Sekolah Kebangsaan Titi Serong

Sekolah Kebangsaan Titi Serong Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan T**i Serong

πŸ†πŸƒβ€β™€οΈ TEMASYA SUKAN TAHUNAN SET**IS (TOTS) 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸ†Alhamdulillah, Temasya Sukan Tahunan SET**IS (TOTS) 2026 telah berj...
24/08/2026

πŸ†πŸƒβ€β™€οΈ TEMASYA SUKAN TAHUNAN SET**IS (TOTS) 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸ†

Alhamdulillah, Temasya Sukan Tahunan SET**IS (TOTS) 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan lancar semalam. πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Muhamad Nakhaie bin Wahab @ Abd Wahab, Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dun T**i Serong, selaku Perasmi Temasya Sukan Tahunan SET**IS (TOTS) 2026 atas kesudian hadir memeriahkan serta menyempurnakan temasya pada tahun ini. 🌟

πŸ’ Terima kasih yang tidak terhingga kepada:
✨ Barisan guru dan kakitangan SK T**i Serong
✨ Jawatankuasa PIBG
✨ Ibu bapa dan penjaga
✨ Semua atlet dan peserta yang mengambil bahagian
✨ Semua jawatankuasa serta pihak yang bertungkus-lumus menjayakan temasya

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Sukan dan Kokurikulum atas penganjuran yang begitu hebat, tersusun dan penuh semangat kesukanan! πŸ‘πŸ‘

Walaupun cuaca panas terik, semangat warga SET**IS tetap membara! β˜€οΈπŸ”₯ Semua tetap bertahan, memberikan sokongan dan bersama-sama menunggu sehingga temasya selesai. Inilah semangat Sederap Bersama yang menjadi kekuatan keluarga besar SK T**i Serong. πŸ’ͺ❀️

πŸ… Tahniah juga kepada semua rumah sukan β€” Rumah Zamrud (Hijau), Nilam (Biru), Baiduri (Kuning) dan Delima (Merah) β€” atas komitmen, kerjasama dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang temasya berlangsung.

Menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang lebih penting ialah semangat kesukanan, kerjasama, disiplin, keberanian dan pengalaman yang tercipta bersama. ❀️

Terima kasih semua atas segala tenaga, masa, sokongan dan komitmen yang diberikan. Tanpa kerjasama seluruh warga SET**IS, kejayaan temasya ini tidak mungkin tercapai. 🫢

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS WARGA SET**IS!
πŸ† TOTS 2026 β€” Satu Temasya, Seribu Kenangan!

πŸ’™πŸ’›β€οΈπŸ’š
Sederap Bersama, SKTS Ternama


**IS

πŸ†πŸƒβ€β™‚οΈ TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) SK T**I SERONG KALI KE-55 πŸƒβ€β™€οΈπŸ†πŸŒŸ Ayuh, kita gegarkan arena! 🌟Sekolah Kebangsaan T**...
21/08/2026

πŸ†πŸƒβ€β™‚οΈ TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) SK T**I SERONG KALI KE-55 πŸƒβ€β™€οΈπŸ†

🌟 Ayuh, kita gegarkan arena! 🌟

Sekolah Kebangsaan T**i Serong dengan sukacitanya akan mengadakan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) SK T**i Serong Kali Ke-55 yang menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam semangat kesukanan, kecergasan dan persahabatan. πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Tempat: Stadium Mini Bagan Serai

πŸŽ‰ Marilah kita bersama-sama menyemarakkan temasya ini dengan semangat kesukanan, kerjasama, disiplin dan daya juang. Semoga setiap peserta memberikan aksi terbaik, berani mencuba dan menjunjung tinggi semangat kesukanan. πŸ…

πŸ’™ Rumah Biru – Nilam
πŸ’š Rumah Hijau – Zamrud
πŸ’› Rumah Kuning – Baiduri
❀️ Rumah Merah – Delima

Siapa bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan TOT SK T**i Serong Kali Ke-55? πŸ†πŸ‘‘

πŸ”₯ AYUH SET**IS!
πŸ”₯ Sederap Bersama, SKTS Ternama!

**iSerong55

#2026

🌸 SUKANEKA PRASEKOLAH 2026 🌸Alhamdulillah, Sukaneka Prasekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah! πŸŽ‰...
19/08/2026

🌸 SUKANEKA PRASEKOLAH 2026 🌸

Alhamdulillah, Sukaneka Prasekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah! πŸŽ‰πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan SET**IS, SK T**i Serong

Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK T**i Serong sebagai perasmi. Kehadiran dan sokongan ibu bapa yang sangat memberangsangkan turut menyerikan lagi program serta memberikan semangat kepada anak-anak prasekolah untuk menyertai aktiviti dengan penuh ceria dan bersemangat. πŸ‘πŸ’

Tahniah dan syabas kepada semua guru, PPM, ibu bapa serta anak-anak prasekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga program ini menjadi kenangan manis buat anak-anak serta terus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa. ❀️

Sederap Bersama, SKTS Ternama!

19/08/2026
πŸ†β™ŸοΈ KEJOHANAN CATUR TERTUTUP SK T**I SERONG 2026 β™ŸοΈπŸ†Alhamdulillah, Kejohanan Catur Tertutup SK T**i Serong telah selesai...
16/08/2026

πŸ†β™ŸοΈ KEJOHANAN CATUR TERTUTUP SK T**I SERONG 2026 β™ŸοΈπŸ†

Alhamdulillah, Kejohanan Catur Tertutup SK T**i Serong telah selesai dijalankan dengan jayanya pada hari ini.

πŸ“… Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: SK T**i Serong

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, fokus, ketekunan serta strategi yang hebat sepanjang kejohanan. β™ŸοΈπŸ‘

Kejohanan ini menjadi medan untuk mengasah kemahiran, mencungkil bakat serta membentuk pemikiran kritis dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, urus setia, ibu bapa serta pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan kejohanan berjalan lancar.

πŸŽ‰ Tahniah kepada semua peserta!
Teruskan berlatih, teruskan berusaha dan teruskan mengukir kejayaan! πŸ†β™ŸοΈ

Sederap Bersama, SKTS Ternama! β€οΈπŸ’™πŸ’›

Ragam anak-anak SET**IS di Sukantara Tahap 1 πŸ‘
15/08/2026

Ragam anak-anak SET**IS di Sukantara Tahap 1 πŸ‘

Address

T**i Serong
Parit Buntar
34200

Telephone

+6057160227

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Titi Serong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share