PIBG SK Seri Puleh, Batu Pahat

Directions

PIBG SK Seri Puleh, Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SK Seri Puleh, Batu Pahat, School, Parit Raja.

Alhamdulillah, 4 buah Smart TV telah diterima oleh warga SK Seri Puleh. InsyaAllah kita teruskan lagi usaha untuk lengka...
28/08/2026

Alhamdulillah, 4 buah Smart TV telah diterima oleh warga SK Seri Puleh. InsyaAllah kita teruskan lagi usaha untuk lengkapkan semua kelas yang ada. Apapun, terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan misi ini. Bersama ke arah masyarakat digital.






MESYUARAT AJK PIBG SK SERI PULEH BIL 1 2026Telah berlangsung mesyuarat pertama bagi barisan AJK PIBG SK SERI PULEH bagi ...
15/06/2026

MESYUARAT AJK PIBG SK SERI PULEH BIL 1 2026

Telah berlangsung mesyuarat pertama bagi barisan AJK PIBG SK SERI PULEH bagi sesi 2026/2028. Antara fokus perbincangan adalah berkenaan isu keselamatan murid, penambahbaikan fasiliti, keperluan dan kebajikan murid serta program yang bakal dilaksanakan. Pelantikan beberapa ketua biro juga dilaksanakan. Tahniah juga diucapkan kepada AJK yang dilantik Dan selamat datang kepada AJK baharu. Terima kasih juga atas kehadiran semua yang terlibat. Semoga segala perbincangan dan perancangan berjalan dengan baik dan lancar.

Salam Aidiladha 1447HSeluruh Barisan Jawatankuasa PIBG SK Seri Puleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semu...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Seluruh Barisan Jawatankuasa PIBG SK Seri Puleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus mekar dalam kehidupan kita semua.

Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada PIBG SK Seri Puleh.

Selamat Hari Guru buat guru-guru SK Seri Puleh dan juga semua warga pendidik di seluruh Malaysia! Terima kasih cikgu!Gur...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat guru-guru SK Seri Puleh dan juga semua warga pendidik di seluruh Malaysia! Terima kasih cikgu!

Guru Bitara Nadi Negara


Terima kasih semua
12/04/2026

Terima kasih semua

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI PULEH KALI KE-49 TAHUN 2026Mesyuarat PIBG SK Seri Puleh 2026 telah berlangsung sebentar tad...
11/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI PULEH KALI KE-49 TAHUN 2026

Mesyuarat PIBG SK Seri Puleh 2026 telah berlangsung sebentar tadi iaitu pada 11 April 2026 di Dewan Mutiara SK Seri Puleh. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ts Mohd Johari bin Tarmidi, Pengarah Institut Dato' Onn merangkap alumni SK Seri Puleh. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih kepada AJK PIBG sesi yang lalu dan ucapan penghargaan san terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI PULEH KALI KE-49 Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, ibubapa dan penja...
09/04/2026

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI PULEH KALI KE-49

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, ibubapa dan penjaga yang dihormati.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Puleh Kali Ke-49. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput semua ibubapa dan penjaga untuk hadir ke mesyuarat ini bagi bersama-sama membincangkan dan menyokong kecemerlangan anak-anak kita.

Berikut adalah butiran mesyuarat:

📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 800 pagi
📍 Tempat:Dewan Mutiara SK Seri Puleh

🎁 ADA CABUTAN BERTUAH! 🎁 Istimewa untuk ibu bapa yang hadir, terdapat acara CABUTAN BERTUAH dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti anda! Jangan lepaskan peluang ini sambil-sambil kita menyumbang idea untuk sekolah.

Kehadiran dan sokongan padu daripada pihak Tuan/Puan amatlah bermakna buat kami dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jumpa di sana!

Pentadbir
SK Seri Puleh
“Work Together, Success Forever”

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026MSemoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan ...
18/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan menguatkan ukhuwah sesama kita.

Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan menyemai keikhlasan dalam setiap perbuatan.

Ikhlas daripada:
YDP dan seluruh Jawatankuasa PIBG SK Seri Puleh

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG SK Seri Puleh untuk kali pertama pada tahun 2026 ni. Pelbagai agenda...
12/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG SK Seri Puleh untuk kali pertama pada tahun 2026 ni. Pelbagai agenda telah dibincangkan termasuk Mesyuarat Agung PIBG (dirancang berlangsung pada 11 April 2026), permohonan fasiliti dan kelengkapan digital, pembentukan kumpulan alumni, pembangunan dan keceriaan sekolah serta isu-isu yang berlaku yang melibatkan murid. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberi komitmen dan sumbangan idea demi kebajikan dan pembangunan anak-anak di SK Seri Puleh ini.

Panggilan buat semua warga SK Seri Puleh!Jom kita eratkan semula silaturahim dan kenangan lama.Semua alumni, bekas pelaj...
27/01/2026

Panggilan buat semua warga SK Seri Puleh!

Jom kita eratkan semula silaturahim dan kenangan lama.

Semua alumni, bekas pelajar serta ibu bapa dijemput menyertai Group Facebook Alumni SK Seri Puleh sebagai platform berkongsi maklumat, nostalgia dan aktiviti bersama.

https://www.facebook.com/groups/2332905863851867/?ref=share&mibextid=NSMWBT

Scan QR pada poster atau tekan link di atas & sertai sekarang!
Bersama kita bina komuniti alumni yang aktif dan bermakna.

Address

Parit Raja
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Seri Puleh, Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share