SRAR Al-Hidayatul Islamiah, Simpang 5

SRAR Al-Hidayatul Islamiah, Simpang 5 SRAR Al-Hidayatul Islamiah merupakan sek. rendah kafa yang menawarkan pengajian kelas Al-Quran & far

06/03/2024

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN WARIS !

Diharapkan kepada semua ibubapa dan waris dapat membuat bayaran Yuran & Buku Teks dengan segera untuk memudahkan pengurusan sekolah. Minggu depan akan bermula sesi persekolahan dan pembelajaran.

Selamat Kembali ke Sekolah & Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.

| MAKLUMAN WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KAFA PADA BULAN RAMADHAN |PADA JAM 3.00 petang hingga JAM 5.00 petang.Sekian,...
06/03/2024

| MAKLUMAN WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KAFA PADA BULAN RAMADHAN |

PADA JAM 3.00 petang hingga JAM 5.00 petang.

Sekian, harap maklum terima kasih.

l MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA DAN WARIS MINGGU PENDAFTARAN KAFA SRAR AL-HIDAYATUL ISLAMIAH SIMPANG 5 |
26/02/2024

l MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA DAN WARIS MINGGU PENDAFTARAN KAFA SRAR AL-HIDAYATUL ISLAMIAH SIMPANG 5 |

| MAJLIS DOA SELAMAT & JAMUAN AKHIR TAHUN SESI 2023 |Tarikh : 07 Februari 2024Hari : RabuMasa : 3.00 petang - 6.00 petan...
07/02/2024

| MAJLIS DOA SELAMAT & JAMUAN AKHIR TAHUN SESI 2023 |

Tarikh : 07 Februari 2024
Hari : Rabu
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan SRAR Al-Hidayatul Islamiah

| CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ |Tarikh : 06 Februari 2024Hari : SelasaMasa : 3.30 petang - 4.45 petangTempat : Dewan SRAR Al...
06/02/2024

| CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ |

Tarikh : 06 Februari 2024
Hari : Selasa
Masa : 3.30 petang - 4.45 petang
Tempat : Dewan SRAR Al-Hidayatul Islamiah, Simpang 5

Penceramah Jemputan : Ustaz Afif (Guru & Warden SABK Al-Falah)

```BENGKEL TAHSIN SURAH AL-FATIHAH ```Tarikh : 01 - 02 Februari 2024Hari : Khamis & JumaatMasa : 3.00 - 4.00 petangTempa...
02/02/2024

```BENGKEL TAHSIN SURAH AL-FATIHAH ```

Tarikh : 01 - 02 Februari 2024
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Tempat : Dewan SRAR Al-Hidayatul Islamiah, Simpang 5

17/01/2024
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2023 SRAR AL-HIDAYATUL ISLAMIAH SIMPANG 5 murid Tahun 1 hingga Tahun 4.
04/01/2024

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2023 SRAR AL-HIDAYATUL ISLAMIAH SIMPANG 5 murid Tahun 1 hingga Tahun 4.

05/12/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته۔۔۔

Untuk makluman ibubapa sijil UPKK 2022 telah ada.. boleh ambil di sekolah petang ini .. Sekian terima kasih..

Assalamualaikum...Kepada : Ibu bapa yang dihormati & dikasihi sekalian.📢 *_PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 SRAR AL-HIDAYATUL...
11/11/2023

Assalamualaikum...
Kepada : Ibu bapa yang dihormati & dikasihi sekalian.

📢 *_PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1
SRAR AL-HIDAYATUL ISLAMIAH, SIMPANG 5 SESI 2024/2025_* 🏫

📝 *Pendaftaran Murid Baru Tahun 1-6 telah dibuka*

🌻 Ibubapa boleh mengambil borang pendaftaran mengikut ketetapan berikut :

🏡 *Tempat* :
Pejabat Sekolah.

⏰ *Jam* :
3.00 petang - 5.30 petang

📅 *Hari* :
Isnin - Jumaat
👉 Hari persekolahan sahaja

*Sebarang pertanyaan boleh hubungi:*
Ustaz Helmi (Guru Besar)
http://wasap.my/60175969081

Ustazah Sarina (Penolong kanan)
http://wasap.my/60189502579

Ustazah Asparila (Guru Tahun 1)
http://wasap.my/601139217417

📚📚📚📚📚📚📚

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SRAI 2023.Ya Allah, Ya Tuhan Kami,Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami moh...
07/11/2023

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SRAI 2023.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Anak anak kami sedang menduduki peperiksaan (sebutkan peperiksaan dengan jelas....) ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang sedang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Jadual Penggiliran Kelas Minggu Depan... Selamat Menduduki Peperiksaan SRAI bagi calon Tahun 6 sesi 2023.
05/11/2023

Jadual Penggiliran Kelas Minggu Depan... Selamat Menduduki Peperiksaan SRAI bagi calon Tahun 6 sesi 2023.

Address

Lot 153, Simpang Lima
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 15:00 - 18:00
Tuesday 15:00 - 18:00
Wednesday 15:00 - 18:00
Thursday 15:00 - 18:00
Friday 15:00 - 18:00

Telephone

0195407556

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Al-Hidayatul Islamiah, Simpang 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category