SK. KAIDUAN, PAPAR

SK. KAIDUAN, PAPAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK. KAIDUAN, PAPAR, Education, D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH, PETI SURAT 132, Papar.

Melaksanakan pencerapan guru,mata pelajaran sains dan pemulihan.
07/08/2026

Melaksanakan pencerapan guru,mata pelajaran sains dan pemulihan.

Sesi pencerapan guru pra sekolah sk kaiduan.Tarikh: 27.7.2027Hari. : IsninAlhamdulilah  selesai
27/07/2026

Sesi pencerapan guru pra sekolah sk kaiduan.
Tarikh: 27.7.2027
Hari. : Isnin
Alhamdulilah selesai


19/07/2026

Mantap, tahniah..

Antara koleksi tanaman yang ditanam dan dijaga oleh penghuni asrama sk kaiduan "ASDEK".semua tanaman bebas racun dan baj...
17/07/2026

Antara koleksi tanaman yang ditanam dan dijaga oleh penghuni asrama sk kaiduan "ASDEK".semua tanaman bebas racun dan baja kimia hanya menggunakan baja organik. Next projek tanaman bawang akan diusahakan. Semoga sedikit ilmu pertanian yang diperolehi oleh murid-murid sk kaiduan dapat membuka minda mereka bahawa pertanian mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Pagi ini, dua orang murid dari SK Kaiduan akan berlari membawa cabaran Sabah pada Kejohanan Merentas Desa PPKI Kebangsaa...
20/05/2026

Pagi ini, dua orang murid dari SK Kaiduan akan berlari membawa cabaran Sabah pada Kejohanan Merentas Desa PPKI Kebangsaan di Johor.

Rixtie dan Eva yang mewakili Negeri Sabah bersama rakan lain dijadualkan akan memulakan cabaran pada pukul 8.15 pagi ini.

Doa kami moga kalian akan p**ang dengan kejayaan.

Hanya Mantap Mampu Di lafazkan

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Selamat Hari Guru"Guru Bitara, Nadi Negara"Segunung penghargaan buat insan mulia yang mendidik tanpa jemu, menyuluh jala...
16/05/2026

Selamat Hari Guru

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Segunung penghargaan buat insan mulia yang mendidik tanpa jemu, menyuluh jalan ilmu, membentuk akhlak dan jiwa generasi.

Setiap titik keringat dan pengorbanan cikgu
adalah cahaya yang menerangi masa depan anak bangsa.

Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan kasih sayang yang tidak ternilai harganya.
Jasamu sentiasa dikenang, budimu kekal di hati.

Daripada Encik Azli Bin Jamaluddin,
Guru Besar serta seluruh warga SK Kaiduan Papar.

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

SEUNTAI KASIH, BAKTI DISANJUNGMaka pada hari ini, terungkaplah satu lembaran hikayat, tentang seorang nakhoda yang bijak...
28/04/2026

SEUNTAI KASIH, BAKTI DISANJUNG

Maka pada hari ini, terungkaplah satu lembaran hikayat, tentang seorang nakhoda yang bijaksana memimpin bahtera ilmu meredah samudera cabaran. Dialah Tuan Guru Besar, yang selama ini menjadi pelita dalam gelita, menjadi payung di kala hujan, dan menjadi tonggak kukuh kepada seluruh warga sekolah.

Dengan kebijaksanaan dan ketulusan budi, telah tuan semai benih ilmu di taman pendidikan ini. Mekarlah ia menjadi kuntuman kejayaan, harum baunya menyebar ke segenap penjuru. Setiap langkah tuan, setiap bicara tuan, menjadi pedoman dan teladan kepada kami semua.

Adapun kini, telah tersurat takdir Ilahi, bahawa tuan akan beralih arah, berangkat menuju ke destinasi baharu. Maka berpisahlah kita bukan kerana putusnya kasih, tetapi kerana tuntutan amanah yang lebih tinggi.

Kalau berlayar ke p**au pandan,
Jangan lupa membawa bekal;
Kalau berpisah bukan sempadan,
Kasih terpahat mekar dan kekal.

Sesungguhnya jasa tuan ibarat embun pagi — halus jatuhnya namun menyuburkan bumi. Budi tuan ibarat sinar mentari — tidak terlihat genggamannya, namun terasa hangatnya di jiwa.

Ampun dan maaf dipohon andai sepanjang bersama, terbit khilaf dan silap tutur bicara, tersilap langkah dan tersalah laku. Sesungguhnya kami hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada kekurangan.

