Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online

Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online Kursus Online Ternakan Ayam Daging
By : Mohd Firdaus Mat Saad. Whatsapp Admin : 013-2722515

Cuba teka, kenapa anak ayam sekor ni warna hitam. Anak ayam yang lain warna kuning.Yang tahu, jangan lah jawab. Cuba kit...
20/12/2025

Cuba teka, kenapa anak ayam sekor ni warna hitam. Anak ayam yang lain warna kuning.

Yang tahu, jangan lah jawab. Cuba kita bagi peluang yang tak tahu untuk teka.

Jemput Follow FB Untuk Lebih Banyak Cerita Ayam

Bersusun lori harini. Sekali dia hayun. Jalan terus. 35 hari, harini.
01/08/2024

Bersusun lori harini.

Sekali dia hayun. Jalan terus. 35 hari, harini.

"Bang, boleh bagi saya phone number Integrator tak. Saya nak berhubung dengan Integrator".  Ada orang, pm saya minta nom...
02/06/2024

"Bang, boleh bagi saya phone number Integrator tak. Saya nak berhubung dengan Integrator". Ada orang, pm saya minta nombor phone integrator. Bila saya tanya untuk tujuan apa? Mereka cakap, nak buat kontrak ternakan ayam dengan integrator.
Saya tanya lagi, "Dah ada reban ke belum sekarang?" Ada yang jawab, "Belum ada lagi...." Dalam situasi macam ni, saya jadi serba salah. Kalau saya bagi, nanti integrator akan rasa tak selesa dengan saya sebab bagi nombor mereka.
Kalau saya tak bagi, nanti orang akan kata saya sombong. Nak share nombor integrator pun tak boleh.
Actually, di Malaysia ni banyak ja integrator. Macam macam syarikat ada.
CP, Leong Hup, Dinding, Ayamas, Farmera, AKM, Kami Farming... Terlalu banyak kalau nak disenaraikan.
Sejujurnya, kalau bakal penternak berhubung dengan integrator semasa mereka masih belum ada reban. Ia bergantung kepada situasi ini:

i. Kalau integrator tu tak cukup kapasiti ayam, mereka akan layan sikit sikit. Dengan harapan, farmer tu akan buat reban. Tapi, kalau bila pihak integrator tanya mengenai persediaan tanah, reban, KM dan sebagainya. Kalau bakal penternak belum bersedia. Mereka pun akan layan acuh tak acuh saja. Sebab proses nak buat reban ayam ni ambil masa terlalu lama.
ii. Kalau integrator tu dah cukup kapasiti, dia akan terus pangkah awal awal cakap. Kapasiti ayam kami dah penuh sekarang. Itu cara terhormat mereka akan respond.
iii. Kalau bakal penternak kata, "KM saya dah lulus. Reban dah nak start naik." Kes macam ni, insya Allah. Gagah gagah integrator akan entertain sikit.
Untuk makluman Tuan Puan, ramai orang berminat nak buat bisnes ternakan ayam daging. Cumanya, mereka ingat, langkah pertama adalah berhubung dengan integrator untuk dapatkan "Kontrak".
Sebenarnya, tak mudah pihak integrator nak bagi kontrak kepada kita kalau kita tak ada reban lagi. Sebab dalam kontrak pun memang akan ada tulis lokasi dan tapak reban tu. Jadi, nak buat kontrak macam mana kalau tempat pun belum lulus KM lagi.
Paling terror pun, integrator akan bagi "Letter Of Offer" sahaja.
Tapikan, langkah sebenarnya yang seseorang bakal penternak tu kena buat adalah seperti berikut :
i. Cek kesesuaian tapak untuk buat reban ayam. Kalau tapak tu sesuai. Apply KM.
ii. Once apply KM, dah lulus baru kalau kita contact Integrator. Pihak integrator macam nak layan sikit. Sebab tempoh menunggu mereka tak lama sangat.
iii. Boleh start buat reban.
Bagi bakal penternak yang nak buat reban ayam, langkah terus berhubung dengan integrator bukan satu tindakan yang tepat. Terutama kalau belum ada tapak tanah dan belum ada modal.
Apa saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya saja ok. Mungkin penternak lain ada pandangan mereka sendiri. Boleh share untuk kita bantu bakal penternak yang lain.
Jemput follow FB Mohd Firdaus Mat Saad untuk lebih banyak sembang santai bisnes ayam daging.

