Wakaf Pendidikan Tahfiz

Call Directions Website Contact the school

Wakaf Pendidikan Tahfiz Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah

Pendaftaran JAJ : MTS/MR/007
Pendaftaran KPM : JLA F001
Lese

01/10/2026

PERJALANAN PEMBANGUNAN PUSAT ISLAM AT-TANWIRIAH 🤍

Alhamdulillah, bermula dari tahun 2024 hingga 2026, sedikit demi sedikit, sebuah impian dibangunkan sehingga kini berdiri sebagai Pusat Islam At-Tanwiriah.

Pada asalnya, bangunan ini dinamakan Surau Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh.

Namun, setelah pembinaan disiapkan dengan dua tingkat dan tingkat atas dimanfaatkan sebagai Kelas Pengajian Tahfiz Tanwiriah, nama ini kemudian ditukar kepada Pusat Islam At-Tanwiriah agar lebih menggambarkan fungsi dan manfaatnya yang lebih luas.

🕌 Tingkat bawah: Dewan Solat Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh
🏫 Tingkat atas: Kelas Pengajian Tahfiz Tanwiriah

Setinggi-tinggi terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang dan pewakaf yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ini.

Tanpa sokongan dan doa kalian, mungkin perjalanan ini tidak akan sampai ke tahap ini. 🤍

Dan insya-Allah, tidak lama lagi akan ada sebuah majlis ilmu di Pusat Islam At-Tanwiriah.

Apa yang sedang kami persiapkan?

Nantikan… 🤗




🌿 SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pem...
28/09/2026

🌿 SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima amal kebajikannya, melimpahkan rahmat serta menempatkan beliau di tempat yang mulia di sisi-Nya.

Buat seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran, ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tercinta.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ.

اللَّهُمَّ أَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Ya Allah, ampunkanlah dia dan rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah tempat masuknya, dan bersihkanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih daripada kotoran.

Gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka.

Aamiin 🤲

Salam Takziah,
Daripada seluruh warga Madrasah Tahfiz Al Quran At-Tanwiriah.

24/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

🔴 📡 (((SIARAN LANGSUNG))) 📡🔴

⭐️ MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA HAJAT ⭐️
📍 Anjuran : MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR JDT

📆 Tarikh : KHAMIS 12 RABIUL AKHIR 1448H / 24 SEPTEMBER 2026
🕰 Masa : JAM 5:30 PETANG

Jemput Ikuti Secara Langsung...@
👉 Facebook Live - Waqaf Pendidikan Tahfiz:
📌 - https://www.facebook.com/share/v/1DzxqyuzZr/
👉 Facebook Live - Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah:
📌 - https://www.facebook.com/share/v/1EnsGSo3Js/
👉 YouTube Live -
📌 - https://www.youtube.com/live/NhTmotT-VLk?si=cbMPIf_8YMardFUy



JUMAAT | JOM WAKAF PEMBANGUNAN BERSAMA MADRASAH AT-TANWIRIAH ✨Hari ini, kami membuka ruang kepada Tuan Puan untuk bersam...
18/09/2026

JUMAAT | JOM WAKAF PEMBANGUNAN BERSAMA MADRASAH AT-TANWIRIAH ✨

Hari ini, kami membuka ruang kepada Tuan Puan untuk bersama dalam Wakaf Pembangunan Madrasah At-Tanwiriah, yang akan dimanfaatkan bagi pembangunan Pusat Islam At-Tanwiriah serta Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah Tahfiz Pagoh.

Sebuah madrasah bukan sekadar bangunan.

Di sinilah anak-anak belajar mengenal Al-Quran, menghafaz ayat-ayat Allah, menuntut ilmu dan dibimbing untuk menjadi insan yang berilmu serta berakhlak.

Setiap ruang yang dibina, setiap kemudahan yang disediakan dan setiap ilmu yang dipelajari di dalamnya, mudah-mudahan menjadi sebahagian daripada amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

💚 Jom ambil bahagian dalam pembangunan madrasah.
1 LOT WAKAF RM50 atau SEIKHLAS HATI..

Salurkan Wakaf Tuan Puan terus ke akaun:
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AT TANWIRIAH
MAYBANK : 5510 4351 4053
Reference : Wakaf Jumaat

Atau imbas QR DuitNow pada poster.