Kami iringi pemergian tuan dengan doa setulus hati — moga langkah tuan sentiasa diberkati, perjalanan dipermudah Ilahi, dan teruslah menjadi obor penyuluh kepada anak bangsa walau di mana jua berada.

Pergilah tuan membawa kenangan,
Tinggallah kami menyulam ingatan;
Budi dan jasa jadi sanjungan,
Terpahat kekal sepanjang zaman.

Selamat berkhidmat disekolah baru Tuan Uzair Kee Yahya. SK Kaiduan Papar : 17 Dis 2015 - 28 April 2026

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

MANTAN ATLIT DAN ATLIT DALAM PEMBIKINANEsok Sabtu 25 April 2026, Nellyery akan memulakan cabaran bagi acara Merentas Des...
24/04/2026

MANTAN ATLIT DAN ATLIT DALAM PEMBIKINAN

Esok Sabtu 25 April 2026, Nellyery akan memulakan cabaran bagi acara Merentas Desa pada Kejohanan Merentas Desa MSSM Kebangsaan 2026 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kemarin dia jumpa dengan bekas murid SK Kaiduan juga merupakan atlit handalan sekolah ini satu ketika dulu. Kini beliau bertugas sebagai pendidik di p**au itu. Lebih manis lagi beliau juga diberi peranan sebagai jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Entah apalah yang bermain dibenak Vianney Lin Verus. Mungkin dia gementar akan cabaran yang akan diberikan oleh wakil Sabah itu. Nellyery tu kecil-kecil cili padi, sekali tergigit, pedasnya meruap sampai telinga.

Bah, begitulah itu bestie. Apapun selamat maju jaya semua yang bertanding. Tapi kejayaan tetap kita dambakan dan Nellyery akan p**ang dengan kalungan medal dilehernya.

Hanya Mantap Mampu Di lafazkan

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

OPOCOT MENANG LAGI! Kejohanan Merentas Desa (PPKI), MSS negeri Sabah telah berlangsung di Usukan Cove Kota Belud, Sabah ...
23/04/2026

OPOCOT MENANG LAGI!

Kejohanan Merentas Desa (PPKI), MSS negeri Sabah telah berlangsung di Usukan Cove Kota Belud, Sabah pada Khamis 23 April 2026 pukul 7 pagi.

Dalam ramainya atlit bertanding, tiga darinya merupakan murid dari SK Kaiduan. Mereka bersama atlit Papar lain hadir dengan semangat yang membara. Tiada lain tersemat dalam hati mereka kecuali unggul dalam edisi kali ini.

Ternyata kembara sejauh 114 km dari Papar ke destinasi pertarungan tidak sedikit pun melunturkan semangat dan lelah itu mereka gantikan dengan kejayaan.

Pertama lelaki dan perempuan itulah yang mereka pahatkan pada edisi tahun ini.
Rexte Justin, Pertama 12TKB lelaki dan Eva Angelyn Avitors juga turut berkongsi kedudukan sama bagi 12TKB Perempuan. Manakala Leonard Ranoh p**a berjaya perolehi kedudukan ke-19 12TKB Lelaki.

Adik Eva Angelyn Avitors dan Rexte Justin akan mewakili Sabah ke Kejohanan Merentas Desa (PPKI) MSSM di Pasir Gudang Johor pada 18 - 21 Mei 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan. Walaupun admin cuma tukang tabur di Facebook sekolah ini, namun turut tumpang bangga.
Moga terus melakar cemerlang di Johor nanti. Tidaklah juga lupa moga Dr. Suzali selaku Guru Pemulihan sudah merancang acara makan-makan.

Hanya Mantap Mampu Di lafazkan

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Sejarah tercipta lagi, kali ini bukan 1 tapi 2 wakil acara merentas sk kaiduan yang mewakili daerah papar dalam kejohana...
23/04/2026

Sejarah tercipta lagi, kali ini bukan 1 tapi 2 wakil acara merentas sk kaiduan yang mewakili daerah papar dalam kejohanan merentas Desa PPKI negeri sabah 2026 yang di adakan di Kota Belud telah berjaya mengungguli ketegori masing-masing. Seterusnya akan mewakili negeri sabah ke kejohanan merentas Desa PPKI kebangsaan yang akan diadakan di negeri Johor. Syabas dan Tahniah diucapakan kepada semua jurulatih,Oneill Jackson. Semoga ada manisnya lagi.

Address

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH, PETI SURAT 132
Papar
89608

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK. KAIDUAN, PAPAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK. KAIDUAN, PAPAR:

Shortcuts

Share

Category