20/08/2026
20 Ogos 2026 | Khamis
Pusat Pembangunan Akademik dan TVET (CAD), UTHM telah menganjurkan Aktiviti Brisk Walk dan Gotong-Royong EKSA/Merdeka 2026 pada 20 Ogos 2026.
Aktiviti dimulakan dengan brisk walk sebagai salah satu usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga CAD. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan gotong-royong EKSA bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, kemas, ceria dan kondusif, di samping menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Pusat Pembangunan Akademik dan TVET (CAD), UTHM atas penglibatan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti ini.