Atau klik link Wakaf Online: ezy.la/WakafPembangunanMTAQ

“Bersama kita membangunkan madrasah yang lebih baik, selesa dan kondusif untuk pendidikan Al-Quran.” 🌱

17/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

🔴 📡 (((SIARAN LANGSUNG))) 📡🔴

⭐️ MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA HAJAT ⭐️
📍 Anjuran : MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR JDT

📆 Tarikh : KHAMIS 5 RABIUL AKHIR 1448H / 17 SEPTEMBER 2026
🕰 Masa : JAM 5:30 PETANG

Jemput Ikuti Secara Langsung...@
👉 Facebook Live - Waqaf Pendidikan Tahfiz:
📌 - https://www.facebook.com/share/v/19Z5PPp8HQ/
👉 Facebook Live - Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah:
📌 - https://www.facebook.com/share/v/19jPuukAXE/
👉 YouTube Live -
📌 - https://www.youtube.com/live/5VCLV6jou_E?si=KVPNHpjEpvCZLktN



10/09/2026

0السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

🔴 📡 (((SIARAN LANGSUNG))) 📡🔴

⭐️ MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL & DOA HAJAT ⭐️
📍 Anjuran : MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR JDT

📆 Tarikh : KHAMIS 28 RABIUL AWAL 1448H / 10 SEPTEMBER 2026
🕰 Masa : JAM 5:30 PETANG

Jemput Ikuti Secara Langsung...@
👉 Facebook Live - Waqaf Pendidikan Tahfiz:
📌 - https://fb.watch/v/e0H4c5gS7/
👉 Facebook Live - Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah:
📌 - https://www.facebook.com/share/v/1DPYPuFoge/
👉 YouTube Live -
📌 - https://www.youtube.com/live/00NvN9g3gik?si=A7KGGT7VIFXMG2oU



In syaa Allah hari ini kami sedang berusaha mencukupkan Dana Pengurusan & Operasi Madrasah.Dana ini digunakan untuk mema...
04/09/2026

In syaa Allah hari ini kami sedang berusaha mencukupkan Dana Pengurusan & Operasi Madrasah.

Dana ini digunakan untuk memastikan perkara asas madrasah dapat terus berjalan khususnya pembayaran gaji guru & asatizah, selain bil utiliti, penyelenggaraan dan keperluan harian.

🎯 Keperluan keseluruhan: RM20,000

Mari kita jadi sebahagian dari perjuangan ini.. ❤️
👉🏻 ezy.la/sedekah-jumaatMTAQ

Boleh juga scan QR infaq pada poster 📲

📆 12 Rabiul Awwal, Maulid Nabi ﷺ..Kita tak pernah bertemu Baginda ﷺ.Tak pernah mendengar suara Baginda ﷺ.Tak pernah berj...
25/08/2026

📆 12 Rabiul Awwal, Maulid Nabi ﷺ..
Kita tak pernah bertemu Baginda ﷺ.
Tak pernah mendengar suara Baginda ﷺ.
Tak pernah berjalan bersama Baginda ﷺ.

Tetapi hari ini, Allah masih beri kita peluang untuk berbuat sesuatu kerana agama ini.

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, Ayuh bersama berkongsi link ini dengan keluarga & kenalan Tuan Puan:

🔗 Channel Tahlil Tanwiriah
✅ t.me/tahlilTanwiriah

🔗 Wakaf Pembangunan sempena Maulidur Rasul
✅ ezy.la/WakafPembangunanMTAQ

❤️ Sesungguhnya, apa sahaja yang kita keluarkan di jalan Allah walau sebesar biji sahwi, pasti tidak akan disia-siakan.

Moga dengan cinta dan Wakaf ini, kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda ﷺ di akhirat kelak..aamiin 🤲🏻

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1448H✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setingg...
25/08/2026

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1448H✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat-Nya.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari kiamat.

Rabiul Awwal mengingatkan kita kepada insan agung yang diutuskan Allah SWT sebagai rahmat bagi sekalian alam.

Allah SWT berfirman:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah al-Anbiya’: 107)

Sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ, mencintai Baginda bukan sekadar dengan ungkapan di bibir, bahkan hendaklah dibuktikan dengan mengikuti sunnah, mencontohi akhlak dan menghayati ajaran Baginda dalam kehidupan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan seluruh manusia.”
(Riwayat al-Bukhari)

Allah SWT juga mengingatkan kita bahawa Rasulullah ﷺ adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan kehidupan akhirat.

Maka, sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita memperbanyakkan selawat, mengenali sirah Baginda, menghayati akhlak Baginda serta berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ menjadi sebab kita terus istiqamah mengikuti jalan Baginda dan dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Tulus ikhlas daripada:
Mudir Am MTAQ At-Tanwiriah
merangkap Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Malaysia)
serta seluruh warga Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Address

Jalan Temenggong Ahmad
Parit Jawa
84150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60183274341

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Pendidikan Tahfiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Wakaf Pendidikan Tahfiz:

Shortcuts

Share

Category