Ayam Umur 21 Hari. Berat Jantan Average 1.02kgBerat Betina Average 0.90kg*Timbangan 60 ekor jantan + 60 ekor betina Ayam...
07/05/2024

Ayam Umur 21 Hari.

Berat Jantan Average 1.02kg
Berat Betina Average 0.90kg

*Timbangan 60 ekor jantan + 60 ekor betina

Ayam nampak seragam. Insya Allah. Mudah mudahan ada rezeki lebih kali ni.

Hati Hati Dengan Skim Invest Contract Farming ===============================Dah ada dua orang PM saya, tanya berkaitan ...
07/04/2023

Hati Hati Dengan Skim Invest Contract Farming
===============================

Dah ada dua orang PM saya, tanya berkaitan hal ini.

Mereka maklum kena "Cret" dengan "Sistem Invest Bisnes Ayam Melalui Contract Farming".

Mereka ceritakan kepada saya, mereka kena invest RM1,000.

Dan dijanjikan p**angan yang tinggi.

Investor tak perlu bela ayam, tak perlu jual ayam. Perlu invest sahaja.

Mereka akan "jualkan" ayam kepada pemborong dengan harga tinggi.

Dan untung diberikan kepada kita.

Masalahnya, investor sampai ke sudah tak dapat apa.

Untung pun tak nampak, modal pun tak tau punca.

Hati hati yang sahabat.

Ada ka yang pernah kena dengan modus operandi yang sama?

Semoga perkongsian saya ini dapat menyelamatkan tuan tuan yang belum join lagi.

Contoh Kiraan Untung Ternakan Ayam Daging Kapasiti 50,000========================================Ada orang PM, minta sy ...
07/02/2023

Contoh Kiraan Untung Ternakan Ayam Daging Kapasiti 50,000
========================================

Ada orang PM, minta sy contoh kiraan untung ayam daging. Jadi, saya buatkanlah contoh.

Kiraan ini berdasarkan statistik sebenar sahabat penternak. Cumanya sy tulis semula supaya tak leh trace integrator mana, farmer mana.

Bab profit ni kan, sesetengah farmer agak sensitif. Termasuklah integrator.

Mereka s**a, kalau orang nampak yang untung tinggi, tapi nama integrator boleh jadi "busuk" sikit kalau profit tu rendah.

Jadi, to be fair. Saya tulis semula.

Rasanya semua tahu, farmer ayam ni. Buat "Contract Farming" dengan syarikat "Integrator".

Jadi, integrator akan bekalkan anak ayam, dedak ayam, ubat ayam secara kredit.

Bila ayam besar, jual balik kepada integrator. Baru tolak balik jumlah kredit tadi.

Fahamkan.

Berapa Farmer Biasa Untung?

Ni soalan best, ramai yang tertanya tanya.

Sejujurnya, saya boleh katakan. Ramai farmer untung dalam RM1.00-RM1.70.

Perlu diingat yer, ini tak tolak lagi kos operasi. Lebih kurang RM0.70-RM1.00 seekor ayam.

Jadi, kalau farmer tu untung RM1.00 dengan integrator. Kiranya pusingan tu farmer makan dedak juga la. Unless dia punya operation kos rendah.

Sebahagian besar farmer juga, akan peroleh untung antara RM1.70-RM2.30. Ini untung dengan integrator (Ingat yer, belum tolak kos operasi).

