Sekolah Kebangsaan Parit Raja

Sekolah Kebangsaan Parit Raja Sekolah Kebangsaan Parit Raja merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Pekan Parit Raja

Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Syukur dan terima kasih atas segala nikmat dan hikmah yang dikurniakan kepada hambaNya untuk bersama-sama melaksanakan segala tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kemajuan pendidikan. Sesungguhnya kejayaan dan keberkesanan sistem pendidikan bermula daripada perancangan yang tersusun rapi dan menepati prinsip-prinsip serta etika pendidikan.Ia be

rpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Pekeliling,Garis Panduan serta perbincangan ilmiah ke arah memungkinkan kejayaan tersebut. Justeru itu seluruh warga SK Parit Raja diyakini akan dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan bersendikan “KERANA ALLAH KAMI BERTUGAS” serta moto “KE MERCU KEGEMILANGAN” untuk masa depan anak bangsa. Semoga facebook rasmi sekolah ini dapat memberikan gambaran dan senario sistem serta halatuju persekolahan. Ia juga diharapkan dapat memudahkan semua warga SKPRj memberikan sumbangan dan peranan dengan efektif dan berjaya demi kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan.


“SELAMAT MENJALANKAN TUGAS”

Salam hormat,

HJ MOHAMAD NOR BIN RASAH
Guru Besar
SK Parit Raja
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor.

18/05/2026

Montaj Hari Guru.."Selamat Hari Guru! Terima kasih Cikgu atas segala ilmu, kesabaran, dan pengorbanan yang dicurahkan demi kejayaan anak murid. Jasamu tetap dikenang sampai bila-bila!"

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ariq Qaleef bin Anuar dari kelas 5 Ilmu dalam Kejohanan Ragbi MSSJ U12 pada 5-8 Mei 20...
10/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ariq Qaleef bin Anuar dari kelas 5 Ilmu dalam Kejohanan Ragbi MSSJ U12 pada 5-8 Mei 2026 bertempat di SK Batu Tiga, Kluang Johor. Beliau yang mewakili pasukan daerah Batu Pahat telah mendapat tempat ke-4.

Teruskan lagi kecemerlangan sukan untuk SKPRj!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat ...
09/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang telah menamatkan latihan praktikum dan internship di SK Parit Raja.

Terima kasih atas segala komitmen, kesungguhan dan jasa yang dicurahkan sepanjang bersama warga sekolah. Kehadiran anda bukan sahaja membantu dalam pengajaran dan aktiviti sekolah, malah turut meninggalkan pelbagai kenangan indah yang akan sentiasa dikenang.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah sebagai pendidik yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

“Datang membawa harapan,
Pulang meninggalkan kenangan.
Biar waktu terus berjalan,
Namun memori tidak akan hilang ditelan zaman.”

Jasamu dikenang, kenanganmu abadi. 🌹

KARNIVAL MAHABBAH P.KHASTarikh: 5 Mei 2026 (Selasa)Tempat: SK Pintas Raya.PENYERTAAN & PENCAPAIAN1. Nasyid (tempat k5)2....
05/05/2026

KARNIVAL MAHABBAH P.KHAS
Tarikh: 5 Mei 2026 (Selasa)
Tempat: SK Pintas Raya.

PENYERTAAN & PENCAPAIAN
1. Nasyid (tempat k5)
2. Hafazan (trmpat k5)
3. Tulisan Khat (tempat k5)
4. Azan - tiada
5. Bercerita - tiada.

TAHNIAH anak-anak didik PPKI yang telah berusaha sehabis baik.

Perjalanan sepanjang Program Minggu Bahasa yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Tah...
05/05/2026

Perjalanan sepanjang Program Minggu Bahasa yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Tahniah kepada semua murid-murid yang telah menjayakan program ini!

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 21. (2)
30/04/2026

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 21. (2)

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-21
30/04/2026

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-21

Jom Datang Memeriahkan Sukan Tahunan Skprj 2026Ibubapa dan Alumni2 Skprj dijemput hadir bagi memberi sokongan padu kepad...
28/04/2026

Jom Datang Memeriahkan Sukan Tahunan Skprj 2026
Ibubapa dan Alumni2 Skprj dijemput hadir bagi memberi sokongan padu kepada Atlet Sekolah kita

30hb April 2026(Khamis)
8 am-1 pm
Ada pelbagai gerai disediakan..
Jom..Semua!!!!

28/04/2026

Mari semua ibu bapa hadirkan diri memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Parit Raja. Jumpa di sana!

Alhamdulillah .. Pasukan Ragbi SKPRJ-King dan Queen HornetL12 - KEEMPAT CUP 🏈P12 - KEDUA PLATE 🏈Terima kasih diucapkan k...
28/04/2026

Alhamdulillah .. Pasukan Ragbi SKPRJ-King dan Queen Hornet
L12 - KEEMPAT CUP 🏈
P12 - KEDUA PLATE 🏈

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa pemain yang memberi sokongan padu kepada pasukan U12 kategori lelaki L12
dan Perempuan P12. Tidak lupa kepada bekas pemain SKPRj, Johnny, Black dan Ammar yang turut serta dalam latihan bersama pemain. Kehadiran pasukan Ragbi dari SK Pintas Puding, Pintas Raya, Rejosari, Parit Kemang, Binjai dan Seri Ladang turut membantu membuka mata kepada pemain tentang strategi dan cara pemainan Ragbi. Peluang yang diberi oleh pentadbir dan sumbangan rakan guru lain untuk penyertaan kali ini juga amat dihargai.

Terima kasih semua👍👍👍🎊🎊🎊🎉🎉🎉

Ketua Jurulatih
Cg najib
Jurulatih luar
Coach amir
Pengurus
Cg Anizza
Cg Mirza
Fisio
Cg Farid

Address

Sekolah Kebangsaan Parit Raja
Parit Raja
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Parit Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Parit Raja:

Shortcuts

Share