Transform UTHM

Transform UTHM Untuk menjadikan UTHM sebagai pusat pemikir, penyelidik, perunding dan pusat rujukan transformasi sosial dan pembangunan wilayah

22 Julai 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kok...
27/07/2026

22 Julai 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 22 Julai 2026.

Lawatan ini dilaksanakan di bawah Geran Penyelidikan bertajuk “Amalan Terbaik Badan Beruniform di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (J016)” dengan tujuan untuk meneliti dan mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan aktiviti badan beruniform. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program kokurikulum di UTHM.

Sekian.





Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti ...
16/07/2026

Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).





7 Julai 2026 | International Guest Lecture "Water Resilience: Transforming Communities Sustaining Futures" Anjuran Insti...
08/07/2026

7 Julai 2026 | International Guest Lecture "Water Resilience: Transforming Communities Sustaining Futures" Anjuran Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

TRANSFORM, UTHM dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia telah berjaya menganjurkan sesi International Guest Lecture bertajuk "Water Resilience: Transforming Communities Sustaining Futures" pada 7 Julai 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet.

Program ini telah disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM.

Sesi ini turut menampilkan dua orang penceramah iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Adib bin Mohammad Razi, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, UTHM menerusi syarahan bertajuk "Water Resilience for Sustainable Living in an Uncertain Climate: Transforming Communities, Sustaining Futures", serta Dr. Ir. Abd. Rakhim Nanda MT IPU, Rektor, UNISMUH, Indonesia yang menyampaikan syarahan bertajuk "Reimagining Water Management in The Era of Climate Change and Sustainable Development".

Sesi telah dikendalikan oleh Ts. Dr. Ebrahim Hamid Hussein Al-Qaadami, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, UTHM sebagai moderator, manakala ucapan penutup telah disampaikan oleh Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM, UTHM.

Penganjuran program ini telah berjaya menyediakan platform perkongsian ilmu, memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan antarabangsa serta menggalakkan perbincangan mengenai isu daya tahan air dan pembangunan komuniti yang lestari.

Sekian.






19 dan 20 Jun 2026 | Program Khidmat Komuniti dan Lawatan Kerja Akademik Daripada Universitas Muhammadiyah Makassar (UNI...
25/06/2026

19 dan 20 Jun 2026 | Program Khidmat Komuniti dan Lawatan Kerja Akademik Daripada Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM serta Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia telah berjaya menganjurkan Program Khidmat Komuniti dan Lawatan Kerja Akademik pada 19 dan 20 Jun 2026.

Pada 19 Jun 2026, Program Khidmat Komuniti telah dilaksanakan di Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti yang memberi penekanan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta.

Seterusnya, pada 20 Jun 2026 telah berlangsung Program Knowledge and Skills Transfer yang melibatkan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Kudung. Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar melalui perkongsian ilmu, pembangunan kemahiran dan aktiviti pembelajaran yang interaktif serta berimpak tinggi.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta. Program ini juga berperanan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar serta menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat melalui perkongsian ilmu, pemindahan pengetahuan dan pengembangan kemahiran yang bermanfaat.

Sekian.






Pencarian Enumerator Penyelidikan - Rapid Survey Projek Wacana Awam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).
03/06/2026

Pencarian Enumerator Penyelidikan - Rapid Survey Projek Wacana Awam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).





22 Mei 2026 | Siri Syarahan Antarabangsa Anjuran Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Unive...
26/05/2026

22 Mei 2026 | Siri Syarahan Antarabangsa Anjuran Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan Kerjasama Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia

TRANSFORM, UTHM dengan kerjasama FISIP, UNISMUH, Indonesia telah berjaya menganjurkan Siri Syarahan Antarabangsa 2 Bertajuk "Asas Kajian Kuantitatif & Reka Bentuk Penyelidikan" pada 22 Mei 2026 secara dalam talian melalui platform Zoom.

Siri Syarahan Antarabangsa ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran antara ahli akademik di peringkat antarabangsa.

Siri Syarahan Antarabangsa tersebut telah menampilkan penceramah daripada UTHM iaitu Ts. Dr. Mohd Hilmi Izwan bin Abd Rahim, Pensyarah Kanan, UTHM.

Sekian.






21 Mei 2026 | Kejohanan Olahraga Kali Ke-46 Tahun 2026 Anjuran SK Seri Kencana, Simpang RenggamInstitut Transformasi Sos...
21/05/2026

21 Mei 2026 | Kejohanan Olahraga Kali Ke-46 Tahun 2026 Anjuran SK Seri Kencana, Simpang Renggam

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-46 Tahun 2026 anjuran SK Seri Kencana pada 21 Mei 2026.

Penganjuran program ini menjadi platform dalam memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, komuniti dan UTHM.

Semoga jalinan kerjasama yang terhasil melalui program seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan komuniti yang aktif, harmoni dan berdaya saing pada masa akan datang.

Sekian.






20 Mei 2026 | International Guest Lecture Anjuran Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia dengan kerjasam...
21/05/2026

20 Mei 2026 | International Guest Lecture Anjuran Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH), Indonesia dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

UNISMUH, Indonesia dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM telah berjaya menganjurkan sesi International Guest Lecture pada 20 Mei 2026 secara dalam talian melalui platform Zoom.

Sesi International Guest Lecture tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Fatmawati Mappasiare, Head of Sustainable Waste Solution Center, UNISMUH, Indonesia bersama Prof. Madya Dr. Fadillah binti Ismail, Timbalan Pengarah TRANSFORM, UTHM.

Sesi ini turut menampilkan dua orang penceramah iaitu Prof. Dr. Syamsiah Tayyib daripada UNISMUH, Indonesia dan Dr. Juliana binti Abdul Halip daripada UTHM.

Sekian.






18 Mei 2026 | Pertandingan Bowling Hari Guru Anjuran SK Seri Kencana, Simpang Renggam Institut Transformasi Sosial dan P...
19/05/2026

18 Mei 2026 | Pertandingan Bowling Hari Guru Anjuran SK Seri Kencana, Simpang Renggam

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terlibat dalam menjayakan Pertandingan Bowling Hari Guru yang berlangsung bersama warga SK Seri Kencana pada 18 Mei 2026 di Ampang Superbowl, Kluang Mall.

Program ini diadakan sebagai medium mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama serta kebersamaan antara sekolah dan pihak universiti. Semoga jalinan kerjasama yang terhasil dapat diteruskan melalui pelbagai program bermanfaat pada masa akan datang.

Sekian.






Address

Institut Transformasi Sosial Dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Transform UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Transform UTHM:

Shortcuts

Share

Category