Untung macam ni, sedap sikit.

Ada juga farmer yang untung "Makan Besar". Saya ada sahabat yang untung ternak ayam RM2.00 ke atas dalam tempoh 2 tahun. Tertinggi RM3.20.

Nak kata tak betul, dia siap tunjukkan statement ke saya. Haha. Memang jack pot lah.

Mengapa keuntungan farmer berbeza?

Harga kontrak dengan integrator yang berbeza. Ada sahabat saya, dapat harga kontrak yang tak baik. Tapi disebabkan tak ada integrator lain yang boleh handle kapasiti besar dia, dia terpaksa jalan ja dengan integrator tu.

Kalau ayam dia perform, dia untung dalam RM1.80 sahaja max. Sedangkan, kalau performance dia dikira dengan harga kontrak company lain, dia dah untung RM2.30 ke atas dah. Jadi sangat penting pilih syarikat integrator yang majoriti farmer nya untung tinggi.

Kualiti anak ayam dan dedak yang dibekalkan kepada farmer. Ini masalah sikit sebab biasanya integrator yang control. Farmer kena tawakkal lebih sikit hal ni.

Kalau dapat anak ayam padu, dedak kualiti A+. JACKPOT. Buatlah macam mana pun, insya Allah terpaksa untung besar biasanya.

Pengeluaran ayam. Bila ayam keluar juga akan tentukan untung. Ambil ayam jantan dulu atau betina dulu pun akan tentu untung.

Sebab ayam jantan bila dah besar, pecutan kenaikan berat dia sangat pantas. Betina p**ak, berat naik agak bersantai. Nak keluar ayam mana dulu biasanya ditentukan oleh integrator ikut customer ayam dia tu.

Penjagaan ayam oleh penternak. Penternak yang nak untung tinggi biasanya akan jaga ayam gila gila. Mereka ni biasanya memang duduk bersama ayam. Kenal feel ayam. Ayam berdehem pun dia dah tahu sihat ke tak.

Nak untung tinggi, s**a tak s**a pekerja dan owner reban kena rancak jaga ayam. Kalau jaga biasa biasa, result dia pun biasa biasa nanti.
Kualiti reban ayam. Nak kena tengok, jenis reban open atau terbuka. Kalau tertutup, system litter atau sistem high rise atau plastic slat. Kualiti kipas macam mana?

Angin laju tak. Kualiti drinker macam mana. Yang air keluar tu 360% tak?
Eh macam macam lah.
Jangan ingat seronok sangat ternak ayam ni. Macam macam juga cabarannya.

Kali ni, saya share yang untung RM2. Kalau lapang nanti saya akan share kiraan yang rendah p**ak.

Then saya kira, bandingkan performance ikut harga kontrak dari integrator p**ak.

Semoga bermanfaat.

Sila SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat.

Jemput follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad untuk lebih banyak story mory pasal ayam.

Jika berminat nak mengikuti Kursus Ternakan Ayam Daging, sila klik link ini :

wasap.my/60195782515/KursusTernakanAyam

Ternak Ayam Lebih Mudah Besar Guna Cara Ni ==============================Saya perhatikan, ramai sahabat yang menternak a...
21/12/2022

Ternak Ayam Lebih Mudah Besar Guna Cara Ni
==============================

Saya perhatikan, ramai sahabat yang menternak ayam guna cara ini, ayam mereka lebih cepat besar dan sihat, untung lebih tinggi.

Cara ni lebih "moden", cumanya kos tersangat tinggi.

Cara terbaik saya tengok reban ayam jenis "High Rise".

High Rise ni maksudnya reban tu dua tingkat, tapi kita ternak ayam satu tingkat sahaja iaitu di bahagian atas.

Lantai reban atas guna plastic slat dan tinja ayam jatuh ke bawah.

