Mpu1013 KK - Kumpulan 1: Penipuan Atas Talian

Mpu1013 KK - Kumpulan 1: Penipuan Atas Talian Maklumat berkenaan penipuan atas talian

Penipuan Pekerjaan Dalam TalianPenipuan pekerjaan dalam talian merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan penawaran ...
07/06/2023

Penipuan Pekerjaan Dalam Talian

Penipuan pekerjaan dalam talian merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan penawaran pekerjaan palsu dengan tujuan menipu dan memperoleh keuntungan dari mangsa. Lebih merisaukan, jenayah ini sering melibatkan golongan muda.

Terdapat tiga perkara yang telah menyebabkan isu ini terjadi:

1. Pertama sekali ialah dalam era digital, permintaan untuk pekerjaan dalam talian semakin meningkat. Penjenayah mengambil kesempatan daripada situasi ini dengan menawarkan peluang pekerjaan palsu untuk menarik mangsa. Mereka menggunakan platform pengambilan palsu atau menyebarkan iklan palsu untuk menarik perhatian bakal pekerja.

2. Kedua, kejahilan dan desakan keperluan kerja. Ramai individu yang mencari kerja dalam talian mungkin tidak memahami sepenuhnya risiko penipuan yang terlibat. Mereka yang memerlukan kerja segera mungkin mudah tertipu dengan tawaran palsu dan tidak menjalankan pengesahan yang mencukupi.

3. Ketiga, penawaran gaji lumayan juga menjadi penyebab kenapa orang awam tertarik dengan tawaran yang diiklankan dalam laman web, dengan gaji yang lumayan serta tidak memerlukan pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang setaraf keadaan ini menjadikan mangsa mudah tertipu dengan sindiket penipuan pekerjaan dalam talian.

Kesan-kesan penipuan pekerjaan dalam talian :

1. Penipuan kerja dalam talian memberi kesan buruk kepada pelbagai pihak.Mangsa penipuan pekerjaan mengalami kerugian kewangan yang besar. Mereka mungkin telah membayar yuran pendaftaran atau yuran lain kepada penipu, hanya untuk mengetahui pekerjaan itu tidak wujud. Selain itu, mereka juga mengalami kekecewaan, tekanan, dan ketidakpastian dalam mencari pekerjaan sebenar.

2. Penipuan pekerjaan dalam talian juga menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap platform pengambilan pekerja dan majikan yang jujur. Ia juga berpotensi menggugat kestabilan ekonomi dan menyebabkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan untuk pekerjaan. Tidak dilupakan, penipuan pekerjaan dalam talian boleh memberi kesan negatif terhadap imej negara dari segi keselamatan dan perlindungan hak pekerja. Selain itu, penipuan ini juga boleh menyebabkan kerugian ekonomi disebabkan kehilangan produktiviti akibat ketidakstabilan buruh.

3. Penipuan pekerjaan dalam talian menjejasakan emosi individu atau keluarga yang terkesan dengan penipuan pekerjaan ini. Keadaan ini berlaku kerana terdapat orang awam mencetuskan provokasi atau sindiran terhadap individu yang terjerat dengan scammer pekerjaan ini. Contohnya, individu tersebut telah menyebarkan kepada orang lain bahawa ada pengiklanan pekerjaan yang menawarkan gaji lumyan sedangkan itu hanyalah laman web palsu dan orang awam yang terlibat telah membelanjakan wang ringgit yang banyak dan mengalami kerugian.

