Idealis Mahasiswa UTHM

Idealis Mahasiswa UTHM Aku Adalah Kau

[ SELAMAT HARI RAYA ]Idealis Mahasiswa UTHM mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua!Semoga segala usaha, mujahadah, dan...
30/03/2025

[ SELAMAT HARI RAYA ]

Idealis Mahasiswa UTHM mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua!

Semoga segala usaha, mujahadah, dan doa kita diterima oleh Allah SWT. Sesungguhnya, antara perkara yang dirahsiakan oleh-Nya adalah kemakbulan doa dan pemberian ampun (Al-Maghfirah), agar kita tidak pernah berhenti meminta dan memohon daripada-Nya.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Mohon maaf zahir dan batin. 🤲🤎

[ PASCA HIMPUNAN RAKYAT BENCI RASUAH ]Idealis Mahasiswa UTHM menyelar tindakan dangkal sesetengah pihak yang cuba memani...
28/01/2025

[ PASCA HIMPUNAN RAKYAT BENCI RASUAH ]

Idealis Mahasiswa UTHM menyelar tindakan dangkal sesetengah pihak yang cuba memanipulasi isu insiden kemalangan demi menutupi kelemahan sistem sedia ada dan memperkecil kejayaan perhimpunan rakyat ini. Kami menyeru agar berhenti memperkuda sensitiviti untuk mengalihkan tumpuan terhadap tuntutan dan agenda utama perhimpunan ini.

Semoga usaha ini tidak ternoktah di titik sifar, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha ini. Semoga langkah kita hari ini menjadi permulaan kepada era baru mahasiswa yang berjiwa besar dan menyanjung masa depan negara bebas daripada rasuah, penyelewengan, dan ketidakadilan.

" Dengan Hikmah, Menjulang Perubahan, Bukan Kekhilafan.”

[ IDEALISME JUBAH SEMPURNA MAHASISWA ] Tahniah dan selamat bergraduasi! Kami bangga dengan pencapaian anda para Idealis!...
30/12/2024

[ IDEALISME JUBAH SEMPURNA MAHASISWA ]

Tahniah dan selamat bergraduasi! Kami bangga dengan pencapaian anda para Idealis!

Semangat dan kalian usaha ini telah menjadi inspirasi, bukan hanya kepada mahasiswa universiti tetapi juga kepada masyarakat umum.

Teruskan melangkah dengan berani, menjadi agen perubahan, dan mencipta impak positif dalam apa jua bidang yang kalian ceburi.

Selamat maju jaya di fasa kehidupan yang seterusnya!

"Memacu Idealisme Mahasiswa"
"Integriti, Iltizam, Intelek"

[ ISU KETIADAAN KONSERT SEMPENA FESKON 2024 ]Idealis Mahasiswa UTHM menyifatkan keputusan Naib Canselor Universiti Tun H...
20/11/2024

[ ISU KETIADAAN KONSERT SEMPENA FESKON 2024 ]

Idealis Mahasiswa UTHM menyifatkan keputusan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menolak pelaksanaan konsert sempena Pesta FESKON tanpa rundingan bersama mahasiswa adalah satu tindakan yang menggambarkan pengabaian terhadap prinsip musyawarah dan penghormatan terhadap suara mahasiswa, yang merupakan nadi dan pemegang taruh utama dalam perkembangan universiti ini.

"Dengan hikmah, mahasiswa bermusyawarah"

Salam penghargaan buat para perwakilan idealis mahasiswa!Terima kasih atas iltizam, integriti, dan sumbangan intelek kal...
06/11/2024

Salam penghargaan buat para perwakilan idealis mahasiswa!

Terima kasih atas iltizam, integriti, dan sumbangan intelek kalian dalam menjawat amanah sebagai MPP. Kepimpinan kalian bukan sahaja membanggakan, tetapi menjadi inspirasi buat kita semua.