Dengan cara ni, ayam yang diternak ditingkat atas lebih sihat sebabnya :

i. Jauh dari najis ayam.
ii. Kurang kesan ammonia terhadap ayam

Reban jenis macam ni, dari segi kos jangan cakap lah. Boleh nangislah.

Bayangkan, kita buat reban dua tingkat. Tetapi kita ternak ayam satu tingkat sahaja.

Dari segi kebaikan untuk long term, ayam lebih sihat, kurang sakit kepala dan untung lebih tinggi.

Cara kedua kalau tak mau buat jenis high rise, adalah dengan guna plastic slate macam gambar di bawah ni.

Kita boleh ternak ayam dua tingkat. Atas dan bawah.

Cumanya, di kedua dua tingkat kena ada lantai slat tambahan seperti ini.

Tinja ayam masih jatuh ke bawah. Cumanya tak jauh sangat dari ayam.

Kalau jenis hitam tu, tinggi sekitar 10" ke 12" dari lantai.

Kalau jenis putih, tinggi sekitar 6"- 8".

But still, kos nya juga tinggi tapi tak setinggi high rise punya reban.

Untuk yang warna hitam, kos sekitar RM5 sekaki persegi.

Yang putih tu, lebih sikit sebab kualiti lebih baik, plastik lebih tebal dan material lebih baik. The price can goes up to RM8-RM10 sekaki persegi. Ikut jenis dan kualiti slat tu.

Bagi penternak yang modal besar, boleh la buat jenis ni.

Cumanya, modal sangat sangat sangat keras.

Kalau yang modal sederhana, layan je macam yang biasa digunakan.

Ternak guna habuk kayu / sekam padi.

Cumanya, make sure tempat tuan mudah dapat benda ni. Kalau susah dapat, tak ada pilihan, kena guna jenis slat juga la.

That's all for today.

Nak tahu lebih banyak story mory pasal ayam, jemput follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad

Thanks.

Kenapa Plastik Slat Depan Pintu Warna Merah? ==============================Haritu saya ada tanya soalan ni, ramai yang j...
03/12/2022

Kenapa Plastik Slat Depan Pintu Warna Merah?
==============================

Haritu saya ada tanya soalan ni, ramai yang jawab diruangan komen.

Tapi macam ramai yang tak betul ja. Ahaks.

Yang pertama kita kena tahu, manufacturer untuk plastik slat ni adalah Astino.

Mereka memang buat dua warna. Putih dan merah.

Putih adalah yang jenis biasa dan diletakkan di keseluruhan reban.

Merah p**ak, adalah plastik slat yang lebih kukuh.

Design pun tak sama dengan yang warna putih tu.

Plastik merah tu lebih tebal dan lebar serta kukuh berbanding yang warna putih.

Dia di letakkan di hadapan pintu reban sebab semasa ayam keluar nanti, akan banyak bakul ayam disusun dihadapan pintu sebelum ditimbang.

Satu bakul ayam seberat 30kg. Dan beratus bakul akan disusun tinggi dihadapan pintu ni.

Jadi perlu plastik slat yang lebih tebal dan kukuh dihadapan pintu.

Sebab itu mereka letak yang warna merah disitu.

Bukan sebab :

1. Tempat ayam berak
2. Boundary antara pelawat dan pekerja

Ada yang tanya kos reban sebegini berapa?

Saya ada tanya pihak Astino, untuk saiz 400' x 50' yang jenis high rise ( Ternak Ayam Setingkat Sahaja Di Sebelah Atas ).

Kos untuk material bangunan sahaja melarat pi satu point tiga juta.

Tidak termasuk upah pembinaan, upah pemasangan, lantai konkrit reban, footing reban, wiring, dan piping.

Sebab itulah saya katakan, jenis ini sedikit kayangan tapi result performance ayam insya Allah sangat padu.

Ayam lebih mudah ternak. Ayam lebih sihat. Tak banyak songeh. Untung lebih tinggi.

