SK PARIT BULAT

Call Directions Contact the school

SK PARIT BULAT Sekolah Kebangsaan Parit Bulat atau nama ringkasnya SK Parit Bulat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di W/P Seri Menanti.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Bulat memiliki 51 pelajar lelaki dan 53 pelajar perempuan, menjadikan jumlah ke

✨ DETIK GEMILANG FESTIVAL ZAPIN JAUHAR DAERAH MUAR 2026 ✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian anak-...
22/09/2026

✨ DETIK GEMILANG FESTIVAL ZAPIN JAUHAR DAERAH MUAR 2026 ✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian anak-anak SPHERA Cahaya Tari dalam Festival Zapin Jauhar Daerah Muar 2026 yang telah berlangsung pada Sabtu, 19 September 2026. πŸ’œπŸ’›

πŸ† KATEGORI PRASEKOLAH β€” JOHAN πŸ₯‡
πŸ… KATEGORI SEKOLAH RENDAH β€” TEMPAT KE-3 πŸ₯‰

Tahniah dan syabas buat semua penari yang telah memberikan persembahan terbaik, penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Setiap langkah tari, setiap gerakan dan setiap usaha kalian akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. ❀️

Terima kasih juga kepada guru pembimbing, ibu bapa, pihak sekolah serta semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada perjuangan anak-anak dalam mengangkat seni dan budaya warisan bangsa.








🌱 MAKMAL AKTIF LESTARI SK PARIT BULAT (BILIK KURU-KURU) ♻️Alhamdulillah, Makmal Aktif Lestari SK Parit Bulat (Bilik Kuru...
22/09/2026

🌱 MAKMAL AKTIF LESTARI SK PARIT BULAT (BILIK KURU-KURU) ♻️

Alhamdulillah, Makmal Aktif Lestari SK Parit Bulat (Bilik Kuru-Kuru) telah selamat dirasmikan pada 15 September 2026 (Selasa) oleh Haji Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor.

Makmal Aktif Lestari atau Bilik Kuru-Kuru merupakan satu inisiatif warga SK Parit Bulat dalam menerapkan amalan kelestarian serta budaya guna semula dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Bilik ini berfungsi sebagai ruang untuk mengumpul, mengelaskan dan menyusun pelbagai barangan terpakai yang masih elok dan tidak lagi digunakan di rumah. Barangan yang dikumpulkan akan diasingkan mengikut kategori bagi memudahkan pengurusan serta penggunaan semula.

Seterusnya, barangan yang masih mempunyai nilai guna akan dibuka kepada ibu bapa untuk diambil dan dimanfaatkan semula. Inisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran, malah menggalakkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Semoga Bilik Kuru-Kuru ini terus menjadi wadah yang memberi manfaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat, di samping menyemai budaya kelestarian, perkongsian dan penggunaan semula dalam kehidupan seharian.

🌿 β€œBarang Terpakai, Manfaat Dikongsi, Alam Lestari.” ♻️







πŸŒ™βœ¨ KARNIVAL KITA : KARNIVAL MERDEKA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… 15 September 2026 ( Selasa )πŸ“ SK Parit BulatAl...
18/09/2026

πŸŒ™βœ¨ KARNIVAL KITA : KARNIVAL MERDEKA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 15 September 2026 ( Selasa )
πŸ“ SK Parit Bulat

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Karnival KITA : Karnival Merdeka & Sambutan Maulidur Rasul 1448H di SK Parit Bulat pada 15 September 2026 (Selasa).

Karnival KITA merupakan salah satu program yang menyokong usaha pembentukan Generasi Madani melalui penghayatan nilai-nilai murni, semangat patriotisme, perpaduan, sahsiah terpuji dan kecintaan kepada agama serta negara.

Sambutan ini menggabungkan semangat kemerdekaan dengan penghayatan sirah dan keperibadian Rasulullah SAW. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid, di samping menyemai rasa cinta akan negara dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Kemeriahan program turut terserlah melalui penglibatan aktif murid serta sokongan padu daripada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Kerjasama yang diberikan telah menjadikan Karnival KITA satu program yang penuh dengan nilai kebersamaan, ukhuwah dan semangat kekeluargaan.

Semoga penganjuran Karnival KITA ini dapat terus membentuk Generasi Madani yang berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, cinta akan agama dan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

🌹 β€œKeperibadian Rasul, Kemerdekaan Jiwa” 🌹

πŸ‡²πŸ‡Ύ SALAM MALAYSIA MADANI πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™








πŸ₯‹πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†πŸ₯‹3 orang murid SK Parit Bulat telah menyertai 5th Johor President Cup Karate Championship 2026 yan...
08/09/2026

πŸ₯‹πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†πŸ₯‹

3 orang murid SK Parit Bulat telah menyertai 5th Johor President Cup Karate Championship 2026 yang berlangsung di Johor.

