TNC HEPA UTHM

TNC HEPA UTHM UTHM, Batu Pahat, Johor

25/08/2026
24/08/2026
20 Ogos 2026 | Anugerah MyMOHES & Pelancaran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026–2030Pagi ini, saya mengh...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | Anugerah MyMOHES & Pelancaran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026–2030

Pagi ini, saya menghadiri Majlis Peluncuran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026–2030 di World Trade Centre Kuala Lumpur, yang berlangsung serentak dengan penganugerahan Anugerah MyMOHES.

1. Anugerah MyMOHES telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, kepada Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan universiti dalam pengurusan, ketepatan, kesempurnaan dan kualiti data MyMOHES.

2. Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2026–2030 yang dilancarkan ini merupakan antara usaha strategik Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan agar lebih responsif terhadap perubahan landskap pekerjaan serta keperluan industri semasa dan masa hadapan, selaras dengan hasrat untuk menghasilkan graduan yang mempunyai daya saing dan kesiapsiagaan kerjaya.

3. Turut hadir dalam majlis ini ialah Prof. Dr. Afandi bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Ts. Dr. Norfaniza binti Mokhtar, Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni; serta Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azahari bin Razali, Ketua Jabatan Kerjaya Pelajar.

Tahniah UTHM dan sekalung penghargaan buat semua pemegang data MyMohes. Semoga pencapaian UTHM ini menjadi pemangkin kepada warga UTHM untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam menyokong agenda pendidikan tinggi negara, terutamanya dalam memastikan graduan UTHM bukan sahaja memiliki ilmu dan kemahiran teknikal, malah mempunyai kompetensi dan daya saing yang memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

-2030

Tahniah UTHM! Semoga momentum dikekalkan dan terus sukses
20/08/2026

Tahniah UTHM! Semoga momentum dikekalkan dan terus sukses

19 Ogos 2026 | Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) Kali Ke-73 Bil. 3/20261. Mesyuarat Majlis K...
20/08/2026

19 Ogos 2026 | Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) Kali Ke-73 Bil. 3/2026

1. Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) Kali Ke-73 Bil. 3/2026 telah berlangsung di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang. Saya bersama Pengerusi MAKUMA, Prof. Dr. Zamri bin Zainal Abidin (UM), Dr. Noraishah binti Daud serta rakan-rakan kaunselor daripada universiti awam.

2. Turut berlangsung ialah Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Modul Psikososial yang memberi tumpuan kepada penghasilan panduan dan pendekatan lebih tersusun dalam pengendalian isu psikososial mahasiswa. Usaha pembangunan modul seperti ini penting untuk membantu pegawai di institusi pengajian tinggi mengenal pasti, menilai dan mengendalikan isu tekanan, kemurungan serta kebimbangan mahasiswa secara lebih berkesan.

Semoga perbincangan dan pembangunan modul yang dilaksanakan melalui MAKUMA ini memberi manfaat besar kepada kesejahteraan minda mahasiswa, sekali gus memperkukuh ekosistem sokongan psikososial yang holistik di universiti awam.

17/08/2026
16/08/2026

π”π“π‡πŒ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π€π‹π”πŒππˆ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπŽπŒππ€π’ πŸπŸŽπŸπŸ”

BANDAR ENSTEK, 16 Ogos 2026 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh agenda pemerkasaan alumni menerusi penyertaan dalam Program Kompetensi Kepimpinan dan Pengurusan Strategik Alumni (KOMPAS) 2026, yang berlangsung pada 14 hingga 16 Ogos 2026 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Program anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) ini menghimpunkan pengurusan alumni universiti awam bagi memperkukuh kompetensi kepimpinan, tadbir urus dan perancangan strategik alumni.

UTHM turut berbesar hati dengan penglibatan Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UTHM, sebagai Panel Penilai Pembentangan Capstone Project KOMPAS 2026. Penglibatan beliau mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran kepimpinan UTHM serta komitmen universiti dalam menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem pengurusan alumni di peringkat pendidikan tinggi negara.

UTHM diwakili oleh barisan pengurusan Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA), iaitu Ts. Dr. Norfaniza binti Mokhtar, Pengarah PKKA; Ts. Dr. Abdul Wafi bin Abdul Rahman, Ketua Jabatan Hubungan Alumni; Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azahari bin Razali, Ketua Jabatan Kerjaya Pelajar; dan Dr. Ikram Syah bin Mokhtar, Timbalan Pendaftar.

Sepanjang tiga hari program, peserta mengikuti pelbagai pengisian strategik merangkumi penerokaan strategi baharu pengurusan alumni, isu dan masa depan alumni universiti awam, kemahiran rundingan dan mempengaruhi, business acumen, kerjasama pasukan dan kepimpinan serta pembangunan dan pembentangan Capstone Project.

Penyertaan dalam KOMPAS 2026 turut memberi ruang kepada pasukan UTHM untuk berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik bersama wakil universiti awam lain, di samping membangunkan pendekatan baharu dalam memperkukuh hubungan serta penglibatan alumni.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi UTHM untuk menggerakkan alumni bukan sekadar sebagai komuniti universiti, tetapi sebagai rakan strategik yang mampu menyumbang melalui kepakaran, jaringan profesional, bimbingan, peluang kerjaya dan kolaborasi berimpak kepada mahasiswa serta universiti.

Memperkasa Alumni, Memperkukuh Jaringan, Mencipta Impak.

Selamat Hari Lahir YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Halim Irwan bin Ibrahim, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar
13/08/2026

Selamat Hari Lahir YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Halim Irwan bin Ibrahim, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar

11 Ogos 2026 | Soft Launching Sabil Al-Hikmah di Kampus PagohHari ini saya ke Kampus Pagoh untuk menyempurnakan Soft Lau...
12/08/2026

11 Ogos 2026 | Soft Launching Sabil Al-Hikmah di Kampus Pagoh

Hari ini saya ke Kampus Pagoh untuk menyempurnakan Soft Launching Program Sabil Al-Hikmah bersama Prof. Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman (Provost Pagoh), Dr. Muhammad Faizal bin Ismail (Dekan Pusat Pengajian Diploma), Dr. Muhammad Azri bin Othman (Timbalan Dekan HEPA PPD), En. Khairuddin Hj Alias (Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar) bersama Pn Suhailah Muhammad Phillip.

1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia meneruskan inisiatif menyediakan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan pada setiap semester pengajian melalui program Sabil Al-Hikmah.

2. Untuk kemasukan Diploma sesi Julai 2026/2027, program Sabil Al-Hikmah telah bermula pada 10 Ogos 2026 dan akan berterusan sehingga 29 September 2026 sepanjang semester di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

3. Seramai 100 orang pelajar diperuntukkan menerima Sabil Al-Hikmah di dua kafetaria terpilih. Penyampaian Sabil Al-Hikmah ini melalui sistem yang dibangunkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar yang dilihat sangat membantu dalam memantau penggunaan peruntukan secara langsung (real time data). Pelajar hanya perlu scan QR code yang disediakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

4. Saya turut beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang sedang duduk makan untuk mendapatkan pandangan mereka. Rata-rata berpuas hati dengan penyediaan makan di cafe Kampus Pagoh kerana menu yang menjimatkan dan pelbagai.

4. Harapan saya agar tiada pelajar yang tidak makan atau minum semasa tempoh pengajian. Jika ada sebarang isu, hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan bantuan kebajikan. InsyaAllah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban pelajar dan membantu mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran.

Address

UTHM
Parit Raja
83300

Telephone

+6074533399

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TNC HEPA UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share