Sek. Men. Agama Al-Tahzib, Titi Serong

Sek. Men. Agama Al-Tahzib, Titi Serong Sek. Men. Agama Al-Tahzib telah ditubuhkan pada 11 November 1942 bersamaan 2 Zulkaedah 1362 Hijrah di Pekan T**i Serong, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

Agama Al-Tahzib sedang dalam rangka mencari dana bagi pembinaan surau & kantin dalam kawasan sekolah yang terletak di jalan Parit Hj, Nasir, T**i Serong, 34200 Parit Buntar, Perak.

Pagi tadi kita bangun. Kita capai telefon, kita bersiap, kita teruskan hari macam biasa.Satu hari nanti, katil tu akan k...
06/08/2026

Pagi tadi kita bangun. Kita capai telefon, kita bersiap, kita teruskan hari macam biasa.

Satu hari nanti, katil tu akan kosong. Dan hari akan berjalan tanpa kita.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan โ€” iaitu kematian."
(HR. Tirmidzi)

Baginda tidak suruh kita takut sampai lumpuh. Baginda suruh kita ingat โ€” supaya kita tak hidup seolah-olah kita ada masa yang tak terhingga.

Sebab bila kita ingat kematian, keutamaan kita berubah sendiri. Perkara yang buat kita marah semalam tiba-tiba nampak kecil. Perkara yang kita tangguh bertahun-tahun tiba-tiba nampak mendesak.

Kita berhenti bergaduh untuk benda yang tak penting. Kita mula minta maaf. Kita mula betulkan solat.

Malam ni, sebelum tidur, cukup satu istighfar sahaja โ€” tapi dengan sedar sepenuhnya bahawa kita mungkin tidak bangun esok.

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Engkau redha. ๐Ÿคฒ

29/07/2026

Sudah bermula Ujian Lisan bagi calon SPM..Semoga anak-anak SMA AL TAHZIB dilancarkan lisan dan tidak terhijab ingatan bagi ayat-ayat hafazan mereka sebelum ini ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

UJIAN LISAN SPM PENDIDIKAN ISLAM Assalamualaikum.Sudah bermula Ujian Lisan bagi calon SPM. Semoga anak-anak SMA AL TAHZI...
29/07/2026

UJIAN LISAN SPM PENDIDIKAN ISLAM

Assalamualaikum.Sudah bermula Ujian Lisan bagi calon SPM. Semoga anak-anak SMA AL TAHZIB dilancarkan lisan dan tidak terhijab ingatan bagi ayat-ayat hafazan mereka sebelum ini ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Jemput Infaq program lawatan sekolah. Insyaallah akan diadakan sebaik sahaja anak-anak habis trial SPM. Kita bagi santai-santai selepas penah memerah otak ๐Ÿค—

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat Kadet Remaja Sekolah (KRS...
18/07/2026

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berjaya dilaksanakan pada pagi tadi dengan penuh semangat dan kerjasama.

Pada asalnya, aktiviti gotong-royong dirancang untuk membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Masjid T**i Serong. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti telah dialihkan ke kawasan Masjid T**i Serong.

Tahniah dan syabas kepada semua ahli KRS yang menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kesukarelawanan sepanjang program berlangsung. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk nilai kebersihan dan tanggungjawab, malah mengajar pelajar tentang pentingnya berbakti kepada masyarakat serta menyemai semangat bekerjasama.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Cikgu Azzua, selaku Guru Penasihat KRS, atas bimbingan dan pemantauan sepanjang program, serta kepada pihak Masjid T**i Serong yang memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT dan terus menyemarakkan semangat khidmat masyarakat dalam kalangan warga KRS.

"Ilmu, Iman dan Amal" โ€“ semoga terus menjadi pegangan setiap anggota KRS. ๐Ÿ’š

Bukan semua yang cemerlang di atas kertas akan berjaya dalam kehidupan. Dan bukan semua yang sederhana dalam akademik ak...
18/07/2026

Bukan semua yang cemerlang di atas kertas akan berjaya dalam kehidupan. Dan bukan semua yang sederhana dalam akademik akan gagal mengejar masa depan.

Sejak hari tersebut, hati saya benar-benar tersentuh. Nakun baru hari ini mampu mencoret kata dek kerana memikirkan susunan ayat dan juga sibuknya diri.