Semoga semangat perjuangan terus subur dan memberi impak yang bermakna buat para mahasiswa.

Teruskan melangkah!

"Memacu Idealisme Mahasiswa"
"Integriti, Iltizam, Intelek"

KENYATAAN RASMI BERSAMA: GERAKAN MAHASISWA NASIONALRespon terhadap isu perobohan rumah masyarakat adat laut 2.0: Selamat...
06/10/2024

KENYATAAN RASMI BERSAMA: GERAKAN MAHASISWA NASIONAL

Respon terhadap isu perobohan rumah masyarakat adat laut 2.0: Selamatkan Kampung Teluk Layan Besar dan Ruang pendidikan masyarakat adat laut.

Gerakan Mahasiswa Nasional menyatakan solidariti dengan penduduk Kampung Teluk Layan Besar, terutama kanak-kanak yang terkesan oleh penindasan berterusan pihak berkuasa. Kami tidak teragak-agak untuk turun ke jalan berdemonstrasi demi menegakkan keadilan bagi kanak-kanak dan golongan miskin terpinggir. Penindasan terhadap komuniti ini mesti dihentikan, dan pihak berkuasa perlu berhenti membuli demi kepentingan politik.

Gerakan Mahasiswa Nasional


[ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL 1446H ]Selama 23 tahun di bawah kepimpinan Rasulullah SAW, baginda berjaya membina keku...
15/09/2024

[ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL 1446H ]

Selama 23 tahun di bawah kepimpinan Rasulullah SAW, baginda berjaya membina kekuatan umat yang berdiri teguh dengan identiti baru berpaksikan tauhid, mengubah peradaban Arab yang gersang.

Dalam khutbah terakhirnya, baginda menekankan bahawa semua manusia, tanpa mengira bangsa atau agama, adalah sama darjat, dan tiada kelebihan kecuali dengan taqwa.

Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar acara tahunan, tetapi peluang untuk menghayati dan mengamalkan ajaran baginda dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua diberi hidayah dan kekuatan untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW.

"Memacu Idealisme Mahasiswa"
"Integriti, Iltizam, Intelek"

[ KEZALIMAN GISB MENGEKSPLOITASI KANAK-KANAK ]Idealis Mahasiswa UTHM dengan tegas mengecam perbuatan keji yang dilakukan...
11/09/2024

[ KEZALIMAN GISB MENGEKSPLOITASI KANAK-KANAK ]

Idealis Mahasiswa UTHM dengan tegas mengecam perbuatan keji yang dilakukan oleh Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) terhadap anak-anak di bawah tanggungjawab mereka.

Untuk mencegah tragedi serupa berulang, adalah penting agar masyarakat secara aktif terlibat dalam mekanisme pemantauan dan pengawalseliaan terhadap institusi penjagaan kanak-kanak. Bersama, kita perlu mempertingkatkan tindakan preventif untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di negara kita.

Dari masyarakat, untuk masyarakat, kepada masyarakat.

"Memacu Idealisme Mahasiswa"
"Integriti, Iltizam, Intelek"

[ SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ISMAIL HANIYEH ]Idealis Mahasiswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ismail Haniy...
31/07/2024

[ SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ISMAIL HANIYEH ]

Idealis Mahasiswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, yang dilaporkan terkorban dalam serangan di ibu kota Iran.

Difahamkan, pemimpin pejuang bumi Gaza itu berada di Teheran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Masoud Pezeshkian, yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan bagi menggantikan Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada Mei lalu.

Idealis Mahasiswa menyifatkan Ismail Haniyeh sebagai seorang tokoh yang sangat dihormati oleh dunia Islam atas perjuangannya yang teguh untuk Palestin.

Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.

"Memacu Idealisme Mahasiswa"
"Integriti, Iltizam, Intelek"

Address

Parit Raja

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idealis Mahasiswa UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Idealis Mahasiswa UTHM:

Shortcuts

Share