Kelab Pencegahan Jenayah SKHR

Kelab Pencegahan Jenayah SKHR MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET JUAL BAYI DI INSTAGRAM TUMPASMelaka, 21 Disember 2021 – Polis berjaya menyelamatkan tig...
21/12/2021

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET JUAL BAYI DI INSTAGRAM TUMPAS

Melaka, 21 Disember 2021 – Polis berjaya menyelamatkan tiga bayi berumur antara dua hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan bayi.

Kegiatan sindiket dikenali sebagai Geng Nana yang dipercayai aktif menjual bayi di Instagram sejak Mac tahun lalu itu tumpas selepas polis memberkas 14 individu disyaki ahli kump**an berkenaan.

Semua suspek termasuk ketua geng dipanggil Nana, berusia 33 tahun dicekup dalam beberapa siri tangkapan di sekitar daerah Melaka Tengah, sejak 1 Disember lalu hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan pada 30 November lalu daripada sepasang suami isteri yang mendakwa tidak menerima sebarang dokumen selepas urusan mengambil anak angkat perempuan daripada suspek.

Beliau berkata, pasangan ini membayar RM12,000 kepada sindiket dan selepas empat bulan mereka tidak menerima sebarang dokumen atau surat beranak.

"Pasangan ini kemudian merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis untuk tindakan seterusnya.

"Susulan itu polis melancarkan Op Pintas Nana dan 16 ditahan meliputi Nana, tujuh wanita dan lima lelaki tempatan, empat wanita warga Indonesia serta sepasang suami isteri berusia antara 25 hingga 58 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPS SENTIASA SIAP SIAGA PANTAU PELAJARIpoh, 16 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG ...
17/12/2021

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPS SENTIASA SIAP SIAGA PANTAU PELAJAR

Ipoh, 16 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim menegaskan polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersiap siaga memantau perjalanan pelajar bagi membendung pelbagai kes termasuk buli.

Menurutnya, peranan PPS perlu dimanfaat sebaik mungkin untuk kesejahteraan sekolah.

"Pengetua, guru besar atau warden boleh berbincang dengan PPS ini. Penempatan PPS di setiap sekolah ini bagi memastikan maklumat dapat di salurkan dengan segera.

“Kalau kita lihat daripada kejadian buli terbabit memang perlunya maklumat awal itu disalurkan kepada pihak polis dan sekolah. Jadi, kita memang ada memperuntukkan seorang PPS setiap sekolah, malah ada sekolah besar kita letak lebih daripada seorang," katanya pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Khas Kontinjen Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Jangan ambil mudah jika berlaku sebarang trauma di bahagian abdomen. Pendarahan atau kecederaan organ organ penting bole...
15/12/2021

Jangan ambil mudah jika berlaku sebarang trauma di bahagian abdomen. Pendarahan atau kecederaan organ organ penting boleh berlaku.

Apabila berlaku pendarahan aktif dalam ruang abdomen, mangsa akan mengadu sakit. Apabila di sentuh pemukaan abdomen keras dan sakit.

Jangan sangka ia kecederaan biasa dan hanya letak ais batu atau tuam dengan air panas, pendarahan yang berterusan akibatkan mangsa kehilangan darah yang banyak.

Tangan dan kaki akan mula sejuk, mangsa akan mengadu pening dan pitam. Degupan nadi bertambah laju dan tekanan darah akan semakin rendah.

Tanpa rawatan, mangsa boleh maut!

Jangan main main dengan kecederaan abdomen.

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPM LIBATKAN PEGAWAI PDRM BANTERAS BULI Kuala Lumpur, 15 Disember 2021 - Kementerian Pendidikan ...
15/12/2021

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPM LIBATKAN PEGAWAI PDRM BANTERAS BULI

Kuala Lumpur, 15 Disember 2021 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah melaksanakan program kesedaran mengenai buli pada minggu pertama sesi penggal ketiga persekolahan Januari ini.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Md Jidin berkata, langkah segera bagi menangani isu buli di sekolah itu akan dilaksana bersama pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"KPM sentiasa memandang serius isu buli yang melibatkan murid sekolah di bawah KPM dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

14/12/2021

PAK TURUT

Pihak polis mengesahkan bahawa telah mengambil keterangan mangsa kes buli di MRSM.

Hasil siasatan perbuatan buli berpunca akibat teguran mangsa terhadap salah seorang suspek yang menonton video lucah.

Tidak berpuas hati, suspek mengajak rakan-rakannya lain dan mengepung mangsa sebelum memukul mangsa dan membuli mangsa.

Dilaporkan MARA juga telah menamatkan pengajian 10 pelajar MRSM yang terlibat dalam kes buli.

Haih! Kes 'follow member' dan bergaduh tunjuk 'power' begini sudah berzaman di kalangan pelajar lelaki. Dari zaman saya sekolah pun banyak kes begini.

Yang saya tidak faham, yang bengang, marah, geram seorang sahaja. Kemudian dia ajak geng beramai-ramai hendak 'mengajar' orang yang dia dendam kan itu.

Yang ajaibnya, kawan-kawan lain jadi pak turut. Taat p**a tu. Kadang-kadang yang tak tahu hujung pangkal cerita pun ada, terus main terjah pukul.

Demi kerana tidak puas hati seorang rakan mereka, yang lain-lain hendak jadi samseng juga. Bila ditahan, ditangkap habis semua terkena tindakan sebab semua jenis tak bijak jadi pak turut. Kawan ajak gaduh, dia gaduh. Kawan ajak buli, dia buli.

