Madrasah Miftahul Ulum

Madrasah Miftahul Ulum Pusat pengajian kitab turath

✨ IBADAH KORBAN 1447H / 2026M ✨Madrasah Miftahul Ulum, SenggarangAlhamdulillah, peluang untuk kita rebut pahala & keberk...
18/04/2026

✨ IBADAH KORBAN 1447H / 2026M ✨
Madrasah Miftahul Ulum, Senggarang

Alhamdulillah, peluang untuk kita rebut pahala & keberkatan kembali lagi 🤲
Jom sertai ibadah korban tahun ini bersama kami.

💰 Harga Korban:
🐄 1 ekor lembu: RM5,500 / RM6,000
🥩 1 bahagian: RM800 / RM850

📍 Tempat:
Madrasah Miftahul Ulum
Kg Parit Lapis Kadir Darat, Mukim 10
83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor

Location Pondok
https://maps.app.goo.gl/NDFRbcMveSCK23QT7

📞 Untuk pendaftaran & pertanyaan:
Ustaz Yusry: 011-6578 4139
Ustaz Yaakob: +60 10-532 9665

💳 Bayaran:
BSN –
Madrasah Miftahul Ulum
No Akaun: 0100 4410 0000 1790

💚 “Sesungguhnya ibadah korban mengajar kita keikhlasan, menyemai kasih sayang dan berkongsi rezeki.”

09/02/2026

Suasana petang Madrasah Miftahul Ulum

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ🌙 RAMADAN KIAN MENYAPA KITA 🌙Bulan keampunan, bulan rahmat, bulan berkongsi rezek...
15/01/2026

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

🌙 RAMADAN KIAN MENYAPA KITA 🌙
Bulan keampunan, bulan rahmat, bulan berkongsi rezeki.
✨ INFAQ RAMADAN AL-MUBARAK ✨
Pondok Madrasah Miftahul Ulum
Kg Parit Lapis Kadir Darat, Mukim 10
83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor
1447 Hijrah / 2026 Masihi

🍽️ SAHUR • BERBUKA • MOREH 🍽️
Di saat kita bersahur bersama keluarga,
di saat kita berbuka dengan juadah tersedia,
di pondok ini ada insan-insan tua
yang masih setia menuntut ilmu Allah,
dengan hidup yang sederhana
dan harapan yang hanya bersandar kepada-Nya.

Sepanjang 27 hari Ramadan,
seramai ± 50 orang warga pondok
bergantung kepada infaq orang-orang baik
untuk sahur, berbuka dan moreh mereka.

📦 27 Hari • 27 Lot Infaq
💰 1 SLot = RM300 sahaja

Status Infaq:
🤲 Infaq diterima : 0 SLot
🕋 Baki diperlukan : 27 SLot

💳 MAKLUMAT AKAUN INFAQ
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Nama Akaun: Madrasah Miftahul Ulum
No Akaun: 0100 4410 0000 1790

📍 Lokasi Madrasah
https://maps.app.goo.gl/NDFRbcMveSCK23QT7

☎️ Untuk keterangan lanjut:
Ustaz Yusri – 011-657 84139
Ustaz Yaakob – 010-532 9665

📲 WhatsApp Infaq:
https://www.wasap.my/601165784139/InfaqRamadhan

🤍 Satu slot mungkin kecil di mata kita,
✨ namun besar nilainya di sisi Allah.
🤲 Moga setiap suapan sahur dan berbuka mereka
menjadi saksi kebaikan kita di akhirat kelak.

Lensa setiap malam jumaat madrasah Miftahul ulum kg parit lapis kadir darat mukim 10 Senggarang batu pahat Johor
15/01/2026

Lensa setiap malam jumaat madrasah Miftahul ulum kg parit lapis kadir darat mukim 10 Senggarang batu pahat Johor

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Sara dan sahabat-sahabatnya yang sudi menginfakkan reze...
15/01/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Sara dan sahabat-sahabatnya yang sudi menginfakkan rezeki bagi menghadirkan kegembiraan kepada dua orang sahabat warga emas yang menuntut ilmu di pondok.

Mereka merupakan antara insan yang jarang diziarahi oleh anak-anak, dan melalui sumbangan serta keprihatinan ini, jelas terpancar senyuman dan kegembiraan di wajah mereka.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah, dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT, serta dikurniakan keberkatan rezeki dan kebahagiaan hidup kepada para penyumbang. 🤲

Imtihan dah lepas 2025
15/01/2026

Imtihan dah lepas 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak Madrasah Miftahul Ulum, Kg Parit Lapis Kadir Darat, Mukim 10, Senggaran...
15/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak Madrasah Miftahul Ulum, Kg Parit Lapis Kadir Darat, Mukim 10, Senggarang, Batu Pahat, Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rombongan dari Pasir Gudang atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kami.

Penghargaan khusus kami tujukan kepada:
▪️ Pengerusi Surau Al-Hakim, Hj Jailani Shukri
▪️ Pengerusi KKW, Puan Hjh Normah Kassim
▪️ Pengerusi KRT Taman Mawar Fasa 5, Encik Azmi Abd Manaf
▪️ Ketua Program, Hj Nasaruddin

Kehadiran serta sokongan tuan-tuan amat kami hargai dan memberi makna besar kepada pihak madrasah.

Dalam masa yang sama, kami juga memohon maaf atas sebarang kekurangan dari segi layanan atau persiapan sepanjang majlis berlangsung. Semoga segala kekhilafan dapat dimaafkan.

Dengan penuh hormat, pihak madrasah mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan pada bila-bila masa untuk menziarahi Madrasah Miftahul Ulum. Pintu kami sentiasa terbuka buat semua.

Terima kasih sekali lagi.
Semoga hubungan ukhuwwah ini terus berkekalan dan diberkati oleh Allah SWT. 🤍

23/11/2025 baru sempat pos🤭
Simpan sini sebagai kenangan

15/10/2025

Alhamdulillah! 🌙
Kerja-kerja baik pulih Surau Madrasah Miftahul Ulum sedang berjalan dengan baik.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kami telah menerima peruntukan daripada JAKIM Johor bagi tujuan ini.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada warga madrasah serta masyarakat sekeliling. 🤲🏼




Simpan sini untuk mengimbau kenangan🤭Tarikh start bongkar lantai 27/9/2025
05/10/2025

Simpan sini untuk mengimbau kenangan🤭

Tarikh start bongkar lantai 27/9/2025

05/10/2025

Alhamdulillah renovate Lantai surau daripada lantai kayu dah reput kepada Lantai semen

Madrasah Miftahul Ulum Kampung parit lapis kadir darat mukim 10 Senggarang batu pahat johor

20/3/2025
20/03/2025

20/3/2025

Address

Parit Kadir

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Miftahul Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category