SK Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak

SK Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak ABA3025
SK Tanah Kebun
Parit Buntar, Perak
+6057173005

Bakal beraksi di pentas MSSM. Tahniah Ameer Mikael!🎉 Semoga beroleh  kejayaan dan mengharumkan nama SK Tanah Kebun.
10/08/2026

Bakal beraksi di pentas MSSM. Tahniah Ameer Mikael!🎉 Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama SK Tanah Kebun.

✨ Tahniah & Syabas Pasukan BSMM Sekolah!✨Alhamdulillah, seramai 8 orang murid Tahun 6 Al-Ikhlas dan 6 Al Falaq telah ber...
10/08/2026

✨ Tahniah & Syabas Pasukan BSMM Sekolah!

✨Alhamdulillah, seramai 8 orang murid Tahun 6 Al-Ikhlas dan 6 Al Falaq telah berjaya menamatkan Kem Lencana Kecekapan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sekolah Rendah yang berlangsung di Kem Rakan Muda, Kamunting! 🏕️❤️

Sepanjang kem ini, para peserta telah menimba ilmu dan pengalaman berharga melalui latihan intensif pertolongan cemas.

Antara kemahiran utama yang dikuasai termasuklah:

🔹 Teknik Usungan – Belajar cara memindahkan mangsa dengan betul dan selamat.

🔹 Bantuan CPR – Menguasai langkah kecemasan menyelamat nyawa.

🔹 Teknik Balutan – Mempraktikkan balutan luka menggunakan kain anduh dengan kemas.

Kem ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti pertandingan. Berkat kerjasama dan kreativiti yang tinggi, sekolah kita telah berjaya merangkul Tempat Pertama dalam Pertandingan Menu Sihat (Sandwich).

🏆🥪 Walaubagaimanapun rezeki tidak menyebelahi kita dalam pertandingan kraftangan, namun semangat juang dan usaha yang ditunjukkan oleh semua murid amat membanggakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru penasihat dan ibu bapa atas sokongan padu.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi membantu komuniti pada masa hadapan! 💪🌟

TAHNIAH & SYABAS! 🌟Tahniah diucapkan kepada 17 orang Ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Tanah Kebun yang terdiri daripada muri...
09/08/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Tahniah diucapkan kepada 17 orang Ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Tanah Kebun yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang telah menyertai Kem Ujian Lencana Keris Emas pada 8–10 Mei 2026 bertempat di Pusat Kecemerlangan PPD Kerian, Parit Buntar, Perak.

Murid-murid tersebut ialah:
1.Izz Zareef
2.Nur Naura Qaisara
3.Muhammad Adny Arsyad
4.M.Irham
5.Nur Aisya Qaisara
6.M.Danish Irfan
7.Nor Ain
8.Syifa Qaleesya
9.Nur Amni Farhah
10.M.Danish Mifzal
11.Nur Hana Sofia
12.Nur Insyirah Raudhah
13.Aqif Naufal
14.Muhammad Danial Zikri
15.Annur Aisyah-
16.Khaira Areesya
17.Nur Shafina

Murid-murid tersebut telah dibimbing oleh Guru pembimbing Pengakap tahun 6 iaitu:
1. Cikgu Mahanum
2. Cikgu Zahari
3. Cikgu Rohaya

Alhamdulillah, kesemua peserta telah berjaya lulus kesemua ujian semasa perkhemahan tersebut termasuk Ujian Online Lencana Keris Emas. 🎉⚜️

Syabas atas semangat, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berbakti dan melangkah lebih jauh!

SI KECIL PUN BOLEH MAIN HOKI! ✨🏑Lagi awal anak2 kenal hoki, lagi banyak peluang untuk anak2 membina bakat!Antara sesi la...
08/08/2026

SI KECIL PUN BOLEH MAIN HOKI! ✨🏑

Lagi awal anak2 kenal hoki, lagi banyak peluang untuk anak2 membina bakat!

Antara sesi latihan hoki murid Tahap 1 SK Tanah Kebun. Walaupun masih kecil, mereka tetap bersemangat.

Latihan asas seperti mengawal bola, membuat hantaran dan menguasai kayu hoki menjadi langkah pertama untuk mereka mengenali dunia hoki. Siapa tahu, dari sinilah bermulanya perjalanan seorang pemain hoki hebat.

Terdapat kejohanan hoki bawah 9 tahun yang akan berlangsung pada bulan November ini.

Jadi, kalau anak-anak Tahap 1 berminat nak cuba bermain hoki, jangan malu-malu! 😊
Beri mereka peluang untuk belajar, bermain, berkawan dan merasai pengalaman beraksi dalam kejohanan.

Impian bermula dengan peluang, kejayaan hadir bersama usaha. Semoga peluang ini menjadi pengalaman yang berharga dan men...
07/08/2026

Impian bermula dengan peluang, kejayaan hadir bersama usaha. Semoga peluang ini menjadi pengalaman yang berharga dan menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.Teruskan perjuangan dengan penuh semangat, yakin dengan kemampuan diri dan berikan yang terbaik.

