi industri, CNC, serta minyak dan gas telah membuka ruang yang luas bagi memperkasakan lagi kurikulum program ijazah FKMP menerusi jalinan kerjasama (networking) yang kukuh.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan industri yang terlibat atas komitmen, bimbingan, dan sokongan berterusan kepada barisan bakal jurutera negara. FKMP sentiasa komited dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran berteraskan industri bagi melahirkan graduan yang holistik selari dengan visi universiti. Ayuh melangkah setapak ke hadapan dan bina masa depan kejuruteraan anda dengan menyertai FKMP UTHM.