Langkah-langkah mengatasi penipuan pekerjaan dalam talian :

1. Kerajaan harus memfokuskan dalam pendidikan awam. Kempen dan bengkel kesedaran boleh diadakan untuk mengajar orang ramai cara mengenal pasti penipuan, memahami risiko yang terlibat, dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Melalui pendidikan yang betul, individu akan lebih berwaspada dan dapat mengelakkan perangkap penipuan pekerjaan. Selain itu platform kerja dalam talian perlu memasukkan langkah penyeliaan dan kawal selia yang lebih ketat untuk mengurangkan penipuan. Mereka harus menjalankan pengesahan yang lebih ketat terhadap syarikat dan iklan pekerjaan yang diterbitkan di platform mereka. Sistem pelaporan penipuan yang mudah diakses dan mekanisme susulan yang pantas juga harus disediakan. Di samping itu, kerjasama dengan pihak berkuasa dan institusi yang berkaitan adalah perlu untuk memantau dan bertindak dengan lebih berkesan terhadap penipuan kerja dalam talian.

2. Penipuan kerja dalam talian adalah ancaman yang perlu diambil serius. Dengan meningkatkan kesedaran orang ramai, mendidik tentang tanda-tanda penipuan, dan melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa, platform pengambilan pekerja dan orang ramai, nescaya dapat mengurangkan bilangan kes penipuan pekerjaan dalam talian. Setiap orang harus berwaspada dan berhati-hati apabila mencari kerja dalam talian, dan menjalankan pengesahan menyeluruh sebelum memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran. Dengan langkah yang betul, kita boleh melindungi diri kita dan masyarakat daripada penipuan pekerjaan dalam talian.

3. Kerajaan harus memperkenalkan akta baharu iaitu memperkenalkan rang undang-undang dan etika penggunaan siber. Dengan perlaksanaan undang-undang ini, setiap perilaku atas talian yang berisiko untuk melakukan jenayah siber dapat dipantau dan melindungi orang ramai daripada terus terjerat dengan penipuan pekerjaan dalam talian atau lebih tepat lagi scammer pekerjaan.

Kesimpulanya, kerajaan serta orang awam haruslah sering berkerjasama dalam menangani penipuan pekerjaan dalam talian ini agar pihak-pihak yang berkepentingan, mementingkan wang ringgit dapat dibenteras, mengenakan hukuman yang lebih berat dan membuatkan Scammer pekerjaan pihak tidak lagi berani melakukan jenayah ini.

Disediakan oleh : Ramlan bin Lusi

Penipuan kewangan (Skim Cepat Kaya dan sebagainya)Penipuan kewangan dalam talian, termasuk skim cepat kaya dan penipuan ...
05/06/2023

Penipuan kewangan (Skim Cepat Kaya dan sebagainya)

Penipuan kewangan dalam talian, termasuk skim cepat kaya dan penipuan lain, merupakan ancaman serius dalam dunia digital hari ini. Penipuan sedemikian bertujuan untuk memperdaya dan memperdaya individu dengan janji ganjaran kewangan yang cepat dan mudah.

Berikut adalah beberapa punca berlakunya Penipuan Kewangan (Skim Cepat Kaya dan Sebagainya):

1- Hal ini terjadi berikutan kejahilan dan kesempitan kewangan. Ramai individu yang menghadapi masalah kewangan atau ingin menambah pendapatan mereka terdedah kepada penipuan kewangan dalam talian. Mereka yang tidak memahami sepenuhnya risiko dan taktik penipuan boleh dengan mudah terjerumus ke dalam perangkap penipuan tersebut.

2- Perkembangan teknologi dan akses mudah ke internet telah memberi peluang kepada penipu untuk mencapai mangsa yang berpotensi dengan lebih mudah. Mereka boleh menggunakan kaedah dan platform digital yang canggih untuk menipu individu dan menyembunyikan identiti mereka.

3- Sindiket penipuan kewangan (Skim Cepat Kaya) selalunya akan menunjukan status yang mewah setiap kali pertemuan. Helah ini sering digunakan untuk memancing ahli-ahli baru dengan menggambarkan bahawa keuntungan yang diperolehi sangat lumayan. Sehingga kini, ratusan ribu orang terjerumus dalam kegiatan pelaburan piramid ini.

