02/10/2024
| 2 Oktober 2024 | Sesi penyerahan tugas Timbalan Komandan Kor Sispa UTHM kampus Pagoh, Lt.Kol Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Bin Abdullah kepada PPj. Kehormat (PA) Profesor. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam, UTHM bertempat di Aras 5, Lobi canselori aras 5, PTTA, UTHM Kampus Parit Raja. Program ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM , YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), PPj. (PA) Kamal Bin Mokhtar, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor, Hadir sama turut dihadiri Kapt. (PA) Mohd Aziz Bin Jupri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat dan barisan kepimpinan Badan Beruniform UTHM serta Pegawai Bersekutu APM Johor.
Pihak Universiti mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS diatas komitmen dan sumbangan beliau diperingkat Kor Sispa UTHM, Badan Beruniform UTHM, Kor Sispa Kebangsaan dan APM.
Didoakan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dapat kembali aktif seperti selalu. Kenangan bersama-sama memperkasa Kor Sispa juga APM diperingkat UTHM, Negeri dan Kebangsaan, Badan Beruniforn UTHM sentiasa diingati dan dihargai.
Terima Kasih Tuan Norza atas segala jasa bakti sejak tahun 2010 bermula penubuhan Kor Sispa UTHM.
Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Dr. Zaini Ujang
Naib Canselor UTHM