Kadang-kadang lagi dasyat, dia ikut sahaja. Dia langsung tidak bergaduh dan mencederakan tetapi dia ada di tempat kejadian. Sama-sama sokong kawan. Dia tidak sampai hati hendak pukul, hanya berdiri menyaksikan. Maka, dia turut sama-sama jadi suspek dan bersubahat. Patutnya dia leraikan dan nasihatkan yang lain.

Anak-anak sekalian, saya hendak pesan. Buka minda. Buka mata. Tolonglah jangan berfikiran sempit. Apa entah dapat jadi pak turut?

Kasihan mak ayah, besar harapan mereka. Sudahnya 10 pelajar ini ditamatkan pengajian oleh MARA. Baru tingkatan 1, dik. Aduh! Ketaatan dan setiakawan yang membunuh peluang untuk masa hadapan.

Seribu kali sayang.

Oleh Nor Zabetha

Tahniah buat semua warga SK Haji Ramli di atas pencapaian ini..Tahniah dan terima kasih buat anak-anak The Ramlis besert...
13/12/2021

Tahniah buat semua warga SK Haji Ramli di atas pencapaian ini..
Tahniah dan terima kasih buat anak-anak The Ramlis beserta komitmen ibu bapa..
Anda hebat..!!! 💪🏽

JENAYAH SEKSUAL SIBER ⛔KERATAN AKHBAR PILIHAN: 632 SUSPEK JENAYAH SEKSUAL SIBER DIKENAL PASTI SEJAK 2017 HINGGA SEPTEMBE...
13/12/2021

JENAYAH SEKSUAL SIBER ⛔

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 632 SUSPEK JENAYAH SEKSUAL SIBER DIKENAL PASTI SEJAK 2017 HINGGA SEPTEMBER 2021

Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Isu jenayah gangguan seksual secara siber tidak lagi tertumpu pada wanita apabila sebanyak 218 kes dilaporkan turut membabitkan mangsa lelaki.

Difahamkan mangsa lelaki ini turut terdedah kepada jenayah dan perbuatan amang seksual bukan fizikal, pornografi dan pengantunan kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, seramai 632 individu dikenal pasti sebagai suspek sepanjang tempoh 2017 hingga September lalu dengan 627 individu terbabit adalah lelaki, manakala lima lagi suspek adalah wanita.

"Daripada 632 suspek terbabit, 435 suspek adalah individu dikenali mangsa. 34 lagi suspek membabitkan ahli keluarga, manakala 163 suspek lagi tidak dikenali mangsa.

"Bagi 670 kes jenayah seksual membabitkan siber, 436 daripadanya berlaku di rumah, manakala selebihnya (234 kes) membabitkan ternpat awam," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: KES BULI POLIS TAHAN ENAM PELAJAR – KP PERAKIpoh, 11 Disember 2021 - Polis menahan enam suspek...
12/12/2021

[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: KES BULI POLIS TAHAN ENAM PELAJAR – KP PERAK

Ipoh, 11 Disember 2021 - Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua suspek berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.

"Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, hingga menerima kecaman orang ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2032476

Sumber: BERNAMA

polis, tahan, buli, MRSM, pelajar

09/12/2021

RM0 PDRM: Jika anda mempunyai maklumat berhubung kes jenayah komersil, salurkan ke CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp) (8am–12am setiap hari).

ARTIKEL PILIHAN: LEBIH 80,000 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT PELBAGAI KES JUDIKuala Lumpur, 3 November 2021 - Polis Diraja Ma...
04/11/2021

ARTIKEL PILIHAN: LEBIH 80,000 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT PELBAGAI KES JUDI

Kuala Lumpur, 3 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 81,442 individu di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan pelbagai kes perjudian bagi tempoh 2019 hingga 31 Oktober lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata dalam tempoh yang sama juga, PDRM turut merampas wang tunai lebih RM24 juta dalam serbuan bagi membanteras kegiatan perjudian tanpa lesen.

Beliau berkata PDRM juga turut menyerbu premis loteri awam tanpa lesen yang serbuan tertinggi melibatkan sebanyak 11,491 serbuan pada 2019, bagi 2020 sebanyak 8,324 serbuan dan 9,561 serbuan pada tahun ini.

"Dalam hal ini, PDRM turut memeriksa premis-premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan dan hasil pemantauan pihak kami mendapati operator judi berlesen mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

"Berdasarkan rekod terdapat 161 operator perjudian berlesen melibatkan sebuah kasino, 72 kelab syarikat dan 88 kelab persatuan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2019796

Sumber: BERNAMA

judi, serbuan, Abd Jalil Hassan, JSJ Bukit Aman, S

SCAM ALERT: NEVER OPEN A SUSPICIOUS ATTACHMENT! If something seems off, take a minute to double check the request and th...
28/10/2021

SCAM ALERT: NEVER OPEN A SUSPICIOUS ATTACHMENT!

If something seems off, take a minute to double check the request and the sender’s details.

Better safe than sorry!

Source: INTERPOL HQ

HEBAHAN: EMPAT PERKHIDMATAN JSJK DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT BERKAITAN JENAYAH PENIPUAN KEPADA MASYARAKAT Berikut merupak...
27/10/2021

HEBAHAN: EMPAT PERKHIDMATAN JSJK DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT BERKAITAN JENAYAH PENIPUAN KEPADA MASYARAKAT

Berikut merupakan empat perkhidmatan yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia dalam usaha menyalurkan maklumat tentang jenayah penipuan kepada masyarakat.

Perkhidmatan yang disediakan oleh JSJK ini dapat membantu mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan.

Anda dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta jangan mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu.

Sumber: Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT TANJONG PIANDANG
Parit Buntar
34250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Pencegahan Jenayah SKHR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab Pencegahan Jenayah SKHR:

Shortcuts

Share

Category