06/08/2026
KURSUS DESIGNING SELF-INSTRUCTIONAL MATERIALS (SIM) WITH AI INTEGRATION
4-5 Ogos 2026 | Selasa-Rabu
UTHM Bitara dengan kerjasama Pusat Kepimpian dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menganjurkan Kursus Designing Self-Instructional Materials (SIM) with AI Integration yang berlangsung di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Bahasa (CLS), UTHM.
Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Abd Karim Alias, yang berkongsi kepakaran dan pengalaman berkaitan pembangunan Self-Instructional Materials (SIM) dengan pengintegrasian Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) bagi memperkasakan pembangunan bahan pembelajaran kendiri yang lebih inovatif, berkualiti dan berimpak tinggi.
Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada pendekatan, teknik dan amalan terbaik dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang lebih interaktif, sistematik dan memenuhi keperluan pelaksanaan Open and Distance Learning (ODL). Selain itu, peserta turut berpeluang meneroka pelbagai aplikasi AI yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan kreativiti dalam pembangunan kandungan pembelajaran.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penceramah serta urus setia yang telah menjayakan penganjuran kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kualiti pembangunan kursus dan menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat di UTHM.