Untuk jangka masa panjang ( 20-30 tahun ). Bagus reban jenis ni.

Tapi untuk yang nak ROI cepat, kena buat design yang lebih ekonomik.

Kalau ada sahabat yang berminat dengan reban jenis ni, boleh ja terus hubungi pihak Astino. Beli direct je dengan mereka. Then cari tukang untuk buatkan.

Atau boleh juga direct suruh Astino buatkan reban ni.

Saya juga ada gambar design reban ayam yang lebih kurang sama milik Prestine.

Kalau nak nanti saya share. Ada yang berminat ka nak tengok?

Ahaks.

Sila follow FB saya untuk lebih banyak info mengenai bisnes ayam daging.

Jika berminat untuk mengikut Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online, klik link ini untuk info :

wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamFMF

Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat

Reban ini jenis High Rise. Maksudnya, ayam hanya diternak ditingkat atas. Dibawah, hanya tinja ayam sahaja. Dia guna sis...
01/12/2022

Reban ini jenis High Rise.

Maksudnya, ayam hanya diternak ditingkat atas. Dibawah, hanya tinja ayam sahaja.

Dia guna sistem slatted floor.

Biasanya, reban jenis macam ni. Kalau ternak akan untung lebih tinggi berbanding bela ayam atas lantai yang letak habuk kayu dan sekam padi tu.

Sahabat sahabat di Selangor yang buat sistem High Rise macam ni, biasa untung agak tinggi.

Sebabnya ayam lebih sihat. Bila berak, tinja ayam akan jatuh ke bawah.

Ayam jauh dari ammonia bahan buangan dia tu.

Jadi, lebih sihat. Lebih cepat membesar dan lebih rendah FCR.

Sangat sangat jarang kalau reban macam ni, untung kurang.

Cumanya, dia punya kos rasa macam nak pitam kalau dengar.

Sebabnya reban ni reban dua tingkat, tapi ternak ayam satu tingkat sahaja. Sedangkan kalau guna sistem flooring, boleh ternak ayam dua tingkat atas bawah. Lebih optimise.

Kalau jenis manusia yang tak kisah pasal kos tinggi, tak nak sakit kepala ternak ayam sakit. Nak profit tinggi.

Ini reban yang boleh dibuat pilihan / contoh.

Ternak jenis macam ni, nangis rasa namati masa awal ja.

Tapi kalau dah bela, tersangat best.

Ayam sihat, cepat besar, mudah urus, mudah tangkap, mudah cuci.

Eh, macam macam la kelebihan jenis reban macam ni.

Cuma kos awal ja yang tersangat sangat sangat tak leh bawa bincang.

Cuba teka, kenapa ada plastik lantai yang warna putih dan warna merah?

Kenapa warna merah tu?

Nak tahu lebih banyak info pasal bisnes ayam daging? Jemput follow FB saya Mohd Firdaus Mat Saad.

Berminat nak join Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online?

Sila klik link ini : wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamFMF

Supplier Equipment Ayam Di Malaysia =========================Salah satu supplier barangan ayam di Malaysia adalah Astino...
30/11/2022

Supplier Equipment Ayam Di Malaysia
=========================

Salah satu supplier barangan ayam di Malaysia adalah Astino.

Company ni HQ dia di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Dia mula supply barangan ayam sejak 10 tahun yang lepas.

Saya dah beberapa kali ke kilang mereka di sana.

Dari segi regaaa, boleh tahan. Tak lah murah mana pun.

Dari segi kualiti not bad, saya pernah buat reban ayam sebiji guna equipment dari Astino pada tahun 2015, customer request nak barang Astino.

Saya tengok sampai sekarang masih ok lagi. No big issue.

Cumanya, untuk barang ayam ni. Yang lebih terkenal adalah Cumberland dan juga Big Dutchman.

Bawah ni contoh gambar reban ayam yang Astino buat.