Beberapa bekas pelajar yang suatu ketika dahulu tidak begitu menyerlah dalam pelajaran menghubungi saya semula. Mereka kini sudah bekerja, membawa haluan hidup masing-masing. Namun, tujuan mereka menghubungi saya bukanlah untuk bercerita tentang kejayaan diri.

Sebaliknya, mereka bertanya, "Teacher, ada tak pelajar yang perlukan bantuan? Kami nak kongsi rezeki dan kalau boleh, nak bantu mereka belajar."

Saat itu saya sedar, mungkin mereka tidak memperoleh keputusan SPM yang paling cemerlang, tetapi mereka lulus dengan cemerlang dalam subjek yang paling penting, kemanusiaan.

Mereka memahami erti bersyukur, mengenang jasa guru, dan yang paling indah, mereka ingin menjadi sebab orang lain berjaya.

Sebagai seorang guru, inilah hadiah yang paling bermakna. Bukan sekadar melihat pelajar memperoleh A, tetapi melihat mereka membesar menjadi insan yang berhati mulia, tidak lupa asal usul, dan sentiasa ingin memberi manfaat kepada orang lain.

Kepada semua pelajar, ingatlah... keputusan peperiksaan hanyalah satu bab dalam kehidupan. Akhlak, keikhlasan, dan keinginan untuk membantu orang lain adalah nilai yang akan terus dikenang.

Semoga Allah SWT terus memberkati langkah anak-anak ini, melapangkan rezeki mereka, mempermudahkan segala urusan, dan menjadikan setiap kebaikan yang mereka lakukan sebagai saham akhirat yang tidak pernah putus.

Seorang guru mungkin mengajar untuk satu ketika, tetapi seorang pelajar yang berakhlak mulia akan memberi inspirasi kepada ramai orang sepanjang hayat. Semoga Allah mengurniakan semua pelajar Tahzib akan erti kemanusiaan di dalam hati.

P/s: untuk sumbangan kecil dan memerlukan penggunaan tunai segera, saya akan berikan akaun personal tapi jika melibatkan program sekolah yang besar2, saya memang akan guna akaun sekolah supaya tidak ada isu pengurusan tunai ye.

Jika ada yang berminat untuk menyumbang, QR sekolah telah saya letak di akhir gambar post ini. Boleh terus QR dan hantar resit kepada saya untuk rekod.

-Tc Sha-
013-937 9345

17/07/2026

Salam Jumaat ๐ŸŒฟ

Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Jangan lupa: ๐Ÿค Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ.

๐Ÿคฒ Luangkan masa berdoa, semoga Allah mengabulkan segala hajat yang baik.

๐Ÿ“– Bacalah Surah Al-Kahfi jika berkesempatan.

โœจ Rebutlah keberkatan hari Jumaat dengan memperbanyakkan amal soleh.

Semoga Allah mengurniakan kita rezeki yang halal, kesihatan yang baik, hati yang tenang, serta mengampunkan segala dosa kita dan kedua ibu bapa kita.

Kita hidup pada zaman di mana berita tentang umat datang silih berganti.Di satu tempat, umat ditindas. Di tempat yang la...
20/06/2026

Kita hidup pada zaman di mana berita tentang umat datang silih berganti.

Di satu tempat, umat ditindas. Di tempat yang lain, umat berpecah. Di tempat yang lain p**a, umat semakin jauh daripada agamanya sendiri.

Namun persoalannya bukan sekadar mengapa semua ini berlaku.

Persoalannya ialah mengapa keadaan umat begitu mudah merisaukan kita, tetapi keadaan hati kita sendiri jarang menjadi kebimbangan.

Kita mengimpikan kebangkitan Islam.

Tetapi kebangkitan tidak bermula dengan slogan. Ia bermula dengan manusia yang ditarbiah hatinya, jelas fikrahnya, dan hidup untuk risalah, bukan sekadar dirinya.

Barangkali masalah umat hari ini bukan kerana kurangnya Muslim, tetapi kerana kurangnya Muslim yang memahami tujuan Allah menghantarnya ke dunia ini.

Maka ketika melihat keadaan umat, jangan sekadar bertanya apa yang sedang berlaku kepada mereka.

Tanyalah juga, apakah yang sedang berlaku kepada diriku sehingga aku masih belum menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya?

Semoga Allah membina kita.

