23/06/2026
🌾 KAAMATAN ID SIKULKU 2026 🌾
SMK St. Joseph Papar dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa dan penjaga untuk memeriahkan sambutan Kaamatan Id Sikulku 2026 yang akan diadakan pada:
📅 27 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Grace Hall, SMK St. Joseph Papar
Bertemakan “Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”, program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, menghargai warisan budaya serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
✨ Bazad-Bazad Kaamatan
✨ Buvazoi Tavantang
✨ Sugandoi
✨ Mihaba Hongon
✨ Kaamatan Charity Draw dengan hadiah terkumpul sehingga RM10,000 untuk dimenangi!
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Jul Nuatim, Pembantu Menteri Kementerian Luar Bandar.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan pesta menuai dalam suasana yang penuh warna-warni, meriah dan bermakna. Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini.
Kaamatan Id Sikulku 2026 – Raikan budaya, kukuhkan perpaduan, dan cipta kenangan bersama! 🌾🎉
Pejabat Pendidikan Daerah Papar
Persatuan Ibubapa dan Guru SMK St Joseph - PIBG SJS
Smk ST Joseph Papar