Tahniah diucapkan kepada:

πŸ₯‰ Nur Aqilla Inara bt Mohd Hafis
yang telah berjaya meraih Pingat Gangsa (Bronze) dalam kejohanan tersebut. πŸŽ‰πŸ‘

Turut menyertai kejohanan:

⭐ Nur Aqilla Zafiera bt Mohd Hafis
⭐ Nur Zarieffah Zahraa bt Mohd Fuad

Syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga murid atas keberanian, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan. πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mengharumkan nama SK Parit Bulat pada masa akan datang.

"Semangat β€’ Disiplin β€’ Kejayaan” πŸ₯‹πŸ†
SK Parit Bulat β€” Terus Melangkah, Terus Cemerlang!

πŸ’– DUTA SAYANG MADANI SK PARIT BULAT πŸ’–Prasekolah Bintang Hati SK Parit Bulat dengan penuh komitmen menyahut pelaksanaan D...
28/08/2026

πŸ’– DUTA SAYANG MADANI SK PARIT BULAT πŸ’–

Prasekolah Bintang Hati SK Parit Bulat dengan penuh komitmen menyahut pelaksanaan Duta Sayang MADANI sebagai salah satu usaha mendidik murid-murid pra sekolah mengamalkan adab dan nilai karamah insaniah supaya menjadi individu yang yakin dan berjasa kepada komuniti.

Program ini memberi penekanan kepada pembudayaan adab dan nilai kasih sayang dalam kalangan murid-murid prasekolah melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.

✨ Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah:

⭐ Pentas Bintang – murid berkongsi cerita selama 1 minit pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

πŸ’– Duta Sayang MADANI – pemilihan murid sebagai contoh teladan dalam mengamalkan budaya salam, senyuman, membantu rakan dan menunjukkan sikap penyayang.

🌱 Adiwira Alam – aktiviti kitar semula dan berkebun bagi memupuk rasa cinta serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Diharapkan pelaksanaan Duta Sayang MADANI SK Parit Bulat dapat melahirkan murid prasekolah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai akhlak mulia, sikap penyayang, berkeyakinan dan prihatin terhadap orang lain serta alam sekitar.

🌟 Bina Karakter, Asah Bakat, Pasti Kita Hebat! 🌟





πŸŒΏπŸƒβ€β™‚οΈ SRINAWI ECO NATURE RUN 2026 πŸƒβ€β™€οΈπŸŒΏTahniah dan syabas diucapkan kepada 23 orang murid SK Parit Bulat yang telah meny...
24/08/2026

πŸŒΏπŸƒβ€β™‚οΈ SRINAWI ECO NATURE RUN 2026 πŸƒβ€β™€οΈπŸŒΏ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 23 orang murid SK Parit Bulat yang telah menyertai Srinawi Eco Nature Run anjuran SK Parit Nawi. πŸ‘πŸŽ‰

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, malah dapat memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri serta kecintaan terhadap alam sekitar. πŸŒ±πŸ’š

Lebih membanggakan, penyertaan murid dalam program ini turut memberikan peluang kepada mereka untuk memperoleh dua sijil penyertaan, iaitu sijil peringkat daerah dan sijil peringkat antarabangsa yang boleh direkodkan dalam PAJSK. πŸ…πŸ“œβœ¨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuntik motivasi kepada murid-murid. ❀️

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang indah serta pembakar semangat untuk terus aktif, sihat dan mencintai alam sekitar. 🌏✨

SK Parit Bulat – Sihat, Cergas, Ceria! πŸ’š





20/08/2026
PERSIAPAN FUN WALK MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈAlhamdulillah, persiapan awal bagi Program Fun Walk Merdeka SK Parit Bulat yang akan dila...
19/08/2026

PERSIAPAN FUN WALK MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Alhamdulillah, persiapan awal bagi Program Fun Walk Merdeka SK Parit Bulat yang akan dilaksanakan oleh PIBG SK Parit Bulat. πŸ’ͺ🏻
Sedikit demi sedikit mereka siapkan, demi memastikan program berjalan lancar dan meriah! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

18 Ogos 2026 |

Ayuh bersama kita semarakkan Bulan Kebangsaan!
Jalan-jalan sambil mengibarkan Jalur Gemilang! πŸ‡²πŸ‡Ύ

MAJLIS PELUNCARAN BULAN KEBANGSAAN SK PARIT BULAT πŸ‡²πŸ‡ΎPada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Peluncaran Bulan Kebangs...
13/08/2026

MAJLIS PELUNCARAN BULAN KEBANGSAAN SK PARIT BULAT πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Peluncaran Bulan Kebangsaan SK Parit Bulat bertempat di Dewan Sri Muafakat.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah sempena sambutan Bulan Kebangsaan. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Menariknya, semua guru turut mengenakan pakaian bertemakan warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, putih dan kuning. Suasana dewan menjadi lebih meriah dengan warna-warni Jalur Gemilang yang melambangkan semangat kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Peluncaran ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat patriotik. Semoga sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini terus menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan murid dan warga SK Parit Bulat.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semarak Merdeka, Kukuhkan Perpaduan! πŸ‡²πŸ‡Ύ





Address

Parit Bulat
Parit Jawa
84150

Telephone

+6069883510

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK PARIT BULAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK PARIT BULAT:

Shortcuts

Share