30/09/2026
Kenapa ada bisnes yg buka tak tutup² sampai sekarang tapi ada bisnes yg baru setahun buka dah tutup?
Agak² kenapa ye?
Adakah nasib mereka baik, sebab tu bisnes mereka kekal bertahan lama walaupun tak viral.
Atau adakah mereka tiada kos overhead & kos operasi yg tinggi.
Adakah mereka ni istimewa sampai tak perlu bayar caruman dan juga cukai?
Jawapannya mudah saja, sebab tak cukup ilmu. Itu jer.
Jangan ingat anda pop**ar, sebut saja nama anda orang akan cakap "Dia ni siapa tak kenal.." bererti anda tak payah belajar ilmu baru untuk berjaya macam mereka² yg telah berjaya.
Dan jangan perasan yg anda dah tahu semua ye, itu silap besar. Sebab tu kalau anda perasan ada orang yg mahir dalam marketing tapi bila dia buat bisnes tetap gagal juga.
Padahal dia punya strategi nampak macam hebat, sebab dia menjadi rujukan ramai orang. Tapi macam mana dia boleh gagal apabila dia buat bisnes.
Sebab ada ilmu lain yg dia belum tahu, belum belajar dan belum mahir.
Contoh, pandai bab konten tapi marketing tak mahir confirm boleh gagal 'soon or later' apabila dia tak rasa yg dia kena belajar ilmu baru.
Pandai bab marketing tapi kiraan kos failed pun keputusan tetap sama, bungkuih jugak ye.
Sebab tu saya pernah terbaca ada seorang pakar berpendapat untuk berjaya anda mesti ada 50 ilmu yg lain daripada orang lain.
Tuuu dia, kalau nak tulis semua jenuh. 50 gais bukan 5, kalau 5 saya pun boleh tulis sekarang.
Kan.
Sebab tu orang tua² pesan, rendahkan ego kamu, tahulah kamu tu viral, pop**ar, tulis apa pun beribu share dan berpuluh ribu komen. Tapi one day kamu tetap kena mengadap dengan orang yg Mr. nobody, tak ada siapa pun kenal dia.
Nampak muka average saja, naik kereta pun axia kompang saja yg mana kalau geng² founder tengok saja terus terbatuk sebab tak sama standard dengan dia.
Orang yg gagal biasanya mereka pandang rendah pada ilmu, mereka lebih s**a melihat dari sudut materialistic.
Sembang 'juah' atau cakap sentiasa tinggi dan dia hebat semua semua dah pernah buat, juga punca dia tak rasa perlunya tambah ilmu. Sibuk dengan teknik menimbulkan kontriversi harian minggu supaya nama bisnes cepat naik boleh menyebabkan kita hilang fokus pada yg lebih utama.
Cari ilmu yg bermanfaat untuk bisnes aku dulu.
Bila ilmu dah cukup, the rest will follow. Masa tu bisnes kau tak viral pun tapi orang datang 'bertimpa'.
Viral dengan sebab provoke orang ni tak lama mana pun, umpama hujan di Taiping saja. Setengah jam atau paling lama pun 1 jam lepas tu 'sereyat' dan berhenti.
Nak cari ilmu tambah ilmu ni tak perlu heboh² pun, beli satu buku yg ditulis oleh pakar dalam bidang tersebut, lepas tu kau baca diam² kat rumah. Ulang sampai faham, kemudian move on ke next book dan kalau ada budget lebih boleh pergi belajar dengan siapa² yg available.
Ingat nak buat bisnes ni kena belajar motivasi saja ke?
Tu tak ada dalam senarai pun, yg kau pergi pulun belajar buat apa. Ilmu pengurusan kewangan jauh lebih penting dari motivasi yg boleh dapat dengan tengok video YouTube saja.
Free lagi, huhuu.
Formula asas contoh ROI, break even dan banyak lagi sangat penting untuk pastikan bisnes kita sihat, tapi kita tak pulun pun pergi belajar.
Kan.
Yg kita kejar, bila aku boleh pencen muda.😅
Ilmu tak ada tapi bila bisnes dah mula nampak laju sikit dah mula rasa hebat. Padahal itu proses semulajadi yg ada dalam fasa introduction dan growth je.
Memang akan naik dulu, lepas tu ia akan turun. Apa la, yg tu pun tak faham.
Masa tu turun itu lah ramai yg meroyan kononnya orang sabotaj, ekonomi tak bagus sebab banyak syarikat luar duk 'gabuih' pasaraya tempatan dan sebagainya.
Padahal benda ni ada kaitan dengan ilmu yg kita tak ada saja.
Contoh lagi, kita yg ada degree macam² bidang ni bila tersesat di padang pasir (contohhhh) belum tentu boleh survive jika nak dibanding dengan Arab Badwi yg kita nampak serabai dari kita.
Kita tengok logamaya pun kata ada lopak air di hujung sana padahal itu hanya logamaya saja. Orang Badwi guna dhab je untuk cari ayor kat tempat kering kontang macam tu.
Begitulah luasnya ilmu.
Pagi yg berkabus, semalam hujan lebat kat sini.
- 121Pcoaching -