Skill College of Industrial Technologies

Skill College of Industrial Technologies Selamat Datang ke Page Rasmi Skill College of Industrial Technologies (SCIT) Muar.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨
Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga Skill College of Industrial Technologies (SCIT).

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang sanggup merantau jauh demi menuntut ilmu dan membina masa depan. Walaupun berjauhan dari keluarga tercinta, semoga semangat Aidilfitri tetap dirasai dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.

Semoga segala pengorbanan, usaha, dan doa kalian dipermudahkan serta diberkati. Jadikan Syawal ini sebagai titik permulaan untuk terus melangkah dengan lebih kuat, berilmu, dan berakhlak mulia.

Ikhlas daripada kami, warga SCIT 🀍

8 March 2026, Anak-anak SCIT telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa & Mahasiswi IPT bersama YAB Ketua Menteri S...
09/03/2026

8 March 2026, Anak-anak SCIT telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa & Mahasiswi IPT bersama YAB Ketua Menteri Sabah yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Setia City Convention Centre, Selangor. Majlis ini menghimpunkan para pelajar tajaan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengeratkan silaturahim serta menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (mewakili YAB Ketua Menteri Sabah) serta YB Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah.

Semoga majlis seperti ini terus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa serta memberi kenangan indah sepanjang bulan Ramadan. πŸŒ™βœ¨

06/03/2026

Alhamdulillah, seramai 12 orang pelajar bersama 3 orang pengajar telah turut serta menjayakan Program Semarak Ramadan Bersama Komuniti Mukim Parit Jawa yang berlangsung di Masjid Al-Ikhsan Parit Jawa dan Kompleks Penghulu Mukim Parit Jawa.

Para pelajar turut mengambil bahagian dalam aktiviti rewang memasak bubur lambuk bersama komuniti setempat serta membantu dalam edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat, malah memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan dan ukhuwah sempena bulan Ramadan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan manfaat kepada semua. πŸŒ™πŸ€²βœ¨

Assalamualaikum / Salam Sejahtera dan Salam Ramadan.Pihak Skill College of Industrial Technologies (SCIT) Muar dengan ke...
27/02/2026

Assalamualaikum / Salam Sejahtera dan Salam Ramadan.

Pihak Skill College of Industrial Technologies (SCIT) Muar dengan kerjasama IPD Polis Daerah Muar telah menganjurkan Program Taklimat Polis (Taklimat Trafik) bertempat di Dewan Utama SCIT Muar.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Sarjan Mejar Hasnor Bin Md Nor bersama Sarjan Anny Binti Albino, bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap undang-undang jalan raya, memahami jenis kesalahan trafik serta hukuman yang dikenakan, seterusnya membentuk sikap lebih bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Semoga melalui program ini, para pelajar lebih peka dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dalam apa jua keadaan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

19/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H πŸŒ™

Ikhlas daripada seluruh warga kolej.

Semoga kehadiran Ramadan yang penuh barakah ini menjadi medan memperkukuh keimanan, mempertingkat disiplin diri serta menyuburkan budaya ilmu dan akhlak mulia dalam kalangan warga kampus.

Marilah kita bersama-sama menghayati bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan iltizam untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, berintegriti dan bertakwa.

Ramadan Kareem. πŸŒ™βœ¨

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga kolej, pelajar, ibu bapa serta rakan-rakan strategik yang meraika...
17/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga kolej, pelajar, ibu bapa serta rakan-rakan strategik yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mekar dalam komuniti kita demi kecemerlangan bersama.

Gong Xi Fa Cai. 🧧✨

Ikhlas daripada
Pengurusan & Warga Kolej

Assalamualaikum & Salam SejahteraπŸ“Œ Makluman RasmiDimaklumkan bahawa VERIFIKASI PORTFOLIO & PEPERIKSAAN AKHIR bagi Pelati...
22/01/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

πŸ“Œ Makluman Rasmi

Dimaklumkan bahawa VERIFIKASI PORTFOLIO & PEPERIKSAAN AKHIR bagi Pelatih BATCH 14 / Tahap 2 akan dilaksanakan seperti berikut:

πŸ—“ Tarikh: 21 Januari 2026 – 23 Januari 2026

Butiran Program:
πŸ‘©β€πŸ« Nama PPL: Puan Noor Haslina Binti Hassan
πŸ‘₯ Jumlah Pelatih: 19 Orang
πŸ“‚ No. Kumpulan:
L02009
MC-101-2:2015–2025 (MTK1) FT
πŸ‘©β€πŸ’Ό Nama PP: Cik Siti Maryanni Binti Jaffar
πŸ‘¨β€πŸ’Ό Nama PPD: En. Sazali Bin Shafie

✨ Semoga semua pelatih dipermudahkan urusan sepanjang menjawab peperiksaan teori dan amali, serta memperoleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

πŸ’ͺπŸ“š Selamat maju jaya kepada semua pelatih!

Sekian, terima kasih 😊

Alhamdulillah, seramai 21 orang pelajar baharu Batch 17 telah selamat tiba pada 18 Januari 2026 πŸŽ“Selamat datang dan sela...
18/01/2026

Alhamdulillah, seramai 21 orang pelajar baharu Batch 17 telah selamat tiba pada 18 Januari 2026 πŸŽ“
Selamat datang dan selamat memulakan langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang ✨

πŸ“šπŸŒŸ Semester baru, peluang baru!Mari kita manfaatkan setiap hari dengan belajar bersungguh-sungguh, berani cuba, dan capa...
10/01/2026

πŸ“šπŸŒŸ Semester baru, peluang baru!
Mari kita manfaatkan setiap hari dengan belajar bersungguh-sungguh, berani cuba, dan capai kejayaan yang lebih gemilang di 2026. Semoga semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan akademik! πŸ’«

Selamat Hari Lahir Puan Suriani. Semoga hari ini membawa senyuman, dan hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan serta kas...
06/01/2026

Selamat Hari Lahir Puan Suriani. Semoga hari ini membawa senyuman, dan hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan serta kasih sayang 🌸

ikhlas dari keluarga SCIT

Selamat Hari Lahir, Cik Saadiah 🀍Moga Allah SWT memberkati usia, melindungi setiap langkah dan mengurniakan kebahagiaan ...
05/01/2026

Selamat Hari Lahir, Cik Saadiah 🀍
Moga Allah SWT memberkati usia, melindungi setiap langkah dan mengurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

ikhlas dari Keluarga SCIT

Selamat Tahun Baharu 2026 πŸŽ‰Assalamualaikum dan salam sejahtera,Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu 2026 dengan...
01/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026 πŸŽ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu 2026 dengan penuh harapan dan semangat baharu. Terima kasih diucapkan kepada seluruh pelajar, staf dan ibu bapa pelajar atas sokongan, kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun lalu.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kejayaan, kemudahan dalam urusan pembelajaran dan kerja, serta mengeratkan lagi hubungan kita sebagai satu keluarga besar SCIT.

Marilah kita sama-sama terus melangkah ke hadapan dengan azam yang positif, saling menyokong dan bekerjasama demi kecemerlangan bersama.

Selamat Tahun Baharu 2026.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat-Nya. 🀍

Address

No. 3, Jalan Seroja 8, Taman Seroja, Jalan Abdul Jabbar, Parit Jawa Muar
Parit Jawa
84150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30

Telephone

+6069874362

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skill College of Industrial Technologies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Skill College of Industrial Technologies:

Shortcuts

Share

Category