Terdapat 3 kesan Penipuan Kewangan (Skim Cepat Kaya dan Sebagainya):

1- Terhadap individu : Mempunyai implikasi yang serius kepada individu, individu yang menjadi mangsanya menghadapi kerugian kewangan yang besar, termasuk kehilangan simpanan, aset, dan terperangkap dalam hutang.

2- Terhadap masyarakat : Menjejaskan kestabilan hubungan dalam masyarakat. Orang ramai telah hilang keyakinan terhadap sistem kewangan dan pelaburan, menghalang pertumbuhan ekonomi.

3- Terhadap Negara : Negara mengalami kerugian ekonomi dan reputasi dan perlu memperuntukkan sumber untuk memerangi penipuan.


Beberapa Langkah Mengatasi Penipuan Kewangan (Skim Cepat Kaya dan Sebagainya):

1- Setiap individu perlu mengatasi dengan satu langkah penting ke arah menangani penipuan kewangan dalam talian adalah melalui pendidikan dan kesedaran. Pendidikan awam yang disasarkan perlu disediakan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang taktik dan strategi penipuan yang digunakan dalam konteks kewangan dalam talian.

2- Setiap masyarakat juga perlu mengatasi dengan cara mengadakan kempen kesedaran perlu dianjurkan untuk mendidik individu tentang tanda-tanda penipuan, langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka menjadi mangsa penipuan. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang penipuan kewangan dalam talian, individu akan lebih peka dan dapat mengenal pasti situasi yang mencurigakan dan mengambil tindakan balas yang sewajarnya.

3- Satu lagi langkah penting ialah meningkatkan kerjasama dan pemantauan yang lebih ketat antara pihak berkuasa, institusi kewangan dan penyedia platform dalam talian. Ini melibatkan pembangunan sistem pelaporan penipuan yang berkesan, perkongsian maklumat yang lebih baik tentang penipuan yang berlaku dan meningkatkan keselamatan dalam platform transaksi kewangan dalam talian. Dengan kerjasama padu dan pemantauan yang lebih intensif, penipuan kewangan dalam talian dapat dikenal pasti dengan lebih cepat dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil untuk menghentikan pelaku penipuan.

Dengan langkah-langkah ini, diharapkan penipuan kewangan dalam talian dapat dikurangkan dan orang ramai dapat berasa lebih selamat dalam transaksi dalam talian. Adalah penting untuk terus meningkatkan kesedaran dan kerjasama dalam memerangi penipuan ini, supaya kita dapat melindungi individu, masyarakat dan negara daripada kesan buruknya.

Disediakan oleh : Nur Zaimah binti Marup @ Maruf

Macau Scam merupakan satu bentuk penipuan melibatkan panggilan telefon palsu oleh individu yang menyamar sebagai pihak b...
31/05/2023

Macau Scam merupakan satu bentuk penipuan melibatkan panggilan telefon palsu oleh individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau institusi kewangan yang memaklumkan mangsa terlibat dalam kesalahan undang-undang atau hutang kemudian menekan mereka untuk menyerahkan maklumat perbankan dan memindahkan wang.

Berikut adalah beberapa punca utama berlakunya penipuan Macau Scam:
1. Penjenayah menggunakan helah untuk menimbulkan rasa takut, panik, dan kebingungan di kalangan mangsa lalu menawarkan penyelesaian terhadap kesalahan undang-undang yang direka-reka untuk memperdaya mangsa.
2. Penjenayah menggunakan taktik seperti menipu mangsa menang cabutan bertuah atau layak bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Mangsa tertarik habuan kewangan lalu memberi kata laluan perbankan untuk proses tersebut akhirnya wang di akaun mereka yang lesap.
3. Mangsa yang tidak memahami penipuan licik ini kerana mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pihak berkuasa atau undang-undang antara yang mudah ditipu oleh penjenayah. Mereka mempercayai panggilan tersebut adalah benar dan mengikuti arahan seperti menyerahkan nombor pin perbankan atau membuat transaksi bayaran.