Sebenarnya, dari segi design reban. Macam macam design dan patern boleh buat.

So, ikutlah mana yang tuan reban s**a.

Nanti saya share barang dari Big Dutchman dan Cumberland p**a.

Jemput Follow FB Saya untuk lebih banyak story mory pasal ayam.

"Saya ada tanah di kampung, saya nak buat reban ayam. Boleh tak?"Ada yang pm / call saya tanya macam ni. Sebenarnya, nak...
17/11/2022

"Saya ada tanah di kampung, saya nak buat reban ayam. Boleh tak?"
Ada yang pm / call saya tanya macam ni.
Sebenarnya, nak buat reban ayam ni tak semudah yang tuan puan sangka kan.
Sangat tak mudah.
Nak pilih tanah, itu baru cabaran yang pertama. Baru geli geli dia punya challenge tu.
Ini tip saya nak bagi untuk pilih tanah buat reban ayam :
1. Jarak Dari Rumah Owner.
Kalau boleh, janganlah jauh sangat. Kalau jauh takut nanti owner malas nak pi tengok ayam p**ak.
Mula mula akan rasa semangat, tapi lama lama. Semangat akan hilang.
Lagi dekat dengan rumah owner lagi bagus.
===========================================
2. Zoning - Penternakan
Bab ni ramai yang fail. Nak buat reban ayam, tak boleh main pacak tiang naik terus.
Kena tahu "Zoning" dulu.
Zoning ni nak tahu kena semak dengan Pejabat Tanah. Zoning tanah kita tu apa?
Perumahan?
Perindustrian?
Pertanian?
Penternakan?
Kalau salah zoning, nanti tak boleh bina reban.
Nampak tak, kat sini pun dah ramai yang buat mistake.
Mereka tak tahu pasal zoning, mereka ingat ada tanah "Mak" atau "Ayah", then terus boleh nak buat reban.
Sila cek zoning yer untuk elak masalah dikemudian hari.
===========================================
3. Jarak Dari Jalan Raya Utama
Ni pun kena consider. Lagi dekat lagi bagus. Masalahnya, tepi jalan mahal lah p**ak kan.
===========================================
4. Jangan Lalu Tanah Orang Lain
Elakkan buat reban di tanah yang tak ada akses jalan ke dalam. Kalau tak ada Jalan Rezab dan nak kena lalu tanah orang.
LUPAKAN TANAH TU !!!!
Walaupun di situ ada laluan jalan melalui tanah orang lain. Tapi kalau tak ada rezab jalan atas plan, orang depan berhak untuk tak bagi kita lalu.
===========================================
5. Topografi Tanah
Elak lah nak guna tanah berbukit, berpaya yang teruk teruk. Sebab kos nak tambak, nak levelkan tanah bukan sikit duit.
Tapi kalau rasa boleh absorb kos tu. Silakan.
Yer lah, dari nak kena beli tanah lain. Kalau dah sesuai. Sikit sikit tu jalan jer lah.
Ada banyak lagi tips tips lain.
Nanti saya share lagi.
Berminat nak tahu lebih banyak story mengenai ayam daging?
Jemput Follow FB Mohd Firdaus Mat Saad
Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat

20/07/2022

Mistake Farmer - Tak Cuci Dalam Paip Ni**le Line
================================

Bila tak cuci, akan tersumbat. Air akan slow.

Ayam minum kurang dan lambat membesar.

Pengajaran, kena cuci / flush setiap pusingan.

Nak lagi power, boleh guna cuka, biar cuka dalam paip semalaman, then esok flush. Lagi banyak sampah or serdak akan keluar.

Nampak simple, tapi kalau tak buat. Memang serrrr.

Berminat nak belajar cara memulakan bisnes ternakan ayam daging?

Sila klik link ini :

wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamFMF

Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat

Address

F330 Simpang 4, Kg
Parit Buntar
34200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online:

Shortcuts

Share

Category