BACAAN YASIN MINGGUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH KEBUNAlhamdulillah, Bacaan Yasin Mingguan SK Tanah Kebun telah berlangsun...
06/08/2026

BACAAN YASIN MINGGUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH KEBUN

Alhamdulillah, Bacaan Yasin Mingguan SK Tanah Kebun telah berlangsung dengan penuh khusyuk. Bacaan telah dipimpin oleh Ustaz Firdaus, AJK PIBG Sekolah.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya, membawa rahmat, keberkatan dan ketenangan buat seluruh warga SK Tanah Kebun. Semoga amalan yang mulia ini terus istiqamah dan diberkati Allah SWT.

TAHNIAH !🏅PERTANDINGAN: DARE TO SPELL PERINGKAT DAERAH KERIAN 2026TARIKH: 3 OGOS 2026PENCAPAIAN: NAIB JOHAN🥈 Tahniah dan...
04/08/2026

TAHNIAH !🏅
PERTANDINGAN: DARE TO SPELL PERINGKAT DAERAH KERIAN 2026
TARIKH: 3 OGOS 2026
PENCAPAIAN: NAIB JOHAN🥈

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Muhammad Ameer Mikael di atas kejayaan mendapat Naib Johan di dalam Pertandingan Dare to Spell Peringkat Daerah 2026. Penyertaan bermula dengan 50 sekolah di daerah Kerian pada pusingan awal dan kemudian seramai 20 orang berjaya terpilih ke peringkat akhir.

Warga SK Tanah Kebun mengucapkan syabas dan mendoakan semoga adik terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

TAHNIAH WIRA HOKI  SK TANAH KEBUN! 🏆🏑Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang murid SK Tanah Kebun...
28/07/2026

TAHNIAH WIRA HOKI SK TANAH KEBUN! 🏆🏑

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang murid SK Tanah Kebun yang telah merealisasikan impian Pasukan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun Daerah Kerian untuk muncul JOHAN di Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) 2026 yang berlangsung pada 24-26 Julai yang lalu.
Pemain-pemain hoki yang terlibat ialah:
🏑 Muhammad Ameer Mikael 5I
🏑 Muhammad Irsyad Hasif 5I
🏑 Muhammad Alif Bazli 5F

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat sekolah, daerah dan seluruh warga SK Tanah Kebun. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Warga SK Tanah Kebun mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya. Teruskan mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri!

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SCHOOL ANTI BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE), PETI SUARA MURID & LAMAN MINDA SIHAT📅 T...
27/07/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SCHOOL ANTI BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE), PETI SUARA MURID & LAMAN MINDA SIHAT

📅 Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.40 pagi – 8.10 pagi
📍 Tempat: Tapak Perhimpunan SK Tanah Kebun

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program School Anti Bullying Framework for Empowerment (SAFE), Peti Suara Murid dan Laman Minda Sihat di SK Tanah Kebun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Encik Mohd Safawi bin Saad, Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Kerian serta turut dihadiri oleh Encik Ahmad Fikri bin Hashim, School Liaison Officer (SLO), Pegawai Perhubungan Sekolah dan Yang Dipertua PIBG SK Tanah Kebun, Encik Abdul Syukur bin Abdullah.

Pelancaran ini merupakan satu komitmen warga sekolah dalam membentuk persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif melalui usaha membanteras budaya buli, memperkukuh kesejahteraan emosi serta membudayakan sikap saling menghormati dan prihatin dalam kalangan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif yang dilaksanakan dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia, berkeyakinan serta sejahtera dari segi fizikal dan emosi.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SCHOOL ANTI BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE), PETI SUARA MURID & LAMAN MINDA SIHAT📅 T...
27/07/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SCHOOL ANTI BULLYING FRAMEWORK FOR EMPOWERMENT (SAFE), PETI SUARA MURID & LAMAN MINDA SIHAT

📅 Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.40 pagi – 8.10 pagi
📍 Tempat: Tapak Perhimpunan SK Tanah Kebun

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program School Anti Bullying Framework for Empowerment (SAFE), Peti Suara Murid dan Laman Minda Sihat di SK Tanah Kebun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Encik Mohd Safawi bin Saad, Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Kerian serta turut dihadiri oleh Encik Ahmad Fikri bin Hashim, School Liaison Officer (SLO), Koperal Muhammad bin Zakaria, Pegawai Perhubungan Sekolah dan Yang Dipertua PIBG SK Tanah Kebun, Encik Abdul Syukur bin Abdullah.

Pelancaran ini merupakan satu komitmen warga sekolah dalam membentuk persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif melalui usaha membanteras budaya buli, memperkukuh kesejahteraan emosi serta membudayakan sikap saling menghormati dan prihatin dalam kalangan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif yang dilaksanakan dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia, berkeyakinan serta sejahtera dari segi fizikal dan emosi.

Address

Kampung Jalan Baharu
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:00
Tuesday 07:30 - 05:00
Wednesday 07:30 - 05:00
Thursday 07:30 - 05:00
Friday 07:30 - 12:00
14:30 - 05:00

Telephone

+6057173005

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category