Terdapat tiga kesan Macau scam.
1. Terhadap individu: Mangsa mengalami kerugian wang sepanjang hayat. Mereka kehilangan wang yang diperoleh dengan susah payah kepada penjenayah yang tidak bertanggungjawab. Kesannya adalah kesukaran kewangan, stres, dan trauma yang dialami oleh mangsa.
2. Terhadap masyarakat: Penipuan Macau Scam menyebabkan kehilangan kepercayaan dan ketidakselamatan dalam masyarakat. Ia mengganggu ketenteraman dan keharmonian sosial dan menyebabkan kesangsian dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian serta menimbulkan syak wasangka terhadap badan berkuasa di negara ini.
3. Terhadap negara: Memberi kesan negatif kepada imej negara dan kestabilan ekonomi. Apabila masyarakat mengalami kecurian wang ringgit maka secara langsung kuasa jual beli akan berkurang dan memberi impak terhadap ekonomi negara. Selain itu, negara akan dikritik kerana gagal menghentikan jenayah ini disamping mempunyai sistem sekuriti siber yang lemah.


Langkah bagi mengatasi isu ini:
1. Setiap individu sentiasa berwaspada untuk tidak berkongsi atau mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor pin kad kredit dan lain-lain maklumat.
2. Pihak berkuasa dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu meningkatkan keselamatan rangkaian dan infrastruktur komunikasi. Teknologi pengesanan penipuan yang dipertingkatkan, saringan panggilan dan perlindungan terhadap serangan siber boleh membantu mengurangkan kemungkinan penipuan Macau Scam melalui panggilan telefon.
3. Bank dan institusi kewangan harus meningkatkan langkah keselamatan dalam transaksi kewangan. Mereka boleh memberi amaran kepada pelanggan tentang penipuan Macau Scam, menyediakan prosedur pengesahan yang ketat sebelum membuat transaksi besar, serta melibatkan sistem pemantauan yang lebih canggih untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan.

Macau Scam merupakan ancaman serius yang memerlukan langkah-langkah bersepadu untuk mengatasinya. Dengan meningkatkan kesedaran, pendidikan awam, penegakan undang-undang yang tegas, serta kerjasama antarabangsa, kita boleh melindungi diri kita dan masyarakat daripada penipuan ini. Setiap individu juga perlu lebih berhati-hati dan bijak dalam menjaga keamanan kewangan dan maklumat peribadi mereka.

Disediakan oleh : Hamizah binti Sahadan

Penipuan Cinta (Love Scam)Love scam, juga dikenali sebagai penipuan percintaan, adalah satu bentuk penipuan di mana penj...
30/05/2023

Penipuan Cinta (Love Scam)

Love scam, juga dikenali sebagai penipuan percintaan, adalah satu bentuk penipuan di mana penjenayah memanipulasi emosi seseorang melalui hubungan percintaan palsu dengan tujuan mendapatkan wang atau maklumat peribadi.

Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan penipuan percintaan dalam talian berlaku.

1- Kemajuan teknologi dan populariti media sosial telah memudahkan penjenayah untuk mencari mangsa mereka. Mereka menggunakan platform digital untuk membangun hubungan palsu, mengambil keuntungan daripada kerapuhan emosi dan kepolosan wanita mahupun lelaki.

2- Anonimiti dalam rangkaian. Penjenayah sering kali menyembunyikan identiti sebenar mereka di dunia maya, menjadikan sukar bagi mangsa untuk menyedari bahawa mereka sedang ditipu. Ketidaktahuan mangsa tentang latar belakang dan niat sebenar penjenayah menjadi punca dieksploitasi. Terdapat juga situasi dimana penjenayah memanipulasi emosi mangsa melalui penceritaan yang tragis dan menyedihkan bagi meraih simpati dan kepercayaan mangsa.