๐ŸŒท Salam Jumaat, Salam Zulhijjah 1447H ๐ŸŒทMarilah kita memperbanyakkan selawat, doa dan amalan kebaikan pada penghulu segal...
19/06/2026

๐ŸŒท Salam Jumaat, Salam Zulhijjah 1447H ๐ŸŒท

Marilah kita memperbanyakkan selawat, doa dan amalan kebaikan pada penghulu segala hari ini.

Semoga keberkatan bulan Zulhijjah dan kemuliaan hari Jumaat menjadi asbab untuk kita semua memperoleh rahmat, keampunan dan keredaan Allah SWT.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Di samping itu, marilah kita bersama-sama menyemai budaya berinfaq dan bersedekah demi menyokong pembangunan serta kebajikan warga sekolah.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan, sekecil mana sekalipun, menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

Semoga seluruh warga sekolah sentiasa dipelihara, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji."
(Surah Al-Baqarah: 261)

Buat julung kalinya, SMA Al Tahzib melakar sejarah dengan penyertaan sulung dalam Kejohanan MSSD. Penyertaan ini bukan s...
12/06/2026

Buat julung kalinya, SMA Al Tahzib melakar sejarah dengan penyertaan sulung dalam Kejohanan MSSD. Penyertaan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi langkah awal dalam membina budaya kecemerlangan kokurikulum serta melahirkan pelajar yang seimbang dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan penyertaan bersejarah ini. Penghargaan khusus ditujukan kepada Ustazah Faridah dan Cikgu Nailah atas segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan dalam membimbing serta mengurus para atlet. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta menjadi asbab kejayaan anak-anak Tahzib pada masa akan datang.

Sehubungan itu, bagi menyokong perkembangan dan kecemerlangan kokurikulum para pelajar, pihak sekolah dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada para ibu bapa, alumni dan semua pihak yang prihatin. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam membantu menampung keperluan aktiviti kokurikulum serta merealisasikan impian untuk terus mengangkat nama SMA Al Tahzib ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga segala sumbangan dan sokongan yang diberikan menjadi saham kebaikan yang berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

SAYYIDUL AYYAM: REBUT CAHAYA DI ANTARA DUA JUMAAT Assalamualaikum buat seluruh warga Sekolah Menengah Agama Al Tahzib da...
12/06/2026

SAYYIDUL AYYAM: REBUT CAHAYA DI ANTARA DUA JUMAAT

Assalamualaikum buat seluruh warga Sekolah Menengah Agama Al Tahzib dan para pengikut halaman ini.

Fajar Jumaat kembali menyinsing membawa hamparan rahmat yang meluas. Hari yang digelar Sayyidul Ayyam (Penghulu Segala Hari) ini bukan sekadar penutup mingguan riuh duniawi kita, malah ia merupakan sebuah madrasah sehari buat kita memperbaharui iman, membersihkan jiwa yang sarat dengan kekhilafan, dan memperbanyakkan rintihan doa ke hadrat Ilahi.

"Setiap detik di hari Jumaat menyimpan rahsia kasih sayang-Nya. Ada satu waktu yang sangat mustajab, yang jika seorang hamba mukmin berdiri bersolat dan memohon sesuatu daripada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan permintaannya." (HR Bukhari & Muslim)

Di hari yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita hidupkan sunnah-sunnah Baginda Nabi SAW:

๐Ÿ“ฟ Memperbanyakkan Selawat โ€“ Tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW.

๐Ÿ“– Membaca Surah Al-Kahfi โ€“ Benteng cahaya yang menerangi diri di antara dua Jumaat.

๐Ÿงผ Mandi Sunat & Bersugi โ€“ Menyucikan dan menyegarkan diri sebelum ke rumah Allah.

๐Ÿ•Œ Hadir Awal Ke Masjid โ€“ Mengisi saf hadapan dan mendengar khutbah dengan khusyuk.

๐Ÿคฒ Memburu Waktu Mustajab Doa โ€“ Terutamanya pada waktu akhir Asar sebelum maghrib.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan menetapkan hati kita di atas jalan ketaatan. Selamat menunaikan solat fardhu Jumaat.

Address

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-TAHZIB
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 07:30 - 14:00
Tuesday 07:30 - 14:00
Wednesday 07:30 - 14:00
Thursday 07:30 - 14:00
Friday 07:30 - 14:00

Telephone

+6057163446

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek. Men. Agama Al-Tahzib, Titi Serong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek. Men. Agama Al-Tahzib, Titi Serong:

Shortcuts

Share

Category