SK Sacred Heart Kg Biau Papar

SK Sacred Heart Kg Biau Papar SHB PROAKTIF SEKOLAHKU UNGGUL

Selamat sejahtera, Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL. Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua sta...
30/04/2026

Selamat sejahtera,
Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua staf dan ibu bapa prihatin. Terima kasih atas kebersamaan dalam menjadikan kemenjadian anak murid kita cemerlang..

Tulus ikhlas,
Guru Besar dan Warga Sekolah
SK Sacred Heart Kg Biau
Papar

♟️ KEJOHANAN CATUR MSSD PAPAR 2026 ♟️Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah yang telah menyertai Kejohanan Catur...
22/04/2026

♟️ KEJOHANAN CATUR MSSD PAPAR 2026 ♟️

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Papar pada 14–15 April 2026 di SK Viging Ulu Bongawan.

Pencapaian membanggakan:
🔹 NIKKI JADE D.OSWALD MIJOOS – Tempat ke-8 daripada 97 peserta
🔹 ODELL NARU D.OSWALD MIJOOS – Anugerah Pemain Ke-6 Terbaik kategori 10 tahun

Syabas kepada semua atlet atas usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. Terima kasih juga kepada jurulatih dan guru pengiring atas bimbingan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa akan datang! ♟️🔥

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada murid SK SacredHeart Biau, Papar iaitu Esmerald...
07/04/2026

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada murid SK Sacred
Heart Biau, Papar iaitu Esmeralda Ava Lee atas penyertaan beliau dalam Kejohanan Malaysia
Invitational Age Group Swimming Championship Ke-61 Tahun 2026.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 5 hingga 8 Februari 2026 di Pusat Akuatik Negara, Bukit
Jalil dan menghimpunkan penyertaan dari beberapa negara iaitu Hong Kong, China, Cambodia,
Indonesia, Philippines dan Malaysia. Esmeralda Ava Lee telah mewakili negeri Sabah dalam
kejohanan berprestij ini.

Pada hari pertama kejohanan, Ava telah menunjukkan prestasi yang membanggakan:
100m Breaststroke – Tempat ke-20 daripada 44 peserta (Personal Best)
200m Individual Medley – Tempat ke-13 daripada 63 peserta (Personal Best)
Namun pada hari kedua kejohanan, Ava telah jatuh sakit dan dihantar ke Hospital Sultan Aziz
Shah, Serdang. Pihak Malaysia Aquatics tidak memberikan kebenaran untuk beliau bertanding
pada hari kedua dan ketiga kerana keadaan kesihatannya.
Walaupun belum pulih sepenuhnya pada hari terakhir kejohanan, Ava tetap menunjukkan
semangat juang yang tinggi dan meneruskan pertandingan dengan penuh cekal dan berani.
Keputusan pada hari terakhir:
100m Butterfly – Tempat ke-23 daripada 40 peserta (Personal Best)
50m Freestyle – Tempat ke-8 daripada 59 peserta (Personal Best)

Lebih membanggakan, Ava telah menerima sijil pencapaian daripada Malaysia Aquatics atas
kejayaan berada dalam kelompok Top 10 Best Malaysia bagi acara 50m Freestyle.
Pihak sekolah amat berbangga dengan semangat, ketabahan dan pencapaian yang ditunjukkan
oleh Ava. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha
mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Sekian, terima kasih.




Warga sekolah SK Sacred Heart Kg Biau Papar mengucapkan "Happy Easter" kepada semua murid, ibu bapa, PIBG, BOG dan komun...
05/04/2026

Warga sekolah SK Sacred Heart Kg Biau Papar mengucapkan "Happy Easter" kepada semua murid, ibu bapa, PIBG, BOG dan komuniti yang merayakan.



Selamat menyambut Jumaat Agung kepada semua guru, murid, ibu bapa dan Warga SK SacredHeart Biau  yang beragama Roman Cat...
03/04/2026

Selamat menyambut Jumaat Agung kepada semua guru, murid, ibu bapa dan Warga SK SacredHeart Biau yang beragama Roman Catholic.

Today we celebrate the love that cannot be defeated by death.



Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2026SK Sacred Heart Kg. Biau telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 28 Mac 2026 (Sab...
29/03/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2026
SK Sacred Heart Kg. Biau telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 28 Mac 2026 (Sabtu) yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, guru serta ahli jawatankuasa yang telah hadir dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

🤝 Kerjasama yang padu antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan murid terus diperkasa.

💡 Segala cadangan, pandangan dan sokongan yang diberikan amat dihargai demi kebaikan bersama.

Semoga semangat kebersamaan ini akan terus kekal dan diperkukuhkan pada masa akan datang.
Terima kasih atas sokongan anda semua!

Salam sejahtera,Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL,Salam PIBG PROAKTIF. Tuan/Puan ibu bapa dan penjaga yang dihormati,...
18/03/2026

Salam sejahtera,
Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL,
Salam PIBG PROAKTIF.

Tuan/Puan ibu bapa dan penjaga yang dihormati,
dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah. Kehadiran tuan/puan amat penting dalam sama-sama menyumbang idea dan sokongan demi kecemerlangan anak-anak.

Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah turut menyediakan cabutan nama bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Sacred Heart Kg Biau
Papar



Salam sejahtera dan Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL. Anak-anak yang dikasihi, tidak lama lagi kita akan bercuti dan...
18/03/2026

Salam sejahtera dan Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL.

Anak-anak yang dikasihi, tidak lama lagi kita akan bercuti dan menyambut Hari Raya. Gunakan masa cuti ini dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang. Jaga keselamatan diri walau di mana anda berada dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua murid dan warga sekolah. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan berbahagia.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Sacred Heart Kg Biau
Papar




Selamat sejahtera dan Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL.  Makluman kepada semua rakan ibu bapa. Terima kasih.
16/03/2026

Selamat sejahtera dan Salam SHB PROAKTIF, SEKOLAHKU UNGGUL. Makluman kepada semua rakan ibu bapa. Terima kasih.

SESI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA

Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






11/03/2026

Pemahaman lebih lanjut berkenaan kohort kemasukan ke Tahun 1 Sesi 2027

Address

Peti Surat 590
Papar
89608

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sacred Heart Kg Biau Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category