3- Love scam juga terjadi disebabkan pendedahan data peribadi sesetengah pihak. Teknologi terkini membolehkan seseorang untuk mengakses maklumat individu lain dengan lebih mudah seperti menggunakan laman sosial Facebook, Instagram, Tik Tok dan sebagainya. Melalui akses maklumat tersebut, ianya membolehkan penjenayah untuk mengenalpasti kelemahan serta keperibadian seseorang sehingga memudahkan mereka memanipulasi emosi serta fikiran mangsa.

Love scam memberikan kesan yang merugikan kepada pelbagai pihak seperti individu. Mangsa love scam mengalami kerugian emosi, kewangan, dan psikologi. Mereka seringkali terjerat dalam hubungan palsu yang menyebabkan kekecewaan, trauma, dan kehilangan wang atau harta benda. Kesannya;

1- Terhadap individu : Boleh merosakkan keyakinan diri, kepercayaan terhadap orang lain, dan hubungan percintaan pada masa depan.

2- Terhadap masyarakat: Love Scam menjejaskan kepercayaan dan kestabilan hubungan dalam masyarakat. Ia mencipta ketidakpastian dan ketidakselamatan, serta merosakkan keharmonian sosial. Masyarakat perlu berhati-hati dan berada dalam keadaan kesedaran untuk melindungi diri mereka daripada penjenayah yang menggunakan cinta palsu sebagai senjata penipuan.

3- Terhadap negara: Love scam memberikan kesan negatif kepada ekonomi dan imej negara. Kejadian penipuan yang melibatkan warga negara dapat merosakkan hubungan antara negara dan reputasi dalam kalangan pelancong serta pelabur asing. Ini boleh mengancam keselamatan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Terdapat dua langkah yang dapat diambil bagi mengatasi isu ini:

1- Membina Sistem Pelaporan dan Sokongan Mangsa. Pihak berkuasa perlu menyediakan saluran pelaporan yang mudah diakses dan memastikan perlindungan identiti mangsa yang melaporkan. Sokongan emosi dan psikologi juga perlu disediakan bagi mangsa yang terlibat. Institusi kesihatan mental dan badan sukarelawan boleh berperanan dalam menyediakan sokongan ini.

2- Program edukasi dan perbincangan perlu dijalankan dalam komuniti, termasuk keluarga, sekolah, dan tempat kerja. Ini dapat membantu membangunkan kepekaan dan kefahaman tentang penipuan percintaan serta mempromosikan sikap kritis dan bertanggungjawab dalam hubungan dalam talian.

3- Kerjasama dengan platform dalam talian: Pihak berkuasa boleh bekerjasama dengan platform dalam talian, seperti media sosial atau aplikasi pencarian jodoh untuk melaksanakan dasar dan ciri keselamatan yang lebih kukuh. Sebagai contoh, aplikasi pencarian jodoh menetapkan kepada semua pengguna untuk melakukan pengesahan identiti pengguna sebelum mereka boleh menggunakan perkhidmatan dalam aplikasi tersebut.

Love scam atau penipuan percintaan merupakan ancaman yang serius dalam era digital. Dengan kesedaran yang mencukupi, pendidikan awam, penegakan undang-undang yang tegas, serta sokongan kepada mangsa, kita boleh mengatasi fenomena ini. Setiap individu dan masyarakat perlu berperan aktif dalam melindungi diri dan orang lain daripada jaringan penipuan percintaan yang merugikan.

Disediakan oleh : Maimunah binti PH Mohamed

23/05/2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, haii semua, mohon bantuan kawan² like n follow page kami ni untuk tujuan pembelajaran subjek PJJ kami. Page ini tidak akan mengganggu kawan² semua. Kami dahulukan dengan jutaan terima kasih in advance atas semua yg sudi tolong 🤗

Address

Kinarut
Papar
89200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 KK - Kumpulan 1: Penipuan Atas Talian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share