SK Mook Kinarut

SK Mook Kinarut Selamat Datang...
Nama SK: Sekolah Kebangsaan Mook Kinarut
Kod SK: XBA4234
Jumlah Guru: 41 orang
Jumlah AKP : 6 orang

SEKITAR PROGRAM | SELIA BANTU URUSAN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIAAlhamdulillah, telah berlangsung Program Selia Bantu Uru...
23/07/2026

SEKITAR PROGRAM | SELIA BANTU URUSAN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Selia Bantu Urusan Perkhidmatan Sumber Manusia yang dikendalikan oleh Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Program ini bertujuan memberi khidmat selia bantu serta bimbingan berkaitan pengurusan perkhidmatan sumber manusia bagi memastikan urusan perkhidmatan di peringkat sekolah dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Semoga perkongsian serta bimbingan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan perkhidmatan di SK Mook.

πŸ“… Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Makmal Komputer, SK Mook

Terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Papar atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

🦷 Program Pendidikan Kesihatan Pergigian Murid Tahun 422 Julai 2026 | RabuAlhamdulillah, Program Pendidikan Kesihatan Pe...
22/07/2026

🦷 Program Pendidikan Kesihatan Pergigian Murid Tahun 4

22 Julai 2026 | Rabu

Alhamdulillah, Program Pendidikan Kesihatan Pergigian bagi murid-murid Tahun 4 telah berlangsung dengan lancar.

Melalui program ini, murid-murid didedahkan kepada kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mempelajari teknik memberus gigi yang betul bersama pegawai pergigian.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan pegawai pergigian atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang bermanfaat.

🦷 Gigi Sihat, Senyuman Ceria

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada murid Prasekolah SK Mook, Sayyid Syazwan Bin Salim...
20/07/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada murid Prasekolah SK Mook, Sayyid Syazwan Bin Salimullah, atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bento Kreatif Makanan Sihat Prasekolah (KPM) sempena Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Papar Tahun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Seripah Binti Ibrahim selaku guru pembimbing atas segala usaha, bimbingan dan komitmen yang dicurahkan sehingga membuahkan kejayaan yang membanggakan ini.

✨ Kejayaan ini melayakkan SK Mook mewakili Daerah Papar ke Peringkat Negeri Sabah.

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah serta daerah. Mohon doa daripada semua agar dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan di peringkat negeri nanti. 🀲

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Perkhemahan Kokurikulum Kelab/Persatuan 2026β€”jom imbas kembali m...
18/07/2026

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Perkhemahan Kokurikulum Kelab/Persatuan 2026β€”jom imbas kembali momen-momen terbaik sepanjang program ini! πŸ•οΈβœ¨

16/07/2026
🌟 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIHSekolah Kebangsaan Mook Kinarut, selaku sekolah pengelola, merakamk...
16/07/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Sekolah Kebangsaan Mook Kinarut, selaku sekolah pengelola, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Papar Tahun 2026.

πŸ“… Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Dewan Tandugal, Kampung Mook

Penghargaan khusus kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Guru Besar, Pegawai Teknikal Pertandingan Bercerita, barisan pentadbir, jawatankuasa pelaksana, para hakim, guru pengiring, peserta, ibu bapa, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang penganjuran program.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu serta melahirkan generasi yang berilmu, berkeyakinan dan berketerampilan.

Bahasa Jiwa Bangsa, Perpaduan Nadi Negara.


πŸŽ‰ KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH PAPAR TAHUN 2026 πŸŽ‰Tahniah kepada murid-murid Prasekolah SK Mook Kinarut atas penyertaan yan...
16/07/2026

πŸŽ‰ KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH PAPAR TAHUN 2026 πŸŽ‰

Tahniah kepada murid-murid Prasekolah SK Mook Kinarut atas penyertaan yang cemerlang dalam Karnival Prasekolah Daerah Papar 2026.

πŸ“… 1 Julai 2026
πŸ“ Gelanggang Futsal Kampung Benoni

Murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara Futsal dan Bola Jaring. Tahniah kepada pasukan Futsal yang memperoleh Tempat Ketiga Kumpulan dan pasukan Bola Jaring yang berjaya meraih πŸ₯ˆ Naib Johan Kumpulan.

Penghargaan kepada guru-guru dan PPM Prasekolah atas bimbingan serta komitmen yang diberikan iaitu Cikgu Vyner G. Ginusi, Cikgu Maslianah Binti Othman, Cikgu Seripah Binti Ibrahim, Cik Masnurulhudah Bte Enderin, Hajah Lenny Haslena Binti Matni dan Puan Nor Az Zahra Binti Kiffli.

Syabas kepada semua!

πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026 βœ¨πŸ“šSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Haura Safee...
15/07/2026

πŸ“šβœ¨ PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026 βœ¨πŸ“š

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Haura Safeeya Binti Nasir atas kejayaan meraih Naib Johan Pertandingan Pembaca Bestari Sempena Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 bagi Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, keyakinan dan kecintaan terhadap budaya membaca yang telah dipupuk. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga SK Mook untuk terus membudayakan amalan membaca dan mencipta lebih banyak kejayaan.

Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Khairul Daniel Bin Mohd Zainie selaku guru pembimbing atas dedikasi dan bimbingan yang diberikan.

🌟 Nadi Ilmu Amalan Membaca🌟


Address

Peti Surat 184, Jalan Kampung Mook
Papar
89608

Telephone

+6088750201

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Mook Kinarut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Mook Kinarut:

Shortcuts

Share

Category