Pusat Sumber SK Kampong Kedah

Pusat Sumber SK Kampong Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sumber SK Kampong Kedah, School, Parit Buntar.

Penyampaikan Hadiah Aktiviti Galakan Membaca Sesi 2023/2024πŸ“š Nilam πŸ“š Pembaca Terbanyak Mengikut TahunπŸ“š Pertandingan Toko...
30/04/2024

Penyampaikan Hadiah Aktiviti Galakan Membaca Sesi 2023/2024

πŸ“š Nilam
πŸ“š Pembaca Terbanyak Mengikut Tahun
πŸ“š Pertandingan Tokoh Nilam Peringat Daerah 2023/2024 (Ketiga Bahasa Melayu & Keempat Bahasa Inggeris)
πŸ“š Sijil Penyertaan Video Terbaik TVPSS Peringkat Daerah 2023

Penyerahan Bakul Buku Sesi 2024/2025
30/04/2024

Penyerahan Bakul Buku Sesi 2024/2025

Pelancaran Program Nilam & Program Jom Baca 10 Minit Sempena Kempen Bulan Membaca Peringat Negeri Perak 2024
30/04/2024

Pelancaran Program Nilam & Program Jom Baca 10 Minit Sempena Kempen Bulan Membaca Peringat Negeri Perak 2024

28/09/2023
Salam Maulidur Rasul 1445H buat seluruh warga SK Kampong Kedah.
28/09/2023

Salam Maulidur Rasul 1445H buat seluruh warga SK Kampong Kedah.

Hari ini kurang lebih 1,453/1,452 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Mekah.

Pada malam Isnin dipercayai 20 April 570/571M itu, serentak berlaku beberapa fenomena alam luar biasa yang bukan sahaja diingati oleh dunia Islam, malah dicatat dalam sejarah tamadun Parsi Sasanid yang ketika itu dipimpin Maharaja Khosrow I/Kisra.

Lahir tanpa bapanya, Abdullah, yang meninggal dunia 6 bulan sebelum itu, Rasulullah SAW dibesarkan oleh ibu susuan sehingga 2 tahun sebelum kembali bersama ibu kandungnya, Aminah binti Wahab. Ketika berusia 6 tahun, ibu Baginda p**a meninggal dunia.

Rasulullah SAW meneruskan kehidupan bersama datuknya, pemimpin Bani Hashim, Abdul Mutalib sehingga berusia 8 tahun & dijaga p**a oleh bapa saudaranya, Abu Talib yang menjadi ketua puak yang baharu selepas kematian Abdul Mutalib.

Bersama bapa saudaranya, Rasulullah SAW belajar hidup sebagai pedagang hingga ke Syam (Syria) sampai ke usia dewasanya. Ketika itu, Baginda bertemu dengan Saidatina Khadijah binti Khuwaylid lalu mengahwininya pada usia 25 tahun.

Tempoh di antara kembara dagang, Rasulullah SAW membesarkan kawanan kambing. Waktu di Mekah juga sering diluangkan Baginda selama beberapa hari pada satu-satu masa untuk bersendirian di gua Hira’ di Jabal Nur di pinggir kota Mekah.

Sehingga suatu hari pada tahun 610M di usia 40 tahun, ketika sedang bertafakur di dalam gua tersebut, Rasulullah SAW didatangi malaikat Jibril AS membawakan perintah Allah SWT agar Baginda menyampaikan kebenaran kepada umatnya.

Bermulalah perjalanan Baginda sebagai pembawa ajaran hidup yang benar & sejahtera bernama Islam. Namun, Baginda berdepan tentangan yang amat dahsyat dalam menjalankan misi suci itu waima daripada kalangan puaknya sendiri.

Tekanan itu membawa kepada penghijrahan Baginda & pengikutnya ke Yathrib pada 622M. Berpusat di kota yang kemudian dinamakan Madinah al-Munawwarah itu, syiar Islam mengukuh & terus tersebar luas menjadi sebuah peradaban baharu di dunia Arab.

Pada 630M, Islam akhirnya berjaya membenamkan tentangan Quraisy & Rasulullah SAW kembali ke Mekah. 2 tahun kemudian, Baginda p**ang ke negeri abadi.

Sumber: Biography, The Prophet Muhammad: A Biography

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1 (BAHGIAN 2 : SPONTAN)PERINGKAT DAERAH KERIAN 2023Pada hari Jumaat, 11 Ogos ...
11/08/2023

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1 (BAHGIAN 2 : SPONTAN)

PERINGKAT DAERAH KERIAN 2023

Pada hari Jumaat, 11 Ogos 2023 telah diadakan pertandingan bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 yang diadakan di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Nurulain Nasuha dari kelas 3 Ibnu Sina telah mewakili SK Kampong Kedah untuk pertandingan kali ini. Pengalaman pertama untuk Nasuha meraih saguhati. Semoga terus bersemangat melakar kejayaan pada masa akan datang 😊

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2 (BAHAGIAN KEDUA : SPONTAN)PERINGKAT DAERAH KERIAN 2023Pada hari Khamis, 10 ...
11/08/2023

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2 (BAHAGIAN KEDUA : SPONTAN)

PERINGKAT DAERAH KERIAN 2023

Pada hari Khamis, 10 Ogos 2023 telah diadakan pertandingan bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 Peringkat Daerah Kerian yang telah dikelolakan oleh SK Kampong Kedah. Pertandingan ini telah dilaksanakan di Pusat Sumber Pendeta Zaaba SKKGK. Seramai 10 peserta terlibat untuk sesi kedua ini selepas tersenarai sebagai 10 terbaik melalui penilaian rakaman video. Tahniah kepada Wardah Nadhiera dari kelas 6 Ibnu Sina, mewakili peserta SK Kampong Kedah yang meraih tempat ke-3.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Semoga dapat melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Address

Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 07:40 - 14:30
Tuesday 07:40 - 14:30
Wednesday 07:40 - 16:00
Thursday 07:40 - 14:30
Friday 07:40 - 12:30

Telephone

+6057175767

